CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 1

"PRESTASI SKUAD BAWAH-23 NEGARA MEMALUKAN"

[Copy link]
Post time 12-6-2015 08:58 AM | Show all posts |Read mode


Skuad bola sepak negara kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkemungkinan dirombak selepas post morterm yang akan diadakan berikutan persembahan suram di Sukan SEA Singapura, menurut Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Baginda tidak menolak kemungkinan itu kerana menyifatkan prestasi buruk pasukan bola sepak bawah 23 negara pada temasya itu memeranjatkan dan memalukan.

Malaysia tersingkir awal selepas menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste pada 30 Mei, diaibkan 1-5 oleh Vietnam pada 2 Jun, kalah 0-1 kepada Thailand dan menang 2-0 ke atas Brunei pada 8 Jun.

"Kekalahan ini tidak boleh diterima dan kami akan minta jawatankuasa teknikal untuk mengkaji apakah punca kekalahan ini," titah baginda kepada pemberita selepas melawat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) di sini hari ini.

Tengku Abdullah juga tidak menolak kemungkinan faktor kombinasi jurulatih, yang kedudukannya juga akan ditentukan oleh jawatankuasa teknikal FAM, dan pemain menjadi punca kepada prestasi buruk pasukan bola sepak itu.

"Saya rasa hampa dengan jurulatih kerana kita sudah beri banyak tumpuan kepada beliau dan kumpulan...bagaimanapun saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Kita tunggu selepas kaji selidik," titah baginda.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan itu, Tengku Abdullah mengingatkan KIPSAS agar melakukan pemilihan yang lebih ketat ke atas pelajar yang layak untuk menyambung pengajian ke universiti di Mesir.

Antara yang perlu dititikberatkan ialah kemahiran berbahasa Arab bagi membolehkan pelajar tidak menghadapi kesukaran dan cemerlang dalam bidang pengajian yang dipilih, titah baginda.

Tengku Abdullah juga berharap KIPSAS dapat meningkatkan program pengajian bahasa, bukan sahaja bahasa Arab, namun juga bahasa Inggeris dan bahasa
utama lain.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Duta Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Abdullah Matar Al-Mazrouei, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Presiden KIPSAS Datuk Yahya Zainal Abidin.


stadiumastro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 09:51 AM | Show all posts

bukan rombak team ni jer...tp rombak sumer SISTEM KEJURULATIHAN peringkat akar umbi terutamanya...
klu tengok cara derang main, nmpak sgt gaya permainan era 90an...bolasepak moden bkn camtu...
gaya moden SENTUH DAN KEJAR... bkn tahan bola, then toleh kiri kanan, then x tau nk bg saper...last choice bg gol keeper...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056410 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list