CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2584|Reply: 3

Tengku Abdullah mahu Dollah jawab segera

[Copy link]
Post time 18-6-2015 10:44 AM | Show all posts |Read mode


Oleh LUQMAN HAKIM AB RAHIM


Tengku Abdullah


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahukan jawapan segera daripada ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berikutan kekalahan memalukan kepada Palestin dalam aksi Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Palestin di Kuala Lumpur malam kelmarin.
Baginda melahirkan rasa terkejut serta hampa dengan kekalahan yang besar itu juga meletakkan tanggungjawab kelemahan itu kepada Dollah atas aksi longlai para pemain.
Dalam nada tegas, baginda juga seperti membayangkan jawatan ketua jurulatih yang disandang oleh Dollah berkemungkinan bertukar tangan selain perubahan kepada keseluruhan pemain yang beraksi dalam skuad Harimau Malaya.
“Jurang kekalahan ini sangat besar dan agak sukar untuk saya menerima apa jua alasan sekalipun. Perkara ini sangat menghampakan saya dan peminat bola sepak tanah air.
“Harapan kita dengan pemilihan Dollah sebagai ketua jurulatih dapat membangkitkan semula prestasi skuad tapi sayangnya tidak kesampaian,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan zakat perniagaan korporat dan penganugerahan khidmat cemerlang serta khidmat setia Majlis Ugama Islam Pahang di Pekan semalam.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin itu, skuad kendalian Dollah dibelasah oleh Palestin 6-0.
Rentetan kekalahan tersebut, Tengku Abdullah telah bertitah kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin supaya mengadakan mesyuarat teknikal yang dipengerusikan oleh Datuk Mokhtar Ahmad.
Baginda bertitah, jawatankuasa tersebut perlu membuat post-mortem dan mengambil satu langkah drastik termasuk mengkaji semula prestasi Dollah selepas dipilih untuk menyandang jawatan itu.
“Jawatankuasa itu perlu kaji prestasi ketua jurulatih dahulu sebelum kita boleh buat rombakan lain termasuk menukar pemain.
“Saya ingat dahulu ketika mula-mula memegang jawatan Presiden, beberapa nama dicadangkan untuk menjadi ketua jurulatih, namun nama Dollah juga terpilih.
“Saya tidak mahu menuding jari kepada para pemain sahaja atas aksi yang tidak bermaya sebab pemilihan pemain ini bergantung kepada jurulatih,” titah baginda.
Mengulas peluang Malaysia untuk layak ke pusingan seterusnya, baginda mengakui secara realistiknya peluang itu ada, namun ia sesuatu yang amat sukar untuk dicapai.

kosmo!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 11:37 AM | Show all posts
lelaki malaysia memang takde bakat dalam bolasepak.. action je lebih. kih kih kih
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:54 AM | Show all posts
timahterung replied at 18-6-2015 11:37 AM
lelaki malaysia memang takde bakat dalam bolasepak.. action je lebih. kih kih kih

sokong. mmg takder bakat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 12:00 PM | Show all posts
xkira sape coach selagi ada defender yg main lambung2 bola ke depan walaupon member dah kene marking dgn harapan pandai2la ko kejar bola tu...sampai ke sudah malaysia di takuk yg lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.107685 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list