CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Forum Nothing To Hide DIBATALKAN!Penganjur dakwa salah peg. pm)!#466

[Copy link]
 Author| Post time 5-6-2015 11:30 AM | Show all posts


sumber:amenoworld

     

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 11:30 AM | Show all posts
Kemana darah PAHLAWAN ko Bijan???
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko biar betul bijan... ko ajak org datang kononnya boleh tanya spa saja nothing to hide.... bila duyun2 org datang ko lari lak....

sbelum tu degar2 claim ada darah panglima siap warning jgn pandang rendah.... pm paling lawak abad ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 11:32 AM | Show all posts

saya amik tanggungjawab buka tred dengan meletakkan sumber
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar3.... @Anak_Nogori pasti ada penjelasan yang munasabah yang bukan hanya alasan untuk kejadian ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:34 AM | Show all posts
Adakah PM arahkan/nasihatkan KPN utk arahkan pembatalan forum ini???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-6-2015 11:34 AM | Show all posts
Nothing2Hide Bertukar Sesi Bersama Tun M - Penganjur     
Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 10:39 AM




              
Dikemaskini
KUALA LUMPUR: Sesi dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya diadakan pagi Jumaat terpaksa ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Perkara itu diumumkan oleh pengacara majlis di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Urus setia masih berbincang dengan pihak polis bagi membenarkan majlis ini diadakan.


"Kami diberitahu berlaku kekecohan di luar dewan dan satu tangkapan telah dibuat terhadap dalang yang cuba sabotaj program ini.

"Bagaimanapun, kami memberikan anda sesi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini," kata pengacara majlis yang cuba mententeramkan keadaan yang mulai kecoh di dalam dewan yang menunggu ketibaan Najib sejak awal pagi.

Sesi dialog perdana menteri bersama NGO dianjurkan oleh Pengerusi Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/05/dialog-tangguh/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 11:35 AM | Show all posts
#Nothing2Hide: Acara dibatalkan, urusetia cuba berunding untuk teruskan majlis Kemas kini: Jun 05, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 05, 2015 11:13 MYT)        
                                               

                                          
                                               
            
                                            


                                                                         Ketika ini, pihak NGO dan wakil media masih menanti ketibaan Najib. - Foto Astro AWANI/Linda Salim





KUALA LUMPUR: Lebih kurang 1,500 wakil badan bukan kerajaan (NGO) tiba di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini untuk menghadiri majlis #NothingtoHide: "Dialog PM bersama NGO"  pada Jumaat.

Wakil NGO dan media masih menanti untuk program bermula walaupun pada jam 8.55 pagi,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan pembatalan acara menerusi laman Twitternya.



Kira-kira jam 9.30pagi, juruacara majlis berkata acara ini tidak terbuka kepada pihak media dan media diarah untuk beredar dari dewan setelah gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dirakam.

Ketika ini, pihak NGO dan wakil media masih menanti ketibaan Najib.

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan sudah tiba dan menanti di bilik VIP.

#Nothing2Hide Program ditunda; tetapi wakil NGO boleh berbincang dengan Tun M. @501Awani pic.twitter.com/Wfi2wbxgzn
— syaf (@syafique) June 5, 2015


#Nothing2Hide - Tun Mahathir tiba di dalam dewan @501Awani pic.twitter.com/NHVHULvQwd
— syaf (@syafique) June 5, 2015


#Nothing2Hide - Pengumuman terkini: Pihak urus setia masih berunding dgn IGP. @501Awani VIDEO: pic.twitter.com/9abnjacro0
— syaf (@syafique) June 5, 2015



  Acara diteruskan? Lebih kurang 1,500 wakil NGO tiba di Dewan Tun Hussein Onn #Nothing2Hide @501Awani pic.twitter.com/snU6Hqa0sP
— syaf (@syafique) June 5, 2015


  Polis arah Tun M utk berhenti berucap di PWTC @501Awani #Nothing2Hide
— syaf (@syafique) June 5, 2015


  Keadaan di dalam dewan setelah Tun M diarah berhenti berucap #Nothing2Hide @501Awani pic.twitter.com/NRWgf2hyPM
— syaf (@syafique) June 5, 2015

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nothing2hide-acara-dibatalkan-urusetia-cuba-berunding-untuk-teruskan-majlis-61653




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde sape ke bole hack acc twitter encik polis ni
Nyampah pulak sumenye nk umum ke twitter
Byk mase ke dok belek phone
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:38 AM | Show all posts
seperti yg telah diramal kan ..cuma beza nya guna IGP ...selalu pakai alasan " PM ada acara penting disaat2 akhir" ...lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecut telo jibby

Rambut rossy kempes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 11:39 AM | Show all posts
Polis halang Dr Mahathir bercakap, matikan mikrofon
OLEH MD IZWAN DAN DIYANA IBRAHIM
Published: 5 June 2015 10:49 AM


Seorang pegawai polis kelihatan bercakap sesuatu kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau sedang berucap di majlis Dialog Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

        Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti.

        Polis kemudiannya mematikan mikrofon dan membawa Dr Mahathir meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


                                       Terdahulu, Dr Mahathir kelihatan cuba berunding dengan pegawai polis itu dan memberitahu beliau dijemput dan sepatutnya dibenarkan bercakap.
        Tetapi pegawai polis itu mematikan mikrofon dan memadamkan video.


        Keadaan menjadi kecoh dan kira-kira 1,000 hadirin mula menjerit memarahi polis dan ada naik ke atas pentas.

        Dr Mahathir kemudian mengadakan sidang akhbar sebelum turun dari pentas.

        Beliau dibenarkan bercakap kepada pemberita dan selepas sidang media, sepasukan polis membawanya ke keretanya sambil orang ramai menjerit:"Hidup Tun! Hidup Tun! Hidup Tun!".

        Keadaan di dalam Dewan Tun Hussein Onn di PWTC pagi ini pada awalnya tegang apabila hadirin berang dan mendesak Najib hadir di majlis itu.

        Penganjur Dialog PM Bersama NGO, Suka Guam terlebih dulu mengumumkan program hari ini akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Najib.

        Katanya, Najib tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.

        Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini.

        Sebelum itu, SukaGuam memaklumkan pihaknya masih berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan.
        Dr Mahathir tiba di PWTC seawal jam 8.50 pagi tadi untuk menghadiri dialog itu. – 5 Jun, 2015.
MENYUSUL LAGI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka lar tun det tuan umah dok nyorok, dia lak dapat mikrofon...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:39 AM | Show all posts
Ni gambar kat luar masa Tun M nak balik





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 11:40 AM | Show all posts
abangbeca replied at 5-6-2015 03:39 AM
Suka lar tun det tuan umah dok nyorok, dia lak dapat mikrofon...

siap matikan mikrofon tuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun dah blah dsh.... menghormati majlis org...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 11:41 AM | Show all posts
ke hulu hilir la najib dgn kak mah kn umah tu

xsenang duduk
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:41 AM | Show all posts
Dah agak dah ..Jibby takkan berani dgn masyarakat Urban or Melayu Urban ..ko gi negeri2 lain cerita gebang boleh la ..bila nk buat di KL terus "batal" atas sebab keselamatan ....lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:42 AM | Show all posts
Kahkahkah...Nothing to hide konon..Aleh2 dia sendiri yg hide..Nasiblah rakyat Malaysia. Dapat PM mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:43 AM | Show all posts
Equalizer replied at 5-6-2015 04:34 AM
Adakah PM arahkan/nasihatkan KPN utk arahkan pembatalan forum ini???

speku uols amat fosible..nampak tak permainan najib di situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.098239 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list