CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1601|Reply: 0

PASUKAN BADMINTON WANITA NEGARA MARA FINAL

[Copy link]
Post time 12-6-2015 08:56 AM | Show all posts |Read mode


Skuad badminton wanita layak ke final acara berpasukan pada Sukan SEA ke-28 selepas memusnahkan harapan Indonesia 3-1 pada saingan separuh akhir di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.

Bagaimanapun, Indonesia memberi amaran awal dengan mengutip mata pembukaan menerusi acara perseorangan apabila Lindaweni Fanetri dengan mudah menewaskan Tee Jing Yi dalam straight set 21-12 dan 21-10.

Malah kemenangan Indonesia itu tidak melunturkan semangat pemain negara apabila beregu utama negara, Vivian Kah Mun dan Hoo Mun Khe Wei menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan gandingan Awanda Anggia/Mahadewi Ni Ketut 21-18, 19-21 dan 21-6.

Seorang lagi perseorangan wanita, Ho Yen Mei berjaya meletakkan di hadapan dengan 2-1 selepas menewaskan Hanna Ramadini 21-19, 11-21, 21-19.

Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho mengesahkan kemenangan pasukan apabila menewaskan gandingan Andini Suci Riski/Maretha Dea Giovani 15-21, 21-19 dan 21-13 dalam satu lagi saingan beregu.

"Pada set pertama kami kalah, sebab saya terlalu gementar sebab saya terlalu mahu menang. Terima kasih kepada Fie Cho yang menenangkan saya. Selepas itu saya lebih yakin dan kami berjaya menang dua set seterusnya," kata Amelia.

Namun laluan pasukan wanita negara menempuh laluan sukar apabila bertemu Thailand pada final esok.

Thailand berkelebihan apabila mempunyai satu pasukan yang kuat terutamanya dengan mempertaruhkan Ratchanok Intanon iaitu pemain nombor enam dunia serta Busanan Ongbumrungpan, pemain nombor 18 dunia.

Pasukan itu juga mempunyai beregu nombor 13 dunia iaitu Puttita Supajirakul/Sapsiree Taerattanachai.

"Pasukan akan jumpa Thailand di final, kami masih turun sebagai 'underdog team' (bukan pilihan) kami akan bermain habis-habisan esok," kata Amelia.

Thailand mudah mara ke final selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Singapura 3-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Kali terakhir skuad wanita negara meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA di Laos pada 2009 selepas menewaskan Indonesia.

Namun pasukan wanita negara gagal mempertahankan kejuaraan itu pada Sukan SEA berikutnya di Indonesia apabila sekadar meraih pingat gangsa, sementara acara berpasukan tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Myanmar dua tahun lepas.

stadiumastro


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.060550 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list