CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 0

PETANQUE KUTIP 2 PERAK PADA HARI TERAKHIR ACARA

[Copy link]
Post time 16-6-2015 10:33 AM | Show all posts |Read mode


Usaha untuk menambah 2 lagi pingat emas hari ini menerusi acara petanque tidak kesampaian setelah skuad negara tewas di final acara masing-masing.

Skuad lelaki negara tewas dalam acara Triple Lelaki kepada Thailand 13-10 manakala skuad wanita turut tewas dalam Triple Wanita kepada lawan sama 13-4.

Keputusan itu menyaksikan wakil negara terpaksa berpuas hati dengan mengutip pingat perak.

Keseluruhan kontinjen negara merangkul 1 emas, 3 perak dan 1 gangsa dari acara petanque yang menamatkan acaranya hari ini.

Walaubagaimanapn, pengurus skuad petanque negara, Zanilisa Mohamed menyifatkan kejayaan meraih satu emas, tiga perak dan satu gangsa pada Sukan SEA 2015, di sini merupakan pencapaian terbaik Malaysia sejak sukan berkenaan mula diperkenalkan pada edisi 2001 di Kuala Lumpur.
   
Beliau yang berbangga dengan kejayaan dicatatkan barisan muda atlet negara kali ini, turut berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara yang masing-masing menyediakan bantuan kewangan yang tinggi dan khidmat pakar psikologi sukan pada edisi ke-28 temasya sukan kali ini.
   
"Pencapaian ini menunjukkan peningkatan yang agak ketara kerana kita tidak pernah memenangi pingat emas kerana sebelum ini pencapaian terbaik adalah satu perak dan dua gangsa pada edisi 2009 di Laos," katanya.
   
Zanilisa berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan acara petanque di The Padang, di sini, malam ini.
   
Dalam pada itu, Zanilisa meminta MSN untuk menambah dana kewangan yang diberikan sebelum ini dalam mendedahkan skuad petanque negara kepada lebih banyak kejohanan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2017 di Malaysia.
   
Tanpa mendedahkan jumlah dana kewangan yang diterima sebelum ini, Zanilisa berkata dana tambahan itu penting dalam menyaingi dominasi Thailand yang merupakan pasukan nombor satu di Asia Tenggara.
   
"Pasukan Thailand menjalani latihan persediaan dan pertandingan jelajah profesional selama dua bulan di Perancis yang merupakan negara pengasas sukan berkenaan sebelum hadir ke Singapura.
   
"Jadi perlu untuk kita mendedahkan atlet kita kepada lebih banyak kejohanan luar negara terutamanya dalam menyaingi pasukan Thailand yang kini berada di tangga kedua dunia di belakang Perancis," kata Zanilisa.
   
Seperti diramal, Thailand menepati ramalan selaku jaguhan dalam sukan berkenaan setelah membolot lapan daripada 10 pingat emas yang ditawarkan pada edisi ke-28 temasya sukan dwitahunan itu.
   
Malaysia meraih pingat emas tunggal menerusi Muhd Hafizuddin dalam acara individu lelaki; tiga perak menerusi acara beregu lelaki dan triples lelaki dan wanita.
   
Pingat gangsa tunggal disumbangkan oleh Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi dalam acara 'shooting' lelaki.
stadiumastro


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.062247 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list