Edited by Yoongie at 21-6-2015 09:52 AM
TEMPOH : 18/06/2015 - 25/06/2015 (11.59 PM)
SOALAN/KREDIT : 10 SOALAN x 10 KREDIT = 100 KREDIT
TOPIK: ASTRONOMI
KUIZ GALAKSI #1
1. Pada tahun bilakah pembinaan makmal mengorbit di stesen angkasa lepas antarabangsa dimulakan?
2. Buruj ini dinamakan sempena haiwan yang membunuh orion, si pemburu dalam mitos greek purba. Apakah nama bintang paling terang pada buruj ini dalam bahasa parsi?
3. Di dalam sistem suria, terdapat planet-planet yang berbeza putarannya berbanding planet lain. Namakan planet-planet tersebut.
4. Buruj X yang menyerupai haiwan mistik pernah digunakan sebagai logo oleh sebuah syarikat minyak dan gas yang terkenal di amerika. Namakan buruj yang terletak di selatan buruj X.
5. Planet Y merupakan salah satu dari planet yang dikelaskan sebagai gergasi gas dan jaraknya dengan matahari ialah 19 kali lebih jauh berbanding jarak bumi dengan matahari. Berapakah bilangan gegelung yang mengelilingi planet Y?
6. Buruj ini kelihatan seperti bentuk tubuh manusia yang bersenjata. Namakan bintang paling terang berwarna merah dalam buruj ini.
7. Namakan ahli astronomi pertama yang mengemukakan idea bahawa bumi berputar pada paksinya.
8. Salah satu watak "death eater" dalam novel fantasi harry potter menggunakan nama bintang ini sebagai nama pertama. Apakah nama buruj yang mengandungi bintang ini?
9. Planet apakah yang jisimnya kira-kira 1/20 daripada jisim bumi?
10. Atmosfera di planet Z mengandungi gas metana. Dimana gas tersebut menyerap cahaya merah dari sinar matahari dan memantulkan warna biru. Namakan dua bulan utama yang terdapat pada planet Z.
|