CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19078|Reply: 118

RAMADHAN INI, RAMADHAN KITA

[Copy link]
Post time 20-6-2015 11:26 PM | Show all posts |Read mode
Rindu hendak berkarya di sini. Moga cerita kali ini memberi manafaat sempena Bulan Mulia Ramadhan, Bulan Al-Quran.

Ingat lagi kisah Zul dengan 'kekasih hatinya' Anjelina Joling. Tapi kali nih kisah Zul sambut Ramadhan dan berusaha menjadi muslim sejati demi agama dan kampungnya yang tercinta.... korang bayangkanlah kampung apa pun... nak dapt kampung yang ada tali air segala...dah susah nak jumpa dah...zaman tok nenek dan zaman mak ayah muda dulo2lah yg dapat merasa nikmat mandi jeram, gelumang dngn sawah dan sungai jernih yg mengalir.... kita... sekadr bayngkn dan berimaginasi sajalah yea....

Terimalah... RAMADHAN INI, RAMADHAN KITA.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2015 11:26 PM | Show all posts
SATU: MUAZIN HARAPAN NUSA

Di tempat wudhuk,

Bunyi percikan kecil mengalir perlahan di seluruh anggota wajib seorang pemuda. Diratakan keseluruhan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Wudhuk yang sempurna merangkumi segalanya ketika bersolat. Begitu berhati-hati dan tertib sekali.

Selesai berwudhuk dia menadah tangan. Mata terpejam sambil terkumat-kamit membacakan doa selepas wudhuk. Usai doa, dia meraup mukanya yang dibasahi air sembahyang tadi.

Dia melangkah di perkarangan surau yang boleh menempatkan 200 orang jemaah. Masih dalam keadaan lengang. Matanya sedikit meliar kot-kot ada hamba Allah yang sudi bersolat di surau ini. Ingin sekali dia menunaikan solat sunat secara berjemaah.

Namun, sedikit hampa. Pada waktu-waktu petang begini memang lengang lagi. Hanya dia setia awal datang ke surau sekitar jam 4 petang.

Dia mula mengangkat takbir. Allahuakhbar!

“Alllahuakhbar.”

Sedikit tersentak pemuda itu. Alhamdulillah. Bersemangat pemuda itu meneruskan solat sunat wudhuk atau dikenali dengan solat syukur wudhuk, saat ada makmum di belakangnya.

“Assalamualaikum warahmatullah.” Ke kanan kemudian, ke kiri.

Makmum di belakang turut berbuat demikian. Zul menoleh ingin berjabat salam. Melebar senyumannya melihatkan gerangan menjadi makmumnya tadi.

“Tok imam, bila sampai? Tak nampak pula Zul tadi.”

Imam Jusoh tersenyum cuma. Tangan kanan Zul dijabat mesra. Uh, sejuknya tangan imam.

“Zul beransur dulu tok. Sementara tunggu masuk Asar, nak... baca Al-Quran dulu.”

Zul naik segan melihatkan Imam Jusoh dari tadi tersenyum sahaja. Mendengar Zul berkata demikian, dia sekadar mengangguk sahaja.

“Assalamualaikum imam.”
“Wa’alaikum salam.” Dia membalas perlahan dan lembut.

Zul sopan mengatur langkah menuju ke rak menyimpan Al-Quran. Dia bersila dan membuka kitab Al-Quran. Dia menyelak helaian, mencari surah yang dia berhenti semalam. Untuk Ramadhan kedua ini, dia menyambung membaca Surah Ali Imran.

Dia berazam seperti tahun-tahun lepas, ingin khatam sebelum berakhir sebulan Ramadhan. Sedang dia khusyuk mengalunkan bacaan ayat-ayat suci, dia ternampak kelibat seorang jemaah masuk dalam surau seperti baru sahaja sampai dan dibasahi air wudhuk. Zul berkerut hairan.

“Err... tok imam. Asar belum masuk waktu lagi.”
“Oh Zul. Tok bukan nak solat Asar. Ni... nak buat solat sunat wudhuk.”
“Eh, tadikan tok sama-sama jemaah dengan Zul tadi?”
“Bila masa tok berjemaah dengan kamu. Tadi tok singgah pergi rumah Osman ziarah dia. Baru keluar hospital, kaki kirinya patah sebab... jatuh dari pokok kelapa. Ni baru sampai surau ni.”

Terkebil-kebil Zul mendengar ulasan Imam Jusoh.
Haik. Yang jemaah dengan aku tadi tu siapa pulak?

“Tak payah hairanlah Zul. Mesti dia berkenan nak jadi makmum kamu tu. Itu sebab dia menyamar jadi tok.”

Zul tersengih sendiri. Sambil mengangkat kedua bahu, dia menyambung semula bacaannya yang sedikit tergendala tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2015 11:26 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 21-6-2015 12:16 AM

Zul melibas-libas kedua-dua tapak tangannya setelah selesai membentang sejadah. Dia melihat jam, lagi lima minit azan maghrib bakal berkumandang. Dia yang ditugaskan mengalunkan azan sebentar sahaja lagi, sudah tersedia air masak dan tiga biji kurma.

Zul membaca doa berbuka puasa. Dia mengunyah sebiji kurma dan meneguk sedikit minuman. Dia mula bersedia mengadap kiblat dan mikrofon di on suisnya.

Ditarik nafas dalam-dalam. Suaranya mula mendayu-dayu mengalunkan azan Maghrib sebagai menyeru kepada penduduk untuk sama-sama berjemaah di surau.


***************************************

“Tok imam. Nampaknya jemaah kita semakin kuranglah. Tak macam tahun-tahun lepas.”

“Betul tu Zul. Tok pun tengah pening. Ahli Jawatankuasa Surau pun tak serancak dulu. Ada di kalangan ahli sudah pun kembali ke rahmatullah. Untuk tahun ni saja... lima orang dah meninggal dunia. Ada tu pula, dah tak larat nak datang ke surau.”

“Kalau dah gitu gayanya. Kena cari ahli baru tok imam. Susahlah kalau berterusan begini. Kena cari tenaga muda untuk jayakan program kat surau kita ni tok. Nak harapkan saya sorang yang muda kat surau ni... macam tak kenalah tok. Tak menang tangan saya.”

“Tok faham kesukaran kamu tu Zul. Kampong kita ni tau-tau sajalah. Mana ada lagi anak-anak muda yang menetap di kampong kita ni.”

Zul tergaru-garu kepala mendengar masalah yang ditimbulkan mereka berdua. Ada benarnya kata-kata Imam Jusoh.

“Tok, kalau ajak kampong sebelah... ok tak tok?”
“Kampung sebelah? Buatnya diorang pun ada program kat surau sana... boleh ke Zul?”
“Ye tak ye kan tok. Susah jugak macam ni.”

Zul tergaru-garu kepala yang tak gatal. Kusut pula fikirannya.

“Kita balik dululah Zul. Kendian, kendian kita fikir jalan lain. Dah larut malam ni.”

Semenjak dari selesai sunat tarawih mereka berdua berbincang perkara yang berbangkit. Ketara pada tahun ini jemaah surau boleh di bilang dengan jari. Walaupun tidak sampai bilangan 200 jemaah yang boleh menempatkan jemaah di surau itu, namun... pada tahun-tahun lepas meriah juga sambutan di surau mereka ini. Akan tetapi, bilangan hadirin di Ramadhan kali ini begitu mengecewakan.

Memang tidak berbaloi menganjurkan apa-apa program keagamaan jika bilangan hadiri tidak mencapai tahap yang membanggakan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2015 11:26 PM | Show all posts
“Apa lagi dimenungkan tu Zul?”
“Eh nek. Tak tidur lagi.”

Zul bangkit dari berbaring atas kerusi rotan. Dia mengubah posisi duduk. Sebentar tadi dia bertahajjud mohon petunjuk.

“Nenek nak bangun solat malam. Nampak bayang-bayang kamu dalam gelap ni. Kenapa tak buka lampu?”
“Heheh... saja nak bersolat dalam gelap nek. Terasa lebih khusyuk. Dapat samar-samar cahaya bulan pun jadilah.”
“Kamu fikir apa ni Zul? Risau nenek tengok.”
“Tak ada apalah nek. Surau kita tu... dah tak macam dulu. Sunyi je. Nak buat program keagamaan pun terbantut. Tu yang tengah fikir jalan ni.”
“Hmmm... tulah. Makin kurang anak-anak muda kat kampong ni. Orang-orang tua pun... banyak yang dah tak ada.”
“Habis tu, apa Zul nak buat bagi imarahkan surau kita tu nek?”
“Macam ni sajalah. Cuba kamu buat bancian penduduk-penduduk kampong yang tinggal ni. Berapa orang dewasa, kanak-kanak dan jantina.”
“Ok jugak idea tuh nek. Lepas dah dapat maklumat, baru boleh fikirkan program apa nak buat kat surau tu nanti.”
“Baguslah tu. Dah pergi panaskan lauk. Kejap lagi kita bersahur sama-sama.”

Nek Teh beransur ke dalam bilik menunaikan solat malam dan membaca Al-Quran. Zul pula ke ruang dapur, memasak apa yang patut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2015 11:26 PM | Show all posts
DUA: SURAU OH SURAU

Zul melabuhkan silanya di atas pangkin bawah rumah. Dia melepaskan lelah setelah seharian dia berjalan membuat bancian penduduk hingga ke hujung kampong. Gigih dia menelusuri mencari seberapa ramai penduduk yang ada di kampong tercintanya ini.

Namun, pencarian yang diharapkan agar ada tenaga muda yang ramai... sungguh mengecewakan. Rata-rata ramai anak-anak muda merantau ke Bandar mencari rezeki. Dia sahaja yang setia di kampong ini. Berbakti pada tanah membanting tulang mengusahakan kebun peninggalan keluarga turun temurun.

Zul melihat jam tangan. HampIr pukul enam. Terlonjak dia dari duduk. Dia baru nak berkira-kira mahu ke bazaar mencari juadah berbuka buat mereka berdua. Tanpa berlengah, Zul menapak ke dalam rumah. Ingin mandi terlebih dahulu, barulah dia akan ke bazaar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2015 11:26 PM | Show all posts
Beberapa juadah ringan seperti kuih-muih dan minuman sejuk yang dibeli Zul. Dia tidak suka membazir. Sedangkan hanya dia dan nenek berdua di rumah. Bukannya makan sangat pun. Sekadar mengisi perut, kemudian nak mengerjakan solat yang lebih banyak masa dihabiskan dari menyambung makan. Itu jarang terjadi jika ada lebih makanan yang ada.

Sedang ralit Zul melihat-lihat juadah digerai-gerai, dia bersilih bahu dengan seseorang sehingga terjatuh orang yang melanggar bahunya. Zul cepat-cepat menoleh. Seorang remaja terduduk atas jalan sambil memeluk tin bentuk tabung di bawah ketiak.

Zul mengucap panjang lalu membantu remaja itu bangun.

“Terima kasih abang.”
“Sama-sama. Ni dari mana ni? Dengan tabung segala.”
“Saya sedang minta derma bang. Nak buat program sempena bulan Ramadhan.”
“Program bentuk apa tu?”
“Program keagamaan bang. Kami kekurangan peruntukan untuk menyambut Ramadhan. Tu sebab kami terpaksa minta derma. Lagipun, saya dari rumah anak-anak yatim bang.”
“Oh ya.”

Terbit simpati dihati Zul. Kasihan dengan nasib anak-anak yatim yang ingin menyambut ramadhan tetapi, kurang bajet pula.

Huh, terdetik dihati Zul.

“Boleh bawa abang ke rumah anak-anak yatim tu?”
“Boleh.” Sedikit bersinar mata anak muda itu mendengarkan Zul sudi singgah ke teratak mereka.
“Jom.” Mereka berdua beriringan melangkah ke tempat yang dituju.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2015 11:26 PM | Show all posts
“Tok imam, tok imam...”

Imam Jusoh berpaling tatkala Zul memanggilnya seperti ada perkara yang mustahak.

“Ada apa Zul?”

Zul memaut tangan Imam Jusoh lalu dicium sopan.

“Maaf tok. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikum salam. Ingat tak reti dah bagi salam.”
“Hehehe... excited sangat tok.”
“Apa yang mustahak sangat panggil-panggil tok ni?”
“Kita sembang dalam dulu tok. Tak selesa tercegat depan pintu surau ni jek.”
Tanpa berlengah mereka berdua memasuki surau. Di ruang tengah surau mereka melabuhkan punggung. Saling bersila dan mengadap antara satu sama lain.

“Begini tok. Saya ada idea, macam mana nak imarahkan surau kita ni tok.”
“Bagaimana tu?” Imam Jusoh teruja mendengar. Memang tidak sia-sia melantik anak muda di depannya sebagai muazin merangkap Setiausaha AJK surau.

“Saya ingat nak ajak anak-anak yatim memeriahkan surau kita ni bersama penduduk setempat. Amacam tok idea saya ni?”
“Anak yatim?”
“Kebetulan tok, saya terserempak seorang remaja dari rumah anak-anak yatim sedang mintak derma untuk program keagamaan mereka dekat bazaar tadi. Saya pun pergi tengok rumah penginapan diorang. Agak daif tok. Tempat nak buat program  pun... sedih saya tengok. Ruangannya terhad nak tampung anak-anak yatim seramai 30 orang. Cadangan saya nak ajak anak-anak yatim ni berkampung kat surau kita dan bersama-sama penduduk setempat merancang program kat surau kita ni sambil menderma. Apa pendapat tok?”

“Bagus idea kamu tu. Taklah sunyi surau kita ni.”
“Kalau tok dah setuju, besok saya bawa diorang ke sini. Mereka dijaga sepasang suami isteri, anak-anak yatim ni. Saya benar-benar kagum dengan mereka berdua tok. Cekal menjaga anak-anak yatim seramai itu.”
“Memang bernasib baik kamu bertemu dengan mereka Zul. Sekurang-kurangnya, Allah dah bagi kita jalan nak kembalikan kemeriahan rumah ibadah Allah ni jika niat kita bersungguh mahu mengimarahkannya.”

Zul menarik nafas lega dan tersenyum ceria.

“Nanti kita sewa bas sekolah untuk bawa ke mari anak-anak yatim ke surau kita ni.”
“Baik tok. Kebetulan lagi, saya dah contact Abang Farid mohon sewakan bas untuk tujuan kita tadi.”
“Cekap betul kamu buat kerja. Tak sia-sia tok lantik kamu jadi pembantu tok.”
“Alah tok. Benda kecil saja jika nak bandingkan niat kita nakkan surau ini hidup semula.”

Imam Jusoh menepuk-nepuk mesra bahu Zul. Benar sekali kata-kata pemuda di depannya ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 11:41 PM | Show all posts
teruskan sellie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan sellie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 10:21 AM | Show all posts
TIGA: ANAK YATIM SINAR HARAPAN

Seramai 30 orang anak-anak yatim diturunkan dari bas sekolah dan di tempatkan di surau. Segala kelengkapan tempat tidur disediakan penduduk setempat. Dari dibiarkan surau tanpa penghuni sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak AJK masjid dan penduduk setempat bersetuju menempatkan anak-anak yatim dari rumah Sinar Harapan mengimarahkan rumah Allah ini dengan kehadiran mereka sebagai tetamu Allah.

Zul dan beberapa anak-anak yatim lelaki bergotong-royong membersihkan perkarangan surau agar lebih bersih dan selesa. Selesai bergotong-royong, mereka berehat seketika.

Cuaca pada hari itu agak panas dan terik. Namun begitu, terpancar rasa gembira dan kepuasan semangat bergotong-royong tadi disebalik riak wajah yang keletihan dan penuh keringat itu.

Anak-anak yatim Sinar Harapan berasa bersyukur dipertemukan insan yang baik hati seperti Zul. Atas pelawaan bersungguh Zul meminta kebenaran melalui pasangan suami isteri, Encik Khamis dan Puan Fatimah sudi mengimarahkan surau kampong mereka yang kekurangan jemaah di kampungnya dengan menjemput anak-anak yatim ke sana.

Setelah ditimbang tara dan berbincang secara santai. Barulah suami isteri itu bersetuju dan sudi memberi bantuan tenaga muda anak-anak yatim ini untuk memeriahkan surau mereka dengan program-program keagamaan yang dianjurkan pihak AJK surau.

“Korang semua. Terima kasih kerana bantu abang.”
“Eh Abang Zul. Kami yang sepatutnya ucap terima kasih sebab... sudi jemput kami ke sini.”
“Betul cakap Qayyum tu bang. Kami terharu atas pelawaan abang ke surau yang cantik ni.”
“Ini semua dalam perancangan Allah. Dalam abang buntu nak cari tenaga muda kat kampong ni... Allah dah atur elok jumpa kalian semua. Nanti, kita boleh bincang sama-sama program apa nak buat. Korang tolonglah sumbangkan idea bagi menarik lebih ramai jemaah dan... secara tak langsung, korang boleh minta derma ke bagi menambah tabung kebajikan korang.”

Seramai 20 anak-anak yatim lelaki saling tersenyum dan berbalas pandangan. Mereka berbesar hati dan lebih bersemangat membantu Zul.

“Abang Zul!” Mereka menyeru serentak.
“Eh, eh...” Zul jadi kalut tiba-tiba apabila dirinya diserbu.

Mereka semua meluru ke arah Zul. Tubuh tegap Zul didakap beramai-ramai. Hampir tenggelam dek pelukan sayang mereka semua. Namun, Zul tetap gembira menerima kehadiran mereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 10:22 AM | Show all posts
“Amboi Zul, memanjang senyum nenek tengok kamu.”
“Huh, penat betul Zul hari ni nek. Tapi memang seronok kami gotong-royong sama-sama tadi. Baik betul budak-budak ni. Senang nak bawak kawan.”

Zul melibas-libas belakang tengkuk dengan tuala ‘Good Morning’. Sambil lap peluh sambil mengipas diri-sendiri.

“Baguslah macam tu.”

“Tulah nek. Zul dan AJK surau tengah berbincang program dan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun ni. Bila ada budak-budak ni, senang nak rancang itu ini. Ada jugalah minta buah fikiran budak-budak tu bagi penambahbaikan program surau kita. Kot-kot program diorang semasa kat rumah penginapan ada yang boleh diterima pakai. Sambil tu, nak juga tolong diorang tambah-tambah duit tabung kebajikan mereka.”

“Senang hati nenek dengar. Memang patut pun kita bantu mereka. Tak sangka pula Ramadhan kali ni lebih bererti dengan kehadiran insan-insan istimewa ni. Rasulullah memuliakan anak-anak yatim ini kerana nabi sendiri dilahirkan tanpa ibubapa. Amat besar ganjaran lebih-lebih dalam bulan barakah ni membuat amal kebajikan buat mereka.”

“Nenek jangan lupa pula. Zul sendiri lahir tanpa ibubapa.”
“Kamu tu lain, masih ada nenek yang jaga kamu kalau nak bandingkan budak-budak tu dah tak ada sesiapa di dunia ni. Patut kamu bersyukur Zul.”
“Memang Zul sentiasa bersyukur nek. Agaknya kalau nenek tak ada, Zul pun akan jadi seperti mereka semua. Apapun nek, terima kasih kerana sudi jaga Zul yang nakal ni.”

Zul mendekati Nek Teh. Kedua tangan Nek Teh dipaut lembut dan dicium kekura tangan Nek Teh dengan penuh kasih sayang.

“Kamu cucu yang baik Zul. Tak pernah susahkan nenek. Kamu...” Mengalir perlahan airmata jatuh dibirai mata. Nek Teh mengusap lembut pipi Zul yang jernih wajahnya.

“Kamu adalah permata nenek yang tinggal. Selepas ibu kamu meninggal sewaktu melahirkan kamu, bila nenek mendakap tubuh kecil kamu waktu tu. Segala kehilangan dan... rasa sesal langsung tiada dihati nenek. Kematian ibu kamu, menjadi galang ganti dengan kelahiran kamu cu. Nenek sepatutnya lebih bersyukur... adanya kamu... nenek tak sunyi...”

“Nek...” Zul dipagut sayu. Lalu dia meletakkan kepala di riba nenek. Usapan dikepala mendamaikan jiwa Zul.

Ya Allah, lanjutkanlah usia nenekku, berilah kekuatan dan kedamaian dihatinya. Serta dilimpahi rahmat buat nenekku ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Doa tidak pernah putus buat nenek tersayang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 10:39 PM | Show all posts
EMPAT: KEMERIAHAN RAMADHAN

“Abang Khamis, ni antara program yang AJK kami bincangkan sempena ramadhan ni. Harap-harap kalau ada apa-apa nak tambah atau terkurang... yelah, minta pandangan abang jika program anjuran kami ni tak kena ke dengan situasi anak-anak kat sini.”

Zul menghulurkan kertas cadangan bagi program dan aktiviti keagamaan yang bakal diadakan pada tiap-tiap malam sepanjang Ramadhan. Encik Khamis tersenyum seraya menyambut huluran kertas cadangan yang ditaip Zul.

Di surau terdapat bilik pejabat yang membolehkan AJK gunakan untuk hal-hal pentadbiran surau. Encik Khamis meneliti sambil menyelak helaian. Makin melebar senyumnya melihatkan kertas cadangan tersebut.

“Alhamdulillah. Abang benar-benar setuju dengan aktiviti dan program seperti dalam kertas cadangan ni. Sebenarnya, abang tak kisah... apa pun program yang dibuat untuk faedah dan kebaikan anak-anak dalam mengisi masa sepanjang Ramadhan... abang langsung tiada keberatan. Menempatkan kami di surau ni pun dah cukup besar maknanya buat kami semua.”

“Allah bang. Saya cuma mahu sama-sama meraih Keredhaan Allah dan kongsikan kemeriahan menyambut Ramadhan sementara kita ni masih hidup. Mana tahu ini Ramadhan kita yang terakhir. Apa yang baik di sisi Allah, itu yang kita kena buat dan fikirkan bersama. Saya yang sepatutnya berterima kasih kat abang dan anak-anak sebab memenuhi undangan kami nak menghidupkan semula majlis keagamaan kat surau kami ”

“Sama-sama kasih Zul. Abang serta mewakili ahli keluarga Rumah Sinar Harapan nak ucapkan berbanyak terima kasih kat Zul, tok penghulu serta... penduduk-penduduk setempat. Kerana... sudi bagi kami tempat yang lebih selesa dalam nak buat amal. Ikutkan, kami semakin kurang mendapat derma orang ramai. Kalau dulu adalah juga, tetapi... entahlah Zul. Orang sekarang makin kurang menderma. Nak harapkan bantuan Baitulmal, berapalah sangat nak tampung 30 orang anak-anak kami. Tempat tinggal kami pun, banyak yang dah rosak dimakan anai-anai dan berkarat. Maklumlah barangan lama dan terpakai.”

“Abang jangan risau. Saya dah ada plan baik punya nak memenuhkan tabung. Kami penduduk setempat sepakat nak hasilkan jualan di perkarangan surau. Kira, kami adakan bazaar kat lapangan depan surau kami ni. Tapi, kami perlukan tenaga anak-anak muda untuk jayakan program jualan ni. Apa pendapat abang?”

“Allahuakhbar Zul, itu lagi abang setuju. Kadang-kadang tak sampai hati pula nak arahkan budak-budak tu nak menadah tangan kat orang ramai. Kalau dah begitu perancangannya. Abang tak ada masalah. Bagitau saja, apa yang perlu kami buat, kami akan buat... Insya Allah. Kami akan bekerjasama penuh.”

Tangan kanan Zul dijabat kejap oleh Encik Khamis. Bagaikan satu Rahmat dipertemukan pemuda berjiwa besar seperti Zul. Cumanya...

“Maaf Zul. Boleh abang tau?”
“Apa dia bang? Ada masalah lain lagi ke?”
“Oh bukan, bukan... err... tak apalah.”

Teragak-agak Encik Khamis mahu bertanyakan sesuatu kepada empunya diri.

“Apa yang teragak-agak ni bang. Beritahu sajalah, kot-kot saya boleh tolong.”
“Tak. Sebenarnya... abang cuma nak tau saja. Zul ni ada kacukan cina ke? Rupa dah macam pelakon Hong Kong abang tengok. Handsome.”
“Hah? Eh... taklah... saya melayu betul bang. Tapi tulah... mata saya ni ada sedikit sepet. Mungkinlah kot ada kacukan...”

Zul seboleh-boleh memaniskan muka. Agak terasa dan terganggu dengan pertanyaan Encik Khamis. Rahsia itu, biarlah kekal rahsia.

“Zul, abang minta maaf kalau pertanyaan abang buatkan Zul terasa hati. Maafkan abang sekali lagi Zul.”

Encik Khamis sempat perasan roman wajah muram Zul walaupun tidak terlalu ketara. Sebagai pengasuh anak-anak yatim, dia peka dengan riak perasaan seseorang. Menyesal pula mengutarakan pertanyaan yang tidak sepatutnya. Lagipun, pertanyaan ini berpunca dari desas desus anak-anak angkatnya. Sibuk membandingkan wajah Zul dengan pelakon-pelakon Hong Kong dan juga Korea.

Apapun, riak wajah Zul ada kejernihan sebagai seorang muslim yang menunduk taat kepada Allah. Tidak hairan Zul ada auranya tersendiri. Anak-anak angkatnya suka benar menempel kepada Zul setiap kali anak muda ini datang melawat mereka.

“Tak mengapa bang. Saya tau, ni mesti budak-budak tu yang kecoh. Diorang pun ada juga tanya. Macam tulah jawapan saya. Tak ada apalah bang. Small matter. Tak naklah puji-puji macam tu lagi bang. Segan saya. Apalah nak dibanggakan rupa yang kacak kalau hati tak sekacak mana pun.”

Tersipu-sipu Zul menepis pujian itu. Tak betah mendengar pujian yang baginya tak ke mana pun. Makin riak jadinya pula. Nauzubillah.

Encik Khamis tersenyum cuma. Faham akan rasa rendah diri anak muda di depannya ini. Makin menyerlah ketampanan Zul dengan wajahnya yang malu-malu begitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 10:42 PM | Show all posts
Terima kasih sebab sudi baca karya tak seberapanya ini. rindu sangat nak menulis kat sini... tergerak nak buat kisah Zul.... diharapkn terhibur...

@kakZue  &  @Ipo ......

Thanks mod  @cmf_conan  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 11:35 PM | Show all posts
Khemah didirikan di lapangan luar surau. Zul, anak-anak yatim dan penduduk setempat bergotong-royong memasang khemah yang akan dijadikan gerai jualan. Lapangan luar surau boleh menempatkan 10 buah khemah.

Bagi menarik pengunjung, Zul menghasilkan kerja tangan kreativiti bersama anak-anak yatim di atas kain rentang sebagai promosi ke bazaar mereka.

Siap sahaja kain rentang, dua remaja dalam lingkungan 17 tahun membantu memasang kain rentang yang diikat pada tiang kayu di hujung kiri dan kanan. Dijadikan pintu gerbang mengalu-alukan pengunjung ke bazaar. Kain rentang ditebuk beberapa lubang agar tidak diterbangkan ke udara.

Zul bercekak pinggang melihatkan hasil gotong-royong mereka. Walaupun penat, terasa usaha empat kerat secara gotong-royong membuahkan hasil tak terkata tahap kepuasan yang dirasakan. Hanya Allah lebih tahu.

“Weh, korang.” Terganjak Zul ke belakang apabila tubuhnya didakap beramai-ramai anak-anak yatim lelaki.

Suka benar mereka memeluk Zul. Dan setiap kali itu juga, Zul mengusap kepala mereka setiap seorang. Teringat nabi bersabda, Dari Abu Hurairoh, bahwa seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw akan hatinya yang keras, lalu Nabi berkata: usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin.

Lagi sabda nabi, "Aku dan pemeliharaan anak yatim, akan berada di syurga kelak", sambil mengisyaratkan dan mensejajarkan kedua jari tengah dan telunjuknya, Hadis Riwayat Bukhari.

Betapa besarnya memelihara anak-anak yatim di sisi Allah dan Rasulullah kepada mereka yang mengasihi anak-anak ini. Zul terharu dengan pengorbanan Encik Khamis dan isterinya Puan Fatimah, tidak terkecuali Nek Teh yang memeliharanya tanpa ibubapa sedari kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:24 AM | Show all posts
Lama tak nampak

Kipidap!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:34 AM | Show all posts
Lepas meroyan kat board Ipo..cegitu meroyan kat sini pulak...
nanti update lag yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back sis @sellie003... Karya sis memang tak pernah mengecewakan... Good job sis... Sambung lagi ya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 11:28 AM | Show all posts
Cerpen ke novel ni Cik Sellie? Kalau novel, harap sempat habis b4 raya. Kalau tak nnti kena ubah taju... Syawal ini, Syawal kita



gurau2 di pagi ramadhan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 01:37 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 22-6-2015 11:28 AM
Cerpen ke novel ni Cik Sellie? Kalau novel, harap sempat habis b4 raya. Kalau tak nnti kena ubah taj ...

lawok.muahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 04:33 PM | Show all posts

ikutkn ada jek singgah2 sini...cuma jarg komen...sejak pindah tempat kerja baru... busy sikit nak sesuaikn diri dan belajar cara kerja di tempt baru...

Thanks sbb sudi luangkn masa baca karya x sehebt kalian semua....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.215290 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list