CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 0

Kecederaan mata tidak halang raih pingat perak

[Copy link]
Post time 10-6-2015 01:05 AM | Show all posts |Read mode

KECEDERAAN mata yang dialami Muslifah Zulkifli tidak menghalang beliau membantu pasukan wanita negara membidik pingat perak dalam acara 50m prone rifle berpasukan di Pusat Menembak Nasional hari ini.
   
Muslifah yang bergandingan dengan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Mohammed Taibi, mengumpul keseluruhan 1,839 mata. Pingat emas dimenangi  trio Thailand dengan 1,869.3 mata, manakala pasukan tuan rumah meraih gangsa selepas mengutip 1,829 mata.
   
Ketiga-tiga penembak negara itu layak beraksi dalam acara 50m prone rifle individu akhir esok.
   
Muslifah menghadapi masalah ketika tembakan siri terakhir apabila minyak dalam senjatanya terpercik pada mata kanan, namun beliau tetap meneruskan tembakan dan muncul antara empat peserta terbaik pagi ini.
   
"Ketika siri tembakan terakhir, minyak terpercik dalam mata...saya terus cuci mata kerana ketika itu, masa tinggal lima minit lagi. Saya tiada pilihan dan terus menghabiskan tembakan namun saya gagal memberikan tembakan terbaik.

"Saya harap dapat melakukan yang cemerlang esok," katanya selepas mendapat rawatan di National University Hospital di Singapura.
   
Muslifah berkata, matanya masih kabur selepas mendapat rawatan dan berharap keadaannya bertambah baik sebelum final esok.
   
Dalam pada itu, gandingan Gan Kong Leong, Amran Risman dan Teh Chee Fei meraih pingat gangsa dalam acara skeet berpasukan lelaki hari ini, selepas mengumpul 308 mata.
   
Pingat emas diraih oleh trio Thailand yang mengumpul 342 mata, manakala pingat perak menjadi milik penembak Singapura yang membidik 338 mata. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.585011 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list