CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1795|Reply: 0

Ing Yueh raih emas, berjaya tebus kecewa

[Copy link]
Post time 10-6-2015 01:08 AM | Show all posts |Read mode

GIMNAS negara, Tan Ing Yueh berjaya menebus kekecewaannya dengan meraih pingat emas acara palang bertingkat individu wanita pada Sukan Sea ke-28 hari ini.
   
Ing Yueh yang membuat penampilan sulung pada Sukan Sea Singapura, mempamerkan aksi bertenaga untuk mengutip 12.766 mata, menewaskan Ava Lorein Verdeflor dari Filipina yang mengumpul 12.336 mata.
   
Seorang lagi gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi meraih gangsa selepas mengutip 12.200 mata.
   
"Terima kasih kepada jurulatih dan rakan sepasukan. Saya tidak menyangka dapat meraih pingat emas dalam penampilan pertama di Sukan Sea.
   
"Farah sering memberi contoh terbaik kepada kami (atlet gimnas). Beliau juga mempamerkan aksi yang baik hari ini. Tidak kira siapa sumbang pingat emas... sasaran kami ialah mahu berikan pingat emas kepada negara," kata Ing Yueh.
   
Dalam pada itu, Ing Yueh meraih pingat perak dalam acara individu melombol hari ini, manakala Farah Ann meraih gangsa, selepas masing-masing mengumpul 13.466 dan 13.316 mata.
   
Gimnas Vietnam Phan Thi Ha Thanh meraih pingat emas selepas mengumpul 13.983 mata.
   
Ing Yueh dan Farah Ann akan mengambil bahagian dalam acara titian imbangan dan senaman lantai, esok.
   
Pada acara keseluruhan individu semalam, Ing Yueh gagal menampilkan aksi terbaik dan menduduki tempat ketujuh daripada 11 gimnas yang bertanding. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067808 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list