CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2596|Reply: 0

FAM cari penyelesaian larangan guna stadium

[Copy link]
Post time 16-6-2015 10:41 AM | Show all posts |Read mode


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mencari penyelesaian untuk isu penganjuran Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu berikutan keputusan kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan penggunaan stadium itu sepanjang bulan Ramadan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohamad Amin berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa) dan pihak stadium mengenai isu itu yang diharap dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari lagi.

"Saya berharap dalam satu atau dua hari ini kita akan dapat jawapannya. Kita akan tengok opsyen lain jika stadium itu tidak boleh digunakan tapi kita harap pihak stadium akan benarkan bermain di sana," katanya ketika ditemui pemberita ketika sesi latihan skuad 'Harimau Malaya' di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, hari ini.

Khamis lepas, Exco Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, Kafa perlu mencari lokasi lain untuk aksi liga sepanjang bulan Ramadan berikutan perkarangan stadium akan digunakan sepenuhnya untuk program Madinah Ramadan tahun ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai insiden seorang pemain pasukan T-Team meninggal dunia ketika aksi persahabatan menentang Kelantan di stadium yang sama Sabtu lepas, Hamidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapat laporan penuh dari pihak T-Team, Kafa dan juga pegawai perubatan.   

Pemain import berasal dari Nigeria, David Faramola Oniya, 30, dilaporkan rebah atas padang pada minit ketiga perlawanan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Baharu. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.091995 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list