CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 0

Skuad ragbi tujuh sebelah negara raih pingat perak

[Copy link]
Post time 8-6-2015 09:09 AM | Show all posts |Read mode


IMPIAN skuad ragbi tujuh sebelah lelaki negara untuk meraih pingat emas pertama dalam acara tersebut di temasya Sukan Sea Singapura 2015 tidak kesampaian setelah tewas 7-24 kepada Filipina pada aksi final yang berlangsung di Stadium Choa Chu Kang dekat sini hari ini.

Filipina bermula garang apabila Patrick David Louis Olivier membuat try seawal minit kelima.

Kubu pertahanan negara sekali lagi diasak apabila Justin Coveney melakukan try pada minit ke-10 sebelum kapten pasukan Filipina, Jake Gerald Leets menyempurnakan conversion bagi menambah mata mendahului Malaysia dengan 12-0.

Bersambung pada babak kedua, skuad bimbangan Geoffrey Charles Colin Alleyson terus memperkemaskan kedudukan menerusi try yang dilakukan oleh Matthew Donato Sauders sebelum Alexander Vincent Aronson membuat conversion pada minit ke-11.

Tertekan dengan kedududukan 19-0, skuad bimbangan Nik Safuan Ismade Nik Man kembali bangkit apabila Zulkiflee Azmi melakukan 'try' pada minit ke-15 sebelum kapten pasukan negara, Mohd Fairuz Abdul Rahman menambah mata menerusi conversion.

Dua minit sebelum wisel penamat, pasukan lawan Filipina melakukan try oleh Harry Morris sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk merangkul pingat emas. Pingat gangsa menjadi milik Singapura selepas mengalahkan Thailand 21-0.

Nik Safuan Ismade bagaimanapun berpuas hati dengan prestasi dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh anak didiknya kerana berjaya mara ke final walaupun sasaran awal hanya untuk menduduki tempat keempat.

"Saya bersyukur dengan kejayaan hari ini walaupun kita terpaksa berpuas hati dengan pingat perak namun ianya adalah merupakan petunjuk bahawa skuad ragbi tujuh sebelah negara dilihat semakin matang.

Ianya dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam sukan ragbi sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017 nanti," katanya.

Beliau berkata kebanyakan daripada pemain ragbi tujuh sebelah negara terdiri daripada pemain separuh masa dan mereka tidak dapat melakukan persiapan yang rapi sebelum datang ke Singapura kerana mempunyai tugas hakiki masing-masing.

Sementara itu, pasukan wanita negara pula sekadar menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas 22-0 kepada Filipina pada perlawanan penentuan pingat gangsa.

Pingat emas bagi acara itu pula menjadi milik pasukan Thailand selepas mengalahkan pasukan tuan rumah 39-0 pada aksi final. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058844 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list