CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2570|Reply: 0

Kehadiran TPM bakar semangat Mohd Al Jufferi

[Copy link]
Post time 15-6-2015 12:22 PM | Show all posts |Read mode


KEHADIRAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menjadi pendorong kepada pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari untuk meraih pingat emas dalam acara Putra E (65-70kg) pada Sukan Sea ke-28 hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Singapura, Mohd Al-Jufferi mengalahkan pesilat Vietnam, Van Hoang Vu 5-0.

Pingat gangsa menjadi milik pesilat Brunei, Mohamad Kifli Hamzah dan Sheik Ferdous Sheik Alau'din dari Singapura.

Pesilat berasal dari Kuantan, Pahang itu berkata kehadiran timbalan perdana menteri amat bermakna dan satu penghargaan bagi dirinya sebagai atlet apabila pemimpin nombor dua negara sanggup turun padang menyaksikan mereka bertarung.

"Apabila diberitahu timbalan perdana menteri datang hari ini...keinginan untuk menang semakin berkobar-kobar kerana saya tidak mahu kecewakan harapan beliau," katanya kepada pemberita.         

Muhyiddin turut menyampaikan pingat kepada pemenang acara Putra Kelas E dan Putri Kelas D.

Mohd Al-Jufferi yang merupakan pemenang pingat emas acara yang sama pada Sukan Sea 2013 di Myanmar dan edisi 2011 di Indonesia, berkata beliau memang mengharapkan kemenangan hari ini bagi mencipta hatrik.

"Saya telah membuat persiapan rapi untuk menang hari ini," katanya.

Pesilat aliran perguruan Cekak Harimau itu turut mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan guru-guru silat yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya, sebelum ini.

Mohd Al-Jufferi, 23, berkata beliau berhasrat untuk bersara daripada sukan pencak silat selepas Sukan Asia 2018 di Indonesia.

"Saya rasa cukup setakat ini di peringkat Sukan Sea," kata juara silat dunia 2015 itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.069834 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list