CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1615|Reply: 0

Nauraj, Irfan menepati ramalan

[Copy link]
Post time 12-6-2015 09:03 AM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA – Atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin dan jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa menepati ramalan apabila meraih pingat emas dalam acara masing-masing di Stadium Nasional Singapura semalam.

Kejayaan itu hadir selepas Irfan berjaya melakukan lemparan sejauh 56.62 meter (m) manakala Nauraj pula melepasi ketinggian 2.13m, sekali gus menghadiahkan dua emas buat kontinjen negara.

Biarpun menang, namun Irfan masih belum berpuas hati kerana gagal memecahkan rekod Sukan SEA iaitu 59.50m yang dilakukan James Wong Tuck Yim dari Singapura pada temasya di Brunei pada tahun 1999 lalu.

“Prestasi pada Sukan SEA kali ini boleh dikatakan agak memuaskan. Sebenarnya saya mahu memperbaharui rekod temasya tetapi gagal.
“Lagipun, saya mengalami kecederaan sebelum Sukan SEA Singapura bermula. Alhamdulillah, saya berjaya mempertahankan pingat emas. Saya janji akan cuba pecah rekod pada temasya di Kuala Lumpur (Sukan SEA 2017) nanti.

“Kejayaan ini paling manis buat saya kerana pada kali ini, ibu dan ayah saya datang ke sini memberikan sokongan, jadi emas ini untuk mereka,” kata Irfan yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 58.14m itu.

Pingat perak dan gangsa dalam acara lempar cakera disapu bersih oleh Thailand menerusi Benjaroon Narong (52.59m) serta Numsomboon Kwanchai (51.02m).
Sementara itu, Nauraj turut meluahkan kegembiraannya apabila berjaya menangani tekanan untuk mempertahankan emas acara lompat tinggi yang dimenanginya pada Sukan SEA Myanmar 2013 lalu.

Selain Nauraj, satu lagi wakil negara, Muhammad Ashraf Saipu Rahman mencipta kejutan menduduki tempat ketiga apabila melepasi ketinggian 2.11m manakala atlet Vietnam, Dao Van Thuy meraih pingat perak dengan ketinggian 2.13m.

Bagi acara balapan pula, kuartet 4x400m wanita yang diperkuatkan Fathin Faqihah Mohd. Yusof, Nurul Faizah Asma Mazlan, Zaimah Atifah Zainuddin dan Shereen Samson Vallabouy menghadiahkan satu lagi pingat gangsa pada hari ketiga acara olahraga Sukan SEA 2015.

Kuartet 4x400m lelaki, ratu pecut 100m lari berpagar, Raja Nursheena Raja Azhar, Ahmad Luth Hamizan (1,500m) dan R. Kirthana (lompat kijang wanita) gagal menghuni kelompok tiga terbaik dalam acara masing-masing.

kosmo!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.075229 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list