CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11814|Reply: 5

Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi

[Copy link]
Post time 8-6-2015 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Suatu ketika dulu, planet bumi yang maha indah ini telah dianugerahkan kepada makhluk spesis haiwan merangkumi pelbagai jenis dan bentuk sama ada yang yang terbang di udara, tinggal di bawah lautan, penghuni hutan, padang pasir dan di dalam perut bumi.

Sedihnya, ada diantara spesis haiwan-haiwan ini telah pupus dari muka bumi kita. Tidak mungkin bagi kita dan generasi akan datang dapat melihat spesis haiwan ini lagi biarpun suatu ketika dulu haiwan-haiwan ini hidup melata di muka bumi mahupun terbang bebas di angkasa.

Po'ouli




Burung Po'ouli atau Black Faced Honeycreeper ini merupakan peghuni asli Maui, Hawaii. Spesis burung ini ditemui sekitar tahun 1970an oleh para pengkaji spesis.

Namun selepas itu, popularitinya mula menurun dengan mendadak. Hanya beberapa ekor sahaja yang tinggal, lebih kurang tiga ekor yang masih lagi hidup di dunia ini.



Pada tahun 2004, kelibat burung Po'ouli langsung tidak kelihatan lagi dan secara rasminya burung ini telah diisytiharkan pupus pada tahun tersebut.

Puncanya, akibat kerakusan manusia terhadap pembangunan sehingga memusnahkan habitat burung Po'ouli di Kepulauan Hawaii.

Katak Emas




Katak emas (Golden Toad) dipercayai pupus dari muka bumi pada tahun 1989. Katak yang berbadan kecil, berkilat dan warnanya yang terang ke'orenan' pernah terdapat di rantau kecil di altitud tinggi Costa Rica.

Sebelum ini amfibia fluorescent itu sangat mudah dijumpai di kaki-kaki bukit Costa Rica.

Tetapi, kesan daripada pencemaran dan pemanasan global, spesis ini mula menghilang dan akhirnya telah pun pupus pada tahun 1989.

Rama-rama Putih Madeira



Rama-rama putih Madeira merupakan rama-rama yang sangat cantik. Rama-rama yang berwarna putih ini hanya boleh ditemui di lembah-lembah hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira, Portugal.

Rama-rama jenis ini memiliki hubungan paling dekat dengan spesis rama-rama putih yang banyak didapati di seluruh Eropah, Afrika dan Asia.

Rama-rama ini dipercayai telah pupus pada tahun 2007 oleh para penyelidik spesis. Punca kepupusan rama-rama ini adalah disebabkan kemusnahan habitat asalnya.

Peningkatan bilangan manusia menyebabkan banyak kawasan hutan diratakan untuk proses pembangunan. Kesannya, banyak habitat haiwan dan serangga yang tergadai termasuklah rama-rama putih Madeira.

Badak Hitam Afrika Barat



Badak hitam Afrika Barat adalah salah satu spesis badak daripada empat subspesis badak yang lenyap di atas muka bumi ini pada tahun 2006. Tujuh tahun lalu, satu lagi spesis binatang telah lenyap diatas muka bumi ini.

Setelah pengkaji haiwan gagal menemui spesis ini dalam habitat mereka di Cameroon, Afrika Selatan. The World Conservation Union (IUCN) telah mengumumkan pada 7 Julai 2006, badak hitam Afrika Barat telah pupus.

Punca kepupusan badak hitam Afrika Selatan adalah akibat aktiviti pemburuan haram yang berleluasa untuk mendapatkan sumbu badak yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Kesannya, badak hitam Afrika Barat lenyap keturunannya dari muka bumi ini.

Kambing Gunung (Pyrenean Ibex)



Kambing gurun atau kambing gunung dari spesis Pyrenean Ibex merupakan haiwan asli dari Pyrenees, sebuah kawasan pergunungan di Andora.

Pada abad ke-14 populasi Pyrenean Ibex masih lagi banyak. Namun, pada abad ke-19 populasinya mula menurun dan berkurangan angkara pemburu haram yang berleluasa.

Awal abad ke-20 di Sepanyol, jumlah Pyrenean Ibex hanya tinggal lebih kurang 100 ekor sahaja. Pada tahun 1981 jumlah populasi haiwan ini semakin menurun. Lama-kelamaan jumlah Pyrenean Ibex di atas muka bumi hanya tinggal sekitar 30 ekor sahaja.

Pada 6 Januari 2000, dikatakan Pyrenean Ibex terakhir di dunia telah mati ketika berusia 13 tahun.

Harimau Tasmanian (Thylacine)



Haiwan karnivor ini digelar harimau Tasmanian kerana jalurnya ala-ala harimau belang yang terdapat di belakang badannya.

Keunikan haiwan ini telah menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea.

Harimau Tasmanian ini telah diumumkan pupus secara rasminya pada tahun 1936. Punca kepupusan harimau Tasmanian dipercayai akibat pemburu haram yang berleluasa dan berterusan.

Malah habitatnya pun turut terancam akibat daripada pembangunan yang tidak terancang.

Burung Dodo



Dodo ialah haiwan yang telah pupus tetapi paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti 'As dead as a dodo' yang membawa maksud, kematian yang meragukan dan pelik.

Seperti peribahasa ini, kematian dodo pelik kerana dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba.

Suatu ketika, dodo boleh dilihat berkeliaran seperti mana ayam-ayam dan itik-itik di kampung.

Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah seperti mana ayam dan itik.

Habitat asal dodo adalah di Kepulauan Mauritius. Dodo dipercayai telah pupus disekitar penghujung abad ke-17 lagi.

Ular Boa Round Island



Ular ini merupakan spesis asal, Round Island iaitu sebuah pulau kecil di pantai Mauritius. Reptilia Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak ataupun lapisan tanah di lereng-lereng gunung berapi.

Ular ini juga pernah dijumpai di beberapa pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940an dan akhirnya hanya boleh ditemui di Round Island pada sekitar tahun 1949.

Seterusnya, ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai telah pupus.


-Sentiasapanas.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2015 10:23 AM | Show all posts
burung dodo paling pemes..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 10:05 PM | Show all posts
kita manusia jarang sangat fikir pasal ciptaan Allah yg lain. Nak buat bangunan, di korek Tanah dan musnahlah terowong terowong hidupan binatang yg ada system depa sendiri, ada pusat jagaan anak2 depa, tempat depa simpan makanan, tempat depa buang air, tempat depa buat lubang2 utk bernafas. kita manusia just gali dan buang tanah2 tu gitu gitu aje, tak menilai pon hebat nya system penghidupan biantang2 tadi... beberapa generasi merka temasuk lah yg babies mati dgn dua tiga kautan digger. Such is life.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 01:30 PM | Show all posts
hutan pun semakin kurang,haiwan pun tak ada tempat tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 02:11 PM | Show all posts
harimau tasmanian tu kurusnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 03:35 PM | Show all posts
Makluman.
Mulai dr skg.. sebarang artikel atau posting didalam bahasa Inggeris perlu di beri ulasan dlm bahasa Malaysia selaras dgn ruangan Forum Melayu.. jika posting tersebut tiada ulasan atau di terjemahkan di dalam bahasa malaysia bermakna dlm masa 3 hari posting tersebut akan di delete.
Sekian. Harap Maklum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060746 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list