CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2600|Reply: 0

Pemain bintang bakal digugurkan

[Copy link]
Post time 5-6-2015 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 5-6-2015 09:06 AM



JURULATIH Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata, beliau sudah memiliki bayangan untuk senarai 23 pemain bagi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 sebelum sepak mula menentang Hong Kong dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam esok.

Semalam, Dollah bersama 31 pelatih menjalani sesi latihan di Stadium Shah Alam dan apa yang pasti, bekas pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dalam fasa terakhir untuk menentukan se-narai rasmi nanti.

Apa pun, Dollah tetap memuji kesungguhan 31 pelatih yang mempamerkan prestasi agak konsisten, namun beliau meramalkan pemain bintang yang memiliki nama besar tidak akan menyertai skuadnya untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Begitupun, beliau enggan men-dedahkan nama pemain tersebut bagi mengelakkan sua-sana tidak harmoni berlaku dalam sesi latihan, sekali gus memudaratkan pasukan bimbingannya.

“Hari ini (semalam) merupakan hari ter-akhir untuk menentukan lapan pemain yang akan diketepikan. Saya sudah ada senarai beberapa pemain yang akan dipilih tetapi belum muktamad. Apa yang pasti, esok (hari ini) saya akan umumkan.

“Saya masih ada dua pemain yang membuatkan saya ragu-ragu sama ada mahu ke-tepikan mereka atau tidak. Kita dah senaraikan tetapi kedua-dua pemain ini masih dalam pemerhatian saya lagi. Apa sekali pun, esok (hari ini) kami akan berikan senarai pemain.

“Saya tidak mahu menghampakan pemain-pemain ini, bimbang apabila disiarkan nanti akan menyinggung perasaan. Saya tidak mahu pemain tahu. Nanti jika pemain terasa diri dia akan tersingkir, dia tidak bersungguh-sungguh dalam latihan. Sebab itu saya tidak umumkan.

“Pemain yang baru dipanggil ketika bermain menentang Tottenham Hotspur tempoh hari, ramai yang dikekalkan kerana menunjukkan prestasi yang baik. Bagi saya, sukar untuk menentukan tetapi ada kemungkinan beberapa pemain yang mempunyai nama besar akan digugurkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Shah Alam semalam.

Dalam perkembangan lain, Dollah menegaskan beliau lebih berminat untuk fokus kepada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 berbanding memikirkan kenaikan ranking pasukan kebangsaan semalam.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengeluarkan kedudukan terbaharu yang mana skuad Harimau Malaya menaiki empat anak tangga, sekali gus menduduki ranking ke-162.

“Kita tak main pun ranking naik. Apa-apa pun kita bagi yang terbaik menentang Hong Kong untuk persediaan sebelum bertemu Timor Leste nanti. Ran-king itu bagi saya, perlawanan dengan kemenangan, kita boleh tutup cerita pasal ranking ini.

“Kita sibuk pasal ranking, jadi persediaan saya nanti akan sedikit terganggu. Apa-apa pun saya kena fokus kepada membina kemantapan pasukan dan lepas itu kita nak lawan siapa pun tak kisah.

“Ini kita sibuk pasal ranking dan cari pasukan mudah-mudah untuk kejar ranking, nanti akan memberi kesusahan kepada pasukan kita juga.
“Itu yang saya khuatirkan. Jadi, saya lebih tumpukan kepada pa-sukan dan terapkan apa yang saya pelajari di Jepun untuk memberi peningkatan kepada Harimau Malaya,” katanya.
kosmo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.470889 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list