CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2351|Reply: 0

Skuad petanque perlu dana latihan

[Copy link]
Post time 17-6-2015 02:17 PM | Show all posts |Read mode


SUKAN petanque memerlukan dana untuk para pemainnya menjalani latihan di luar negara bagi mampu bersaing dengan negara lain terutama di Asia Tenggara.

Perkara ini dinyatakan pengurusnya Zanilisa Mohamed yang mengambil contoh prestasi memberangsangkan Thailand yang membolot hampir keseluruhan pingat yang dipertandingkan bagi acara itu di Sukan Sea 2015 di sini.


Thailand muncul juara keseluruhan setelah memborong lapan daripada 10 pingat emas yang dipertandingkan.


Beliau berkata, Thailand sentiasa mendominasi sukan yang berasal dari Perancis itu di peringkat Asia Tenggara kerana mereka mendapat dana yang tinggi daripada kerajaan selain pemain mereka turut dihantar menjalani latihan dan jelajah profesional untuk tempoh yang lama di luar negara.


"Saya yakin sekiranya kita juga mendapat dana yang mencukupi (daripada Majlis Sukan Negara), Insya-ALLAH skuad negara dapat mencapai taraf seperti Thailand satu ketika nanti," katanya.


Mengenai prestasi skuad petanque di sini, Zanilisa berkata, skuad negara mampu bersaing sekiranya para pemain negara mendapat lebih banyak pendedahan di luar negara.


Perolehan satu emas, tiga perak dan satu gangsa di sini merupakan catatan baharu kerana Malaysia sebelum ini sekadar meraih dua perak dan satu gangsa ketika beraksi di Laos sebelum ini.


Sementara itu beliau berkata skuad petanque negara akan menyertai dua kejohanan bertaraf dunia sebagai persediaan awal menghadapi Sukan Sea 2017 yang bakal dihoskan Malaysia.

Zanilisa berkata, kejohanan berkenaan ialah Piala Konfederasi Lelaki di New Caledonia pada Oktober ini manakala skuad wanita akan beraksi pada Kejohanan Petanque Wanita Dunia ke-15 di Bangkok pada November.


Namun beliau berkata, skuad negara tidak meletak sebarang sasaran pada dua kejohanan berkenaan kerana ia turut disertai beberapa pemain terbaik dunia.


"Walau bagaimanapun dua kejohanan ini adalah penting sebagai persediaan awal kita untuk memantapkan para atlet sebelum menyertai Sukan Sea 2017," jelasnya. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067832 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list