CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1467|Reply: 0

11 pasukan berentap rebut Piala Foo Kok Keong

[Copy link]
Post time 17-6-2015 02:04 PM | Show all posts |Read mode


SEBANYAK 11 pasukan mengesahkan penyertaan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2015 di Kelab Shah Alam Selangor (KSAS) bermula pada 26 hingga 28 Jun ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Soon Ee Hooi berkata, ini termasuk empat pasukan luar negara dari Indonesia, Thailand dan Singapura.
“Kejohanan ini dianjurkan adalah   bagi menghargai sumbangan dan komitmen Kok Keong, pemain Selangor dan Malaysia yang pernah merangkul Piala Thomas pada 1992.
“Harapan saya supaya pertandingan ini dapat memberikan kepuasan bukan sahaja kepada pemain  tetapi  juga  peminat  sukan badminton yang merindui aksi pemain yang pernah mengharumkan nama negara,” katanya selepas sidang media kejohanan di KSAS, semalam.
Turut  hadir,  Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri, Amirudin Shari.
Kejohanan yang bakal diadakan di Gelanggang Badminton, Kelab Shah Alam di Seksyen 13 itu nanti mempertaruhkan hadiah wang tunai sehingga RM50,000 untuk dimenangi.

sinarharian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.177656 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list