KUALA LUMPUR, 12 JUN 2015: Penyanyi Siti Nordiana terpaksa akur dengan permintaan satu-satu anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie ,7, yang tidak membenarkan dia berkahwin. Siti Nordiana yang sudah 6 tahun hidup sebagai ibu tunggal itu berkata anaknya masih tidak boleh menerima kenyataan jika ada lelaki lain menggantikan tempat arwah bapanya. “Saya rasa salah satu sebab mengapa saya tidak berkahwin lagi sehingga sekarang adalah sebab anak saya. Dia sendiri tidak boleh terima jika saya berkahwin dan ada lelaki lain yang mendekati saya. “Mungkin dia kecil lagi dan banyak perkara yang dia tidak paham lagi kerana dia selalu rasa bapanya masih ada walapun dia sendiri sudah tahu yang bapanya sudah kembali ke rahmatullah. “Jadi sehingga kini saya belum fikir untuk berumahtangga lagi kerana bukan senang untuk seorang lelaki hendak menerima saya bersama anak saya. Apa yang penting sekarang adalah anak saya tentag jodoh saya serahkan kepada Tuhan,” katanya kepada murai.com.my
Siti Nordiana atau Nana ditemui selepas pelancaran album terbaru berjudul Anakku Sayang di pejabat Arteffects International di Damansara Perdana semalam. Pun begitu, Nana akui agak sukar menempuh hidup sebagai ibu tunggal kerana dia terpaksa membesarkan sendiri anaknya itu tanpa lelaki yang bergelar suami dan bapa kepada anaknya. “Saya akui bukan mudah hidup sendiri ni. Lebih sukar apabila saya terpaksa membesarkan anak saya sendiri tanpa panduan seorang suami atau bapanya. “Tanggungjawabnya sangat besar kerana apa yang jadi pada anak saya adalah atas didikan saya sendiri yang merupakan ibunya. Namun saya ambil ini sebagai cabaran hidup saya,” jelasnya. Album terbaru berkonsepkan kerohanian sesuai untuk kanak-kanak itu mengandungi 8 buah lagu versi akustik termasuk Anakku Sayang, Dodoi Si Dodoi, Hati Ibu dan Buai Laju-laju.
-MURAI
|