JAWAPAN KUIZ GALAKSI #2
1. Apakah garisan yang membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan? garisan khatulistiwa
2. Namakan jenis hutan yang bertanih gambut dan bersaliran buruk. hutan paya air tawar
3. Selain dari pembaris, jarak lurus antara 2 tempat dalam peta boleh diukur dengan menggunakan _____ ? jangka tolok
4. X terletak di Lautan Pasifik dengan kedalaman melebihi 11km dari aras laut, melebihi ketinggian Gunung Everest. Namakan 2 plat yang terdapat pada X. plat pasifik dan plat filipina
5. Namakan iklim yang terdapat di Zon Panas. iklim khatulistiwa, iklim gurun, iklim savana dan iklim monsun tropika
6. Sungai Y merupakan salah satu sungai terpanjang di dunia, menyeberangi Afrika dan berakhir di Laut Mediterania. Namakan 2 anak sungai yang mengalir di sungai Y. nil biru dan nil putih
7. Senaraikan 3 pengkelasan Siklon Tropika. i. lekukan tropika ii. ribut tropika iii. taufan
8. Dimanakah terletaknya empangan terbesar di dunia? sungai yangtze, china
9. Z terletak di sebelah utara Chili. Dikatakan mempunyai permukaan tanah seperti Planet Mars dan merupakan tempat paling kering di dunia. Apakah Z? gurun atacama
10. Namakan tempat paling masin di dunia. tasik don juan
|