Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1200
View
0
Reply

14 tahun menanti emas

[Copy link]

Author: Nusantara77       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-6-2015 10:32 AM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA C Skuad petanque negara tidak lagi kempunan untuk mengucup kilauan pingat emas sejak acara itu diperkenalkan pada temasya Sukan SEA 2001 lalu.
Kejayaan buat julung kalinya itu hadir menerusi kemenangan Muhd. Hafizuddan Mat Daud dalam acara perseora-ngan lelaki selepas menewaskan Thong Chhouen dari Kemboja 13-6 di gelanggang The Padang, Singapura semalam.
Ternyata, keputusan atlet berusia 23 tahun itu untuk mencuba angin baharu bertanding dalam perseorangan lelaki pada temasya sukan dwitahunan edisi ke-28 kali ini selepas tiga temasya terdahulu menuai hasil yang cukup lumayan.
Menurut Hafizuddin, dia sebenarnya menanam azam untuk menamatkan pe-nantian 14 tahun Malaysia sebelum beraksi pada temasya berprestij Asia Tenggara tersebut.
Pada dua temasya terdahulu saya beraksi dalam acara berpasangan (2011) dan trio (2013). Bagaimanapun, kali ini jurulatih dan pengurus lihat kebolehan yang ada pada saya untuk menyertai ka-tegori perseorangan.
Mereka nampak kebolehan saya ketika Piala Dunia di Perancis awal tahun ini. Walaupun saya kalah pada pusingan kedua tetapi mereka tetap yakin dengan kebolehan saya.
Jadi sebelum ke sini, saya memang sudah bertekad untuk menghadiahkan pi-ngat emas pertama buat Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya, katanya ketika ditemui selepas perlawanan semalam.
Kejayaan atlet kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menandakan era kebangkitan skuad petanque negara untuk melakar lebih banyak kejayaan di Singapura kali ini.
Saya harap kejayaan ini mampu memberikan semangat kepada rakan sepasukan selepas ini, katanya.
kosmo!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087266s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list