CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 0

Delia pemain terbaik Jun

[Copy link]
Post time 11-6-2015 10:01 AM | Show all posts |Read mode


BINTANG skuasy meningkat naik, Delia Arnold (gambar) dinobatkan Pemain Terbaik Bulan Jun oleh Majalah Skuasy yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Anugerah itu berdasarkan aksi cemerlang Delia semasa beraksi di Terbuka British, Mei lalu.

Pada perlawanan tersebut, pemain berusia 29 tahun dari Selangor itu menumbangkan beberapa jaguh handalan termasuk pemain nombor dua dunia, Raneem El Welily dan Alison Waters (ranking ketiga dunia) sebelum kandas di peringkat separuh akhir.

Menurut Delia, dia tidak terfikir untuk mengubah gaya permainan, sebaliknya akan berusaha keras mempertingkat mutu persembahan dalam pertandingan yang disertai.

"Saya akan lakukan perkara yang sama. Tiada perubahan akan dibuat mengenai cara permainan.

"Saya bekerja keras dalam beberapa perkara di gelanggang dan tidak boleh mengagak mereka mahu mengikut cara ini.

"Jika ada satu perkara yang berubah, ia mungkin sikap saya terhadap kerjaya saya. Jurulatih saya, Peter Genever, telah memberikan saya perspektif yang berbeza terhadap permainan supaya menjadi lebih profesional," katanya.

Sementara itu, Delia mendedahkan hasrat mahu terus menikmati sukan skuasy untuk tempoh yang panjang dan menanam impian mencapai di puncak kejayaan.

"Saya mahu memanjat tangga pada kedudukan lebih baik hingga sampai di atas. Itu sasaran saya," katanya kini berada di ranking ke-15 Persatuan Skuasy Dunia (WSA).

Info

Nama: Delia Arnold
Menetap: Selangor
Tarikh lahir: 26 Januari 1986
Mula profesional: 2003
Kekuatan: Tangan kanan
Jurulatih: Peter Genever
Jenis raket: Prince
Ranking semasa: Nombor 15 (Jun, 2015)
sinarharian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058759 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list