CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2361|Reply: 0

Singapura kecewakan Malaysia pada final

[Copy link]
Post time 8-6-2015 09:10 AM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA terpaksa bekerja keras untuk mengecewakan Malaysia untuk memenangi pingat emas pada perlawanan akhir  bola jaring pada temasya Sukan Sea ke-28 di sini, hari ini.
   
Biarpun tampil dengan sokongan padu penyokong tempatan yang memenuhi Dewan 1 OCBC Arena, skuad tuan rumah itu didapati tidak mudah untuk mengatasi pasukan bimbingan Aminah Asaari dengan 46-43.

   
"Kami datang ke sini untuk menang pingat emas. Rasa sedikit terkilan sebab tidak dapat pingat emas. Apa yang boleh saya  katakan, mereka (Singapura) tidak menang mudah," kata ketua  pasukan Malaysia, Yap Suo Kuen.

   
Menurut beliau, skuad bola jaring negara sememangnya sudah menjangkakan perlawanan yang sengit.

   
"Walaupun dari segi ranking, mereka lebih baik tetapi kami berjaya mengelak daripada kalah teruk," kata pemain berusia 29 tahun itu.   

   
Singapura menghuni ranking ke-17 dunia sementara Malaysia di tangga ke-23.

   
Pemain negara bermula saingan dengan apabila meraih dua mata awal dan sebelum tamat suku pertama Singapura berjaya memintas dengan satu jaringan untuk 11-10 dan bersambung suku kedua, Singapura menambah 14 jaringan untuk mengatasi Malaysia dengan 25-20.

   
Selepas rehat, kedua-dua pasukan masing-masing menambah 11 jaringan, bagaimanapun Malaysia ketinggalan masih lima mata di belakang pasukan lawan.

   
Malaysia menggandakan asakan pada suku terakhir dan pada suatu  ketika mereka berjaya mengikat kedudukan 39-39, namun akibat banyak melakukan kesilapan telah memakan diri.

   
Mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 43-46, sementara pingat gangsa menjadi milik Thailand dan Brunei. -Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068564 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list