CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1768|Reply: 1

Peningkatan positif takraw negara

[Copy link]
Post time 17-6-2015 02:05 PM | Show all posts |Read mode


MENANG salah apatah lagi jika kalah kritikan pedas pastinya diterima Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang kini agresif mengembalikan kegemilangan sukan warisan di mata dunia.
Selepas kali terakhir regu negara menjulang emas 10 tahun lalu di Manila, kini lagu Negaraku berkumandang dalam temasya Sukan Sea 2015 di Singapura, Ahad lalu.
Pastinya ia memberikan perkembangan positif di atas usaha berterusan PSM mencungkil dan memberi pendedahan kepada bakat-bakat baharu kerana regu yang membawa nama Malaysia di Singapura kali ini pada dasarnya ditugaskan memburu emas pada temasya Sukan Sea ke-29 di Kuala Lumpur, dua tahun lagi.


Hanya dua acara dibenarkan
Bagi Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail, kritikan dan pandangan sinis pihak mempertikaikan kejayaan regu negara menggondol pingat emas acara regu selepas ketiadaan pencabar utama Thailand bukan satu alasan.
Jelasnya, tindakan Thailand yang tidak menyertai acara regu adalah berdasarkan syarat pada edisi ke-28 temasya yang menetapkan setiap negara hanya boleh mengambil bahagian dalam dua acara dan itu menyebabkan mereka sanggup mengorbankan acara regu yang membuka ruang seluas-luasnya kepada Malaysia.
"Mungkin orang sudah lupa yang baru-baru ini kami pernah kalahkan regu utama Thailand pada Kejohanan Sepak Takraw Series Istaf di Melaka dan andaikata kami bertemu sekali lagi di sini, kami sentiasa bersedia dan peluang 50-50.
“Pingat emas yang dimiliki kali ini bukanlah mudah walaupun tanpa penyertaan Thailand, saya tetap berbangga dengan pencapaian anak-anak buah saya dan mereka sebenarnya masih dalam program Sukan Sea 2017, namun mereka berjaya mendapatkan pingat emas di temasya ke-28 ini,” katanya.


Pamer gandingan mantap
Skuad regu negara yang terdiri daripada Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohd Hanafiah Dollah (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri) mengesahkan pingat emas apabila muncul juara liga sepusingan dengan mengalahkan Laos, 2-0 (21-10, 21-16) pada aksi terakhir.
Sebelum itu, regu negara yang dibarisi Ahmad Aizat Mohd. Nor Azmi dan Mohd. Khairol Zaman Hamir Akhbar menumpaskan Singapura dan Filipina pada dua lagi aksi kumpulan sebelum ini.
Pingat perak berjaya dimenangi Singapura sementara Laos berjaya menyingkirkan Filipina untuk memastikan pingat gangsa.


Nafi ada campur tangan
Bagi Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Singapura (Perses) Datuk Abdul Halim Kader, ketiadaan Thailand dalam acara regu sepak takraw bukan disebabkan ada ‘permainan’ atau diatur sesiapa.
“Istaf, Astaf atau Perses tidak campur tangan dalam isu itu. Pemilihan acara adalah hak negara peserta dan tidak ada sesiapa boleh mencampuri urusan negara itu sendiri.
“Saya sebagai pengerusi jawatankuasa penganjuran sepak takraw di Sukan Sea ini menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang menyebut kemenangan Malaysia dalam acara regu adalah disebabkan ia sudah diatur,” katanya.


Peraturan sedia ada
Berdasarkan peraturan, setiap negara hanya boleh menyertai dua daripada tiga acara dipertandingkan dan syarat itu sudah diperkenalkan sejak temasya Laos 2009.
Abdul Halim yang juga Presiden Astaf serta Setiausaha Agung Istaf menjelaskan, bukan setakat di Sukan Sea malah peraturan itu turut dikuatkuasakan di Kejohanan Dunia, Piala Raja Thai serta Sukan Asia.
“Malah, keputusan negara untuk menyertai sama ada acara berpasukan, regu serta double juga adalah rahsia negara itu sendiri.
“Jawatankuasa atau majlis Olimpik semua negara hanya akan menghantar keputusan selepas tarikh tutup. Tidak ada negara yang tahu apakah acara yang mahu disertai lawan,” katanya.

sinarharian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 02:20 PM | Show all posts
toksah dipuji puji la....takraw, bola dgn badminton kat msia ni gila glemer je....hampehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.240098 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list