CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1501|Reply: 0

Addeen Idrakie intai kelompok 100 dunia

[Copy link]
Post time 18-6-2015 10:28 AM | Show all posts |Read mode


PEMAIN muda skuasy lelaki negara, Muhd Addeen Idrakie Bahtiar, 21, menyasarkan untuk menduduki kelompok 100 pemain terbaik dunia menjelang akhir tahun ini.

Beliau yang kini berada pada ranking ke-126 dunia yakin sasaran berkenaan mampu dicapai sekiranya mencatat keputusan positif dalam beberapa kejohanan skuasy antarabangsa termasuk Kejohanan Skuasy Terbuka New Zealand yang berlangsung dari  Selasa hingga Ahad ini.
“Saya berharap mampu mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka New Zealand dalam memburu kedudukan kelompok 100 pemain terbaik dunia,” katanya.

Addeen Idrakie beraksi cemerlang di Sukan Sea 2015 apabila membantu Malaysia muncul juara acara berpasukan lelaki menerusi kemenangan 2-0 ke atas Singapura pada aksi final, baru-baru ini.

Kecewa sekadar perak
Dalam pada itu, beliau mengakui sedikit kecewa kerana sekadar meraih satu pingat emas dan satu perak walaupun secara peribadi menyasarkan untuk meraih dua emas pada penampilan sulung pada temasya sukan dwitahunan itu.

“Saya ingin dedikasikan dua pingat yang diraih ini kepada keluarga terutamanya ayah (Bahtiar Talib) yang banyak menyokong saya selama ini,” katanya.
Penuntut Universiti Malaya itu turut mendedahkan beliau masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki yang dialaminya akibat kemalangan motosikal pada Mac lalu ketika dalam perjalanan pulang ke asrama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.
Dominasi skuasy negara
Sementara itu, pasukan wanita negara menumpaskan Indonesia 2-0, sebelum skuad lelaki meneruskan aksi cemerlang dengan membenam Singapura juga 2-0 dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Skuasy Kallang.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia meraih empat pingat emas dalam acara skuasy selepas Sanjay Singh Chal dan Rachel Arnold masing-masing memenangi emas dalam acara individu lelaki dan wanita.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah gagal memenangi pingat emas dalam acara skuasy pada Sukan Sea sejak acara itu diperkenalkan pada Sukan Sea 1997 di Jakarta, Indonesia.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073034 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list