CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1872|Reply: 0

Kim Swee mahu lepas jawatan

[Copy link]
Post time 5-6-2015 12:07 PM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA – Jurulatih skuad bola sepak Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee (gambar)membayangkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya, namun masih belum pasti mengenai masa depannya.

Kenyataan tersebut dibuat pada sidang akhbar di Stadium Bishan di sini sejurus selepas perlawanan antara Malaysia dan Thailand yang menyaksikan skuad negara tumpas 0-1 seterusnya membuatkan peluang untuk layak ke separuh akhir semakin kelam.

Menurutnya, selepas berjaya membawa pasukan negara merangkul pingat emas pada Sukan SEA di Palembang pada 2011 dan layak ke separuh akhir serta mendapat tempat keempat pada Sukan SEA Myanmar dua tahun lalu, kini sudah tiba masanya untuk mengundur diri.

“Saya fikir sudah cukup untuk saya mengendalikan tiga Sukan SEA. Saya belum pasti lagi akan ke mana selepas ini.
“Beri saya peluang untuk habiskan tugas saya di sini dahulu kerana kami masih ada dua lagi perlawanan menentang Brunei dan Laos. Selepas itu saya akan membuat keputusan mengenai masa depan saya,” katanya.

Mengulas mengenai kekalahan kedua selepas tewas mengejut 1-5 ketika bertemu Vietnam, Selasa lalu, Kim Swee memberitahu, persiapan yang singkat menjadi salah satu punca mengapa Malaysia gagal memberikan saingan pada temasya kali ini.

Katanya, selain persiapan, beliau melihat kekuatan yang ada pada Thailand dan Vietnam yang hadir pada kejohanan kali ini juga cukup memberangsangkan dan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang lebih baik berbanding skuad negara.

“Anda kena bandingkan bagaimana kita mempersiapkan pasukan empat tahun lalu (di Palembang), dua tahun lalu (di Myanmar) bagaimana kita melakukan persiapan dan anda tahu bagaimana kita melakukan persiapan kali ini hanya dalam tempoh tiga minggu.

“Saya fikir kita kena duduk dan melihat semula program yang kita rangka. Thailand dan Vietnam memiliki prestasi lebih tinggi berbanding kita ketika ini. Kita tak boleh cakap mengenai persiapan kita sahaja tetapi bagaimana kekuatan lawan kita dan persiapan mereka,” ujarnya.

Kim Swee turut mengakui bahawa kekalahan kepada Vietnam nyata menjejaskan moral dan motivasi para pemainnya terutama dalam memburu dua slot ke separuh akhir melibatkan persaingan tiga penjuru Kumpulan B.
kosmo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053989 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list