CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2089|Reply: 0

PING PONG TAMBAH 2 LAGI GANGSA BUAT NEGARA

[Copy link]
Post time 9-6-2015 10:27 AM | Show all posts |Read mode


Skuad ping pong Malaysia menambah koleksi dua pingat gangsa dalam acara berpasukan lelaki dan wanita pada hari ketiga Sukan  SEA ke-28 di Stadium Tertutup Singapura hari ini.
Pasukan ping pong lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas 1-3 kepada Vietnam pada peringkat separuh akhir hari ini.

Vietnam meraih mata pertama menerusi Tran Tuan Quynh apabila mengalahkan pemain negara, Leong Chee Feng 11-8, 17-15 dan 11-12 dalam masa 21 minit.

Muhd Shakirin Ibrahim kemudian berjaya menyamakan kedudukan setelah  menewaskan perseorangan Vietnam, Dinh Quang Linh 11-5, 11-4, 11-9.

Kegembiraan Malaysia tidak kekal lama apabila pemain Vietnam, Nguyen Anh Tu menyumbang mata kedua selepas mengalahkan Muhamad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal 7-11, 11-4, 11-8, 11-6 dalam masa 24 minit.

Tran Tuan Quynh mengesahkan kemenangan pasukan Vietnam selepas mengalahkan Muhd Shakirin 13-15, 11-2, 11-9, 11-6 dalam masa 31 minit.

Nasib yang sama menimpa pasukan wanita negara apabila terkandas di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-3 kepada Singapura di venue yang sama.

Pemenang pingat perak acara individu wanita tiga hari lepas, Ng Sock Khim gagal menyerlah selepas tunduk 13-11, 6-11, 6-11, 12-10, 5-11 kepada pemain perseorangan Singapura, Yu Mengyu dalam masa 33 minit.

Perseorangan kedua negara, Lee Rou You turut gagal menyumbang mata apabila tewas 6-11, 8-11, 2-11 kepada Feng Tianwei.

Skuad Malaysia terus gagal menyaingi kehebatan pasukan tuan rumah apabila perseorangan ketiga, Angeline Tan An Qi tewas kepada Isabelle Li Si Yun 8-11, 2-11 dan 2-11.

Jurulatih ping pong negara Beh Lee Wei berkata walaupun gagal ke final, beliau kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh anak didiknya.

"Kita tidak meletakkan sasaran tinggi dalam acara berpasukan lelaki mahupun wanita, namun apa yang dicapai oleh mereka sudah dikira cukup bagus untuk pasukan," katanya kepada Bernama.

Beh berkata pemainnya memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai tahap lebih tinggi kerana mereka kurang pengalaman jika dibandingkan dengan pemain negara lain.

stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064795 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list