CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4624|Reply: 0

[Fesyen] Jakel perkenal koleksi raya Upin Ipin

[Copy link]
Post time 19-6-2015 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seramado at 19-6-2015 04:30 PM

                                            BERSEMPENA kedatangan Syawal tahun ini, rangkaian gedung jualan tekstil terbesar negara, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel), memperkenalkan tiga produk baharu melibatkan artis dan pelakon popular tanah air.
         
        Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, seiring dengan moto Jakel sempena musim perayaan kali ini iaitu ‘Ingat Raya Ingat Jakel’, pihaknya memperkenalkan koleksi baju Melayu Upin Ipin, Nabil Ahmad dan baju siap Rozita Che Wan.
         
        “Tahun ini kami memilih Nabil, Che Ta, Upin dan Ipin sebagai duta kami kerana personaliti mereka yang mempunyai ramai peminat pelbagai peringkat di mana dijangka mampu melonjakkan jualan Jakel tahun ini.
         
        “Kami juga turut mengekalkan Aaron Aziz sebagai duta baju Melayu dengan nama Baju Melayu Aaron Aziz berdasarkan sambutan luar biasa dan menggalakkan dari koleksi 2013 dan 2014,” katanya selepas melancarkan promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015.
         
        Ditanya mengenai koleksi baju Melayu Upin Ipin, Mohamed Faroz berkata, kerjasama julung kali bersama Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) bertujuan menarik minat ibu bapa yang mahukan produk berkualiti dan mampu milik untuk anak-anak mereka.


(hanasuva.com)

        “Pemilihan Upin Ipin sebagai duta baju Melayu dan baju kurung kanak-kanak di Jakel merupakan satu keputusan yang dapat memberikan kepuasan dan keseronokan pada pelanggan kami daripada kanak-kanak mahupun ibu bapa.

“Jadi, pengeluaran produk untuk kanak-kanak dapat menjadikan Jakel sebagai sebuah pusat membeli-belah keluarga dan sesuai dengan konsep one-top-center,” katanya.
         
        Lebih daripada 30 warna dan corak baju dikeluarkan khas untuk koleksi tahun ini di mana pakej koleksi baju Melayu Upin Ipin disertakan dengan butang baju Melayu dan sampin yang mempunyai logo Upin Ipin yang direka khas sempena koleksi pertama.

- SINAR HARIAN

                           

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    7-5-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072043 second(s), 32 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list