CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1521|Reply: 0

PKBM impi satu pingat emas

[Copy link]
Post time 5-6-2015 12:05 PM | Show all posts |Read mode
SELEPAS gagal meraih kilauan pingat emas pada empat Sukan SEA lalu, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) percaya impian meraih sebutir emas akan tercapai pada temasya dwitahunan di Singapura kali ini.

Presidennya, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, penampilan semua pelumba profesional sepenuh masa daripada Terengganu Cycling Team (TSG) pada Sukan SEA 2015 membuktikan keazaman Malaysia untuk meraih sekurang-kurangnya sebutir pingat emas.

Beliau yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) berkata, nama seperti Anuar Manan, Mohd. Harrif Salleh, Mohd. Zamri Salleh serta Mohd. Adiq Hussainie Othman sangat tersohor dan memiliki kredibiliti besar pada peringkat Asia Tenggara.

“Dengan laluan yang rata dan langsung tiada berbukit di Singapura, saya percaya Anuar atau Mohd. Harrif boleh menguasai kayuhan ke garisan penamat. Dua nama ini sangat terkenal di seluruh benua Asia.

“Apatah lagi, semua pelumba kali ini adalah daripada TSG. Jadi, saya percaya mereka mempunyai keserasian yang jitu. Malah, jurulatih dan mekanik juga daripada pasukan TSG.

“Hanya pengurus pasukan didatangkan daripada PKBM iaitu Omar Saad. Bagaimanapun, saya telah memberi peringatan kepada Omar agar memberi kebebasan seratus peratus kepada jurulatih daripada TSG,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abu Samah yang juga Pengerusi Teknikal Bagi Acara Berbasikal Sukan 2015 turut menjelaskan, berdasarkan pengalamannya laluan pada temasya kali ini sangat memihak kepada pelumba Malaysia untuk meraih pingat emas.

“Saya tidak mengimpikan tiga atau dua pingat emas. Bagi saya, cukup sekadar satu pingat emas. Ia sudah memadai untuk menebus kehampaan pada empat temasya Sukan SEA yang lalu.

“Kita hampir meraih pingat emas di Myanmar pada Sukan SEA 2013 tetapi kesilapan percaturan taktikal pada saat terakhir menghancurkan impian emas Malaysia,” ujarnya.
kosmo


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.051582 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list