CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 0

Arul lega hoki kekal emas

[Copy link]
Post time 15-6-2015 12:14 PM | Show all posts |Read mode


PENGENDALI skuad hoki junior negara, Arul Selvaraj lega selepas anak didiknya terpaksa bermandi peluh sebelum meraih pingat emas dalam final hoki berpasukan lelaki menentang Singapura di Sukan SEea ke-28, kelmarin.

Malaysia mencatatkan kemenangan tipis 4-3 dalam penentuan pukulan penalti shoot-out untuk mempertahankan pingat emas kali ketiga berturut-turut.

Skuad negara sebelum itu terikat dengan jaringan seri, 2-2, sehingga tamat perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Sengkang.

Arul berkata, beliau tidak menjangkakan perlawanan final yang sengit, namun beliau memuji pemain-pemainnya yang bijak mengawal emosi walaupun ditekan dengan sorakan penyokong tuan rumah.

“Saya tidak sangka perlawanan sampai ke tahap seperti malam ini, tetapi saya lega sebab pasukan kita masih mempertahankan pingat emas.

“Kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, salah satunya jaringan masuk, tetapi umpire tidak memberikan gol kepada pasukan,” katanya.

Mengikut rekod, Malaysia meraih gelaran juara sebanyak 15 kali sejak dipertandingkan pada 1971 di Sukan Sea.

Pujian perlu diberikan kepada pemain junior skuad bimbingan Arul kerana kesemuanya pertama kali bersaing pada temasya dwitahunan itu.


sinarharian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.104925 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list