CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2266|Reply: 1

Triathlon: Malaysia menang perak

[Copy link]
Post time 8-6-2015 09:15 AM | Show all posts |Read mode


ATLET triathlon Malaysia, Rikigoro Shinozuka, menang satu lagi pingat perak dalam acara triathlon lelaki Sukan SEA 2015 di East Coast Park di sini hari ini.

Atlet berusia 20 tahun itu mencatat masa 2 jam, 5 minit dan 35 saat dalam acara melibatkan renang sejauh 1.5km, berbasikal 40km dan larian 10km.

Bapa Shinozuka berbangsa Jepun, manakala ibunya warganegara Malaysia berbangsa Cina.

Pingat emas bagi acara ini dimenangi Huelgas Nikko Bryan dari Filipina dengan catatan masa 2:04:32, manakala pingat gangsa diraih atlet Singapura, Loo Chuan Rong yang ketinggalan 29 saat di belakangnya.

Seorang lagi atlet Malaysia, Lee Chein Wern, menduduki tempat ketujuh daripada 11 peserta dalam acara itu, dengan catatan masa 2:12:1.   

Bercakap kepada pemberita selepas upacara penyampaian pingat, Shinozuka, yang mula menyertai pertandingan triathlon pada 2009, berkata dia gembira kerana dapat meraih satu daripada tiga tempat teratas melalui penyertaan kali pertama dalam Sukan SEA.

"Cuaca sungguh baik. Renang dan kayuhan saya berjalan lancar. Saya tidak banyak beri penekanan terhadap acara berbasikal, tetapi berpuas hati dengan apa yang dicapai.

"Saya juga agak gembira dengan kelajuan saya dalam acara larian dan cuba untuk sampai dahulu, tetapi kemudiannya dikejar dan dipotong Nikko, hinggalah tamat perlumbaan," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 05:34 PM | Show all posts
Edited by jordancartersrc at 14-1-2021 05:39 PM

Great: Don't you think ... this is a littleinspiration for us as triathlets. Just like Chris recently made a record atIRONMAN and shocked the world. Do you know which triathlon watch they wearwhile running to keep track of along the way?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.237061 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list