CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1506|Reply: 0

THOR MASIH BERBISA RAIH EMAS ACARA SNUKER

[Copy link]
Post time 9-6-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode


Pemain snuker negara, Thor Chuan Leong berjaya membuktikan bahawa beliau masih berbisa selepas menambah koleksi gelaran juara  kategori individu lelaki di temasya Sukan SEA ke-28 Singapura, malam ini.
Pemenang pingat emas acara 6 red individu lelaki pada Sukan SEA 2013 di Myanmar itu, bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan pemain baharu, Htet Ko dari Myanmar dengan kemenangan 4-2 pada aksi final yang berlangsung di OCBC Arena dekat sini.
   
Thor, 27, bermula baik apabila berjaya memperoleh mata pertama selepas mendahului pemain Myanmar itu dengan 57-41, namun Htet yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA, berjaya menyamakan kedudukan pada permainan berikutnya dengan kemenangan 102-57.
   
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu kembali menguasai perlawanan pada permainan ketiga dengan 65-1 dan sekali lagi kedudukan terikat 2-2 selepas Htet memenangi perlawanan keempat dengan 76-23.
   
Turun selaku pemain berpengalaman, Thor berjaya menjerat pemain Myanmar itu dengan menguasai dua permainan berikutnya dengan kemenangan 74-49 dan 69-18.

Ketika ditemui pemberita, Thor mengakui agak tertekan dengan cabaran sengit oleh pemain Myanmar itu.
   
"Saya mula memperlahankan rentak permainan pada perlawanan kelima bagi mengurangkan tekanan supaya dapat kembali memberi fokus kepada perlawanan seterusnya.
   
"Beliau (Htet) mempunyai bakat besar dan saya terkejut apabila beliau memberi cabaran hebat kepada saya. Saya yakin beliau mampu menjadi bintang dalam sukan snuker satu hari nanti," katanya.
   
Thor akan bergandingan dengan Moh Keen Hoo dalam acara snuker beregu, esok.
   
"Saya tidak menjanjikan apa-apa pingat, namun saya akan berusaha melakukan yang terbaik bersama Moh esok," kata Thor.



stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.148580 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list