CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1944|Reply: 0

WUSHU AKHIRNYA RAIH EMAS MENERUSI ACARA AKHIR

[Copy link]
Post time 9-6-2015 10:23 AM | Show all posts |Read mode

Skuad negara berjaya menamatkan penantian untuk meraih pingat emas pertama dalam acara wushu pada hari terakhir acara berkenaan pada Sukan SEA 2015 di Singapura, hari ini.

Atlet wushu lelaki negara, Loh Jack Chang yang sebelum itu gagal memenangi pingat dalam acara taijiquan pilihan, berjaya menebus kehampaan apabila meraih  emas dalam acara taijiquan wajib selepas mengutip 9.71 mata bagi mengenepikan tujuh pencabar lain.
   
Loh, 28, sebelum itu menduduki tempat keenam dalam acara taijiquan pilihan dengan mengumpul 9.62 mata manakala seorang lagi wakil negara, Loh Choon How di kedudukan kelapan dengan kutipan 9.14 mata.
   
Ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian pingat di Dewan 2, Pusat Pameran dan Konvensyen Singapura, Loh berkata beliau tidak menyangka dapat meraih emas dalam acara berkenaan.
   
Loh yang merupakan pemenang pingat emas pada edisi 2009 di Laos, turut mendedikasikan pingat emas berkenaan kepada Majlis Sukan Negara, Persekutuan Wushu Malaysia dan rakan sepasukan yang banyak memberi sokongan moral kepadanya.
   
"Saya akui agak tertekan kerana kita masih gagal meraih pingat emas selepas dua hari bertanding, di tambah pula dengan kegagalan saya meraih pingat dalam acara taijijian (pilihan) sebelum itu. Saya amat gembira kerana berjaya menyumbang emas pada kali ini," kata atlet kelahiran Miri, Sarawak itu.
   
Semalam, Loh sekadar meraih pingat perak dalam kategori taijijian pilihan pada hari kedua acara wushu, di belakang Daniel Parantac dari Filipina.
   
Terdahulu, atlet wushu wanita negara, Ng Shin Yii meraih pingat gangsa dalam acara taijijian pilihan selepas mengutip 9.69 mata.
   
Wakil Indonesia, Lindswell Lindswell berjaya memenangi pingat emas peribadi keduanya pada temasya sukan dwitahunan itu, selepas mengumpul 9.73 mata, manakala peserta tuan rumah, Valerie Wee Ling En meraih perak selepas hanya ketinggalan 0.02 mata di belakang Lindswell.
   
Seorang lagi peserta negara, Audrey Chan Yee Jo menduduki tempat ketujuh daripada sembilan peserta selepas sekadar mengutip 9.26 mata.


stadiumastro

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.050810 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list