Ketika Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertelagah dengan seorang menteri, adindanya Tunku Idris pula memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama negeri itu dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjanjian itu yang dimuat-naikkan di Instragram sejak Ahad lalu, antaranya menyebut Johor bersetuju menandatangani perjanjian 1946 dengan mengenakan beberapa syarat.