CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1686|Reply: 0

Fu Kang raih emas pertama renang Malaysia

[Copy link]
Post time 8-6-2015 09:06 AM | Show all posts |Read mode


PERENANG negara yang sedang meningkat, Wong Fu Kang meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara renang pada Sukan Sea ke-28 di Singapura, malam ini.

Perenang berusia 16 tahun itu juga memperbaharui rekod kebangsaannya 1:02.56s dengan catatan terbaharu 1:02.46s dalam acara 100m kuak dada lelaki.

Pada 26 Mac, beliau memecahkan rekod kebangsaan kuak dada lelaki selama 15 tahun yang disandang oleh Elvin Chia pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia.

"Saya agak gementar apabila saya berjaya menempah tempat pada pusingan akhir.  Ini adalah pingat emas pertama saya pada Sukan Sea. Ia satu pengalaman yang menakjubkan.  

"Saya benar-benar menjalani latihan keras untuk kejahyaan ini dan saya gembira dengan keputusannya," kata perenang kelahiran Johor itu.

Semalam, beliau tidak memenangi sebarang pingat dalam acara 200m kuak dada dan sekadar mampu menduduki tempat kelima dengan catatan 2:18.51s.

"Ia suatu pengalaman yang baik bagi saya. Saya bergerak terlalu pantas dalam saingan 100 meter pertama dan kehilangan momentum," katanya.

Skuad renang Malaysia juga menggondol pingat perak dalam acara 4x200m  rampaian gaya bebas lelaki.

Kuartet terdiri daripada Daniel Bego, Kevin Yeap, Lim Ching Hwang dan Welson Sim, mencatatkan 7:30.13s, 11.99 saat di belakang kuartet Singapura  yang mencipta rekod baharu Sukan Sea dengan masa 7:18.14s.

Kuartet republik itu memperbaharui rekod lama mereka iaitu 7:26.67s yang dicatatkan di Sukan Sea Myanmar pada 2013. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.076753 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list