CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1473|Reply: 0

BOLING SUMBANG EMAS KETIGA UNTUK NEGARA

[Copy link]
Post time 12-6-2015 08:55 AM | Show all posts |Read mode


Skuad boling negara menyumbang pingat emas ketiga kepada kontinjen negara pada Sukan SEA ke-28 melalui acara trio lelaki  di Orchid Bowl, Orchid Country Club, hari ini.
Gandingan Muhammad Rafiq Ismail, Muaz Ahmad Fishol dan Timmy Tan memberi saingan terbaik untuk mengatasi pencabar terdekat dengan mengumpul 3,701 jatuhan pin.

Trio Singapura meraih perak dengan 3,656 pin manakala pingat gangsa menjadi milik Indonesia dengan 3,653 pin.

"Saya gembira dengan pingat emas ini dan saingan sememang sangat  sengit hari ini. Kami hanya memberikan permainan yang terbaik dan langsung tidak melihat papan markah.

"Kami cuma beri tumpuan kepada permainan masing-masing. Saya tidak  bermain dengan begitu baik dalam paten 'medium oiling' dan rakan- rakan yang lain bermain dengan begitu baik sekali," kata Muhammad  Rafiq, yang meraih dua pingat
emas setakat ini pada penampilan pertama.

Sementara satu lagi trio Malaysia -- Adrian Ang, Alex Liew dan Jonathan Chan menamatkan saingan di tempat keempat dengan 3,607 pin.

Dalam kategori wanita, gandingan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman ketinggalan 23 pin untuk meraih
pingat gangsa.

Pingat gangsa dimenangi trio Filipina yang mencatatkan 3,608 pin, sementara Singapura menyapu dua kedudukan teratas dengan 3,963 dan 3,707 pin.

Satu lagi trio negara yang dibarisi pemain berpengalaman Shalin Zulkifli, Sin Li Jane dan Esther Cheah sekadar menduduki tempat kesembilan dengan 3,452 pin.
stadiumastro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051394 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list