CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1475|Reply: 0

OLAHRAGA SUMBANG DUA EMAS PADA HARI KE-7

[Copy link]
Post time 12-6-2015 08:53 AM | Show all posts |Read mode

Dua kali lagu 'Negaraku' bergema di Stadium Nasional Singapura setelah dua atlet olahraga negara berjaya menyumbangkan pingat emas pada hari ketujuh temasya Sukan SEA ke-28 hari ini.
Dua pingat emas negara itu disumbangkan oleh  atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin dan Nauraj Singh Randhawa dalam acara lompat tinggi lelaki.

Muhammad Irfan berjaya mengungguli acara tersebut setelah melakukan lontaran sejauh 56.65m, mengatasi pencabar terdekat, Narong Benjaroon dari Thailand yang melontar sejauh 52.59m.

Pingat gangsa bagi acara itu menjadi milik atlet Thailand, Kwanchai Numsomboon dengan jarak 51.02m.

"Allhamduillah ...saya bersyukur kehadrat ilahi kerana berjaya meraih pingat emas dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih, keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak memberi semangat kepada saya untuk menang hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

Pemenang pingat emas acara yang sama pada Sukan SEA edisi Myanmar 2013 itu berkata beliau bagaimanapun terkilan kerana gagal mencapai sasaran untuk memadam rekod kejohanan, 59.50m yang sebelum ini dilakukan oleh James Wong Tuck Yim pada Sukan SEA edisi Brunei pada tahun 1999.

Atlet berasal dari Seremban itu berkata catatan peribadi terbaiknya ialah 58.04m pada Kejohanan Terbuka Malaysia di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada bulan lepas.

Sementara itu, Nauraj Singh Randhawa dinobatkan sebagai juara lompat tinggi selepas berjaya melakukan lompatan setinggi 2.13m, mengatasi pemenang pingat perak, Van Thuy Dao dari Vietnam dari segi jumlah lompatan.

Nauraj berjaya melepasi ketinggian 2.13m dengan hanya satu lompatan, manakala Van terpaksa melakukan tiga kali lompatan bagi melepasi ketinggian tersebut.

Pingat gangsa bagi acara tersebut turut menjadi milik negara apabila Muhammed Ashraf Saipu Rahman melakukan lompatan setinggi 2.11m.

Nauraj berkata beliau terpaksa bekerja keras kerana mendapat saingan hebat daripada peserta lain.

"Saingan yang saya terima hari ini cukup hebat iaitu ketika melakukan lompatan terakhir," katanya.

Katanya selepas ini beliau akan memberi sepenuh tumpuan bagi mencari tiket kelayakan untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

"Saya masih ada lebih kurang 11 bulan untuk membuat persiapan bagi layak ke Olimpik dan menjadi impian semua atlet untuk beraksi di kejohanan sukan terbesar dunia itu," katanya.

stadiumastro



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.053898 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list