CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2944|Reply: 0

Skuad silat negara tunjuk taring di Singapura

[Copy link]
Post time 16-6-2015 10:43 AM | Show all posts |Read mode


SKUAD silat negara 'tunjuk taring' di Singapura apabila berjaya mengatasi pencapaian dua tahun lepas setelah menduduki tempat ketiga keseluruhan d Sukan Sea ke-28 di sini.

Malaysia menutup gelanggang silat di Pusat Konvensyen dan Pameran Singapura dengan kutipan tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa, sekali gus  mengatasi pencapaian di Sukan Sea edisi Myanmar 2013.  

Vietnam menjadi kuasa baharu sukan silat apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas mengumpul tiga pingat emas, lima pingat perak dan dua pingat gangsa.
Juara silat Sukan Sea edisi Myanmar 2013 iaitu Indonesia pula menduduki tempat kedua apabila mengutip tiga pingat emas, tiga pingat perak dan lima pingat gangsa.

Ketika di Myanmar, skuad silat negara menduduki tempat kelima selepas berjaya membawa pulang dua pingat emas, satu pingat perak dan empat pingat gangsa.  

Tiga pingat emas negara masing-masing disumbangkan oleh Muhammad Faizul M.Nasir menerusi acara Putra Kelas B (50-55kg), Mohd Al Jufferi Jamari, acara Putra kelas D (65-70kg) dan Siti Rahmah Mohamed Nasir, acara Putri Kelas D (60-65kg).

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menyaksikan perlawanan dan menyampaikan pingat kepada pesilat negara di venue kejohanan semalam menjadi pendorong kepada pesilat negara beraksi cemerlang.

Setiausaha Agung, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata walaupun Malaysia tidak pernah menjadi juara sejak sukan itu mula diperkenalkan pada Sukan Sea Jakarta pada 1987, pencapaian di Singapura adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Sukan Sea edisi lain sebelum ini.

Beliau berkata pencapaian meraih tiga pingat emas dalam acara tempur membuktikan bahawa pesilat negara merupakan kuasa baharu dalam acara tersebut malah negara lain mula merasa gerun dengan pesilat negara.

"Apa yang amat mengejutkan saya pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Mohamed Nasir mula diterima sebagai ikon kejohanan apabila penonton dari pelbagai negara datang ke venue kejohanan semata-mata untuk melihat aksi mereka, katanya kepada Bernama hari ini.  

Megat Zulkarnain berkata apa yang lebih menarik penyokong pasukan Singapura buat kali pertama sepanjang Sukan Sea memberi sokongan kepada kedua pesilat negara.

Beliau berkata aksi cemerlang pesilat negara semalam turut mendapat pujian daripada Muhyiddin yang meluahkan rasa kagum dengan kehebatan pesilat negara.

"TPM (Timbalan perdana menteri) ada memberitahu saya semalam bahawa beliau mengucapkan tahniah kepada skuad silat negara,"katanya.

Katanya kejayaan ini menjadi penanda aras bahawa pesilat negara telah bersedia untuk melonjak nama negara pada Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur nanti.

"Walaupun pesilat muda seperti Muhammad Fahmi Romli dan Muhammad Robial Sobri hanya meraih pingat perak dalam acara Putra D (60-65kg dan Putra H (80-85kg)...namun kejayaan mereka hari ini merupakan langkah awal untuk mereka meraih emas di Kuala Lumpur nanti," katanya.

Beliau berharap skuad silat negara bukan hanya mampu menyerlah pada Seukan Sea Kuala Lumpur 2017 malah turut mampu melakukan kejutan di Sukan Asia 2018 di Jakarta apabila acara silat buat pertama kali diperkenalkan di sukan tersebut.

"Kita perlu bersedia dari sekarang memandangkan bahawa Korea Selatan telah memberi amaran awal untuk merebut gelaran juara di Indonesia nanti," katanya. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066669 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list