CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1530|Reply: 0

Chong Wei mara ke pusingan kedua terbuka AS

[Copy link]
Post time 18-6-2015 10:30 AM | Show all posts |Read mode


BEKAS pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan cabaran di kejohanan terbuka dengan menewaskan Kazumasa Sakai dari Jepun pada pusingan pertama Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat.
   
Pemain berusia 32 tahun yang membuat kemunculan sulung pada kejohanan terbuka sejak dibenarkan beraksi bulan lepas selepas digantung lapan bulan atas kesalahan doping, mengambil masa 37 minit untuk mengetepikan cabaran Sakai pada kejohanan itu yang berlangsung di Suffolk County Community College, New York.
   
Pemain badminton kelahiran Pulau Pinang itu yang diletakkan sebagai pemain bukan pilihan pada kejohanan berkenaan, menamatkan cabaran tersebut dengan 21-14 dan 21-13.
   
Berada di kedudukan ke-79 dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Chong Wei dijadual berdepan Rasmus Fladberg dari Denmark, yang mengalahkan pemain Austria Matthias Almer 21-5 dan 21-16.
   
Pencabar Chong Wei pada laluan seterusnya di kejohanan itu ialah pilihan kedua dan naib juara Terbuka Australia, Viktor Axelsen dari Denmark, pilihan kelima Marc Zwiebler (Jerman), Sho Sasaki (Jepun), B. Sai Praneeth (India) dan pemain Taiwan Hsu Jen-hao.
   
Seorang lagi pemain layak beraksi pada Kejohanan Dunia yang juga pemain bebas Zulfadli Zulkifli, bagaimanapun tidak bernasib baik apabila ditunjuk jalan keluar oleh pilihan ketiga Hans Kristian Vittinghus dari Denmark.
   
Namun, pemain Denmark itu terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menjinakkan pemain dari Malaysia itu dalam masa satu jam dan dua minit, dengan 19-21, 21-14 dan 25-23. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.360709 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list