CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 0

MALAYSIA HARAP 'KEAJAIBAN' KE SEPARUH AKHIR

[Copy link]
Post time 5-6-2015 12:13 PM | Show all posts |Read mode


Malaysia kini perlu mengharapkan 'keajaiban' untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA 2015 selepas kalah tipis 1-0 kepada juara bertahan, Thailand, pada aksi ketiga perlawanan kumpulan B di Stadium Bishan, hari ini.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu perlu mengharapkan agar dua pasukan teratas, Vietnam dan Thailand kalah dalam baki dua peringkat kumpulan.

Selain itu, Malaysia 'wajib' menang baki dua perlawanan iaitu menentang Brunei pada Isnin ini dan Laos, tiga hari kemudian sekiranya berhasrat mara ke peringkat separuh akhir edisi ke-28 temasya sukan dwitahunan berkenaan.

Pada aksi hari ini, jaringan kapten Sarach Yooyen pada minit ke-80 telah memperkasakan kedudukan Thailand ke separuh akhir.

Sebelum itu, skuad negara pantas menyerang kubu pasukan Thailand sebaik sahaja pengadil, Ma Ning dari China memulakan perlawanan.

Skuad negara berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-13, namun kapten pasukan, Gary Steven Robbat gagal menyambar peluang berkenaan apabila sepakan tersasar walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Thailand, Sae-Ear
Chanin.

Kedua-dua pasukan terus saling mengasak kubu masing-masing bagi mencari gol pendahuluan namun ketumpulan penyudah menyaksikan keputusan berkenaan kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand ,yang memburu kemenangan ketiga pada kempen Sukan SEA kali ini, meningkatkan tempo permainan bagi mencari gol pendahuluan.

Malaysia berjaya mengimbangi perlawanan menerusi serangan balas pantas dan penyerang, Syahrul Azwari Ibrahim hampir meletakkan skuad negara di hadapan namun sepakan lencongnya pada minit ke-58 berjaya ditampan keluar oleh Chanin.

Bagaimanapun, kelekaan benteng pertahanan negara yang tidak mengawal pergerakan Sarach pada 10 minit terakhir perlawanan membawa padah apabila wira Thailand itu melepaskan sepakan kencang kaki kiri yang tepat ke penjuru kanan gol Malaysia.
stadiumastro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list