CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

RAMADHAN INI, RAMADHAN KITA

[Copy link]
 Author| Post time 22-6-2015 04:37 PM | Show all posts
cegitu replied at 22-6-2015 08:34 AM
Lepas meroyan kat board Ipo..cegitu meroyan kat sini pulak...
nanti update lag yer...

tak naklah moyan sgt... karya biasa2 jek ni...

Trimas sudi baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2015 04:48 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 22-6-2015 09:24 AM
Welcome back sis @sellie003... Karya sis memang tak pernah mengecewakan... Good job sis... Sambung l ...

.... tak ke mana pun ada jek...cuma baru2 nih busy di tempt kerja baru... so singgah jugk cari ni sekejp2...

Akan bersambung tapi  x sekerp dulu... nanti dgn sabo yea...

Trimas sudi baca karya sempoi nih... konflik tak ada pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 04:53 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 22-6-2015 11:28 AM
Cerpen ke novel ni Cik Sellie? Kalau novel, harap sempat habis b4 raya. Kalau tak nnti kena ubah taj ...

novel... tapi taklah panjg mana...sempat habis seblm raya...lagipun kena balik awal 2 hari sblm raya...

hihi...tak sah kalau takde gurauan dr cik lady...suka nau ngusik I....

Trimas sudi baca karya tak sehebatmu cik lady....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 04:56 PM | Show all posts

ni apa ni reply org nyer komen...

Thanks sebb sudikn diri singgh kat sini... karya akak biasa x macm awok yg luar biasa tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 04:58 PM | Show all posts
LIMA: ANTARA AKU, KAU DAN IA

Zul memberi makan rumput segar buat Anjelina Joling, Brat Pit dan Jaguh. Zul mengusap-usap kepala Anjelina Joling. Rindu pula pada lembu kesayangannya ini. Kalau dulu, lembu betinanya ini bermanja-manja dengannya. Tetapi, semenjak ‘berumah tangga’ Anjelina Joling jarang nak menghabiskan masa bersama Zul. Ia lebih mengutamakan ‘suami’ dan ‘anak jantannya’ sekarang ini.

Zul tidak kisah semua itu. Dirinya tidaklah kesunyian lebih-lebih lagi kedatangan anak-anak yatim Rumah Sinar Harapan membuatkan dia sibuk dengan aktiviti dan program yang diatur di surau berkenaan. ‘Suami’ Anjelina Joling tidak pula cemburu dengan kemesraan Zul dan ‘isterinya’.

Tak heran lagi ada. Lebih kepada menjamu selera mengadap rumput-rumput nan hijau yang segar-bugar. Ada kalanya Jaguh yang jinak menanduk-nanduk manja tubuh Zul dan bergesal-gesel mendapatkan perhatian Zul. Yang ni nampak cemburu kemesraan Zul bersama ‘ibunya’. Namun, tidak ketahuan pula, cemburukan kemesraan Zul dan ibunya ke atau cemburukan ibunya yang kerap diusap mesra si Zul. Tak dapat dipastikan.

“Jaguh. Aku nak bawa kau pergi jumpa kawan-kawan baru aku. Nak ikut tak?”

Petang itu, Zul mahu membawa Jaguh bersiar-siar dan menemukan lembu kecilnya ini dengan anak-anak yatim. Saja nak bagi anak-anak yatim bermesra dengan makhluk selain manusia.

“Mooo...” Seperti memahami, Jaguh setuju mengikut Zul.
“Good Jaguh. Tak perlu takut. Mereka semua baik-baik belaka. Diorang nak sangat tengok kamu. Selama ni mereka kata tengok dari jauh sajalah sekumpulan spesis kau mencari makanan.”

Jaguh terkelip-kelip mendengar penjelasan Zul. Tiada riak takut pun. Tuannya saja yang risau terlebih.

“Jom Jaguh. Kita gerak sekarang sebelum masuk Maghrib.”

Jaguh mengatur langkahnya seakan memahami percakapan Zul. Zul menarik perlahan tali yang dililit pada leher Jaguh. Mereka beriringan menuju ke destinasi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 05:01 PM | Show all posts
“Wah Abam Jul. Shomelnya anak embu ni.”

Seorang gadis kecil yang pada mulanya takut-takut mula memberanikan diri mengusap tubuh Jaguh, perlahan-lahan. Zul dan Jaguh dikelilingi anak-anak yatim. Teruja mereka melihatkan haiwan peliharaan Zul.

Zul bertinggung di hadapan gadis kecil sambil melemparkan senyum.

“Ni namanya Jaguh.”
“Jaguh? Jantan ke metina abam?” Keletah gadis kecil itu bertanya.
“Cuba tengok bahagian bawah kangkang ia.”
“Haaa...”

Pecah ketawa anak-anak yatim termasuk Zul. Gadis kecil itu menakup mulut kerana malu dan turut sama ketawa mengekek.

“Jangan usik tu. Sensitif. Kang ia tendang korang nanti.”

Zul memberi amaran mesra. Kemudian, berebut-rebut anak-anak yatim ingin memberi sentuhan pada Jaguh. Jaguh hanya berdiam diri sahaja tanpa berganjak sedikit pun. Seakan mengerti yang anak-anak yatim ini sekadar rasa ingin tahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2015 10:28 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 02:37 PM | Show all posts
Cik Sellie....lamanya cuti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2015 08:32 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 25-6-2015 08:34 PM

@cegitu  maaf, busy sejk kebelakangan ni. Ada jek saya karang cuma x sempat post kat tret nih...

ENAM: MALAM BERBUKA PUASA

Anak-anak yatim bersama pengasuh suami, isteri dan para jemaah dikalangan penduduk setempat berkumpul di ruangan makan di hadapan beranda surau. Namun, dipisahkan lelaki dan perempuan. Masing-masing bersiap sedia menantikan azan berkumandang.

Usai suara muazin melaungkan azan Maghrib, mereka membacakan doa berbuka lalu, kurma terlebih dahulu dijamah bagi memenuhi tuntutan sunnah. Terdapat beberapa hadis sahih banyak dibicarakan tentang memakan tamar ataupun kurma sewaktu berbuka.

Disunnahkan berbuka puasa dengan tamar (kurma), jika tidak ada maka berbuka puasa dengan air, berdasarkan riwayat Salman bin ‘Amir, bahwa Nabi Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam pernah bersabda : “Apabila diantara kalian berbuka puasa, maka berbukalah dengan tamr (kurma), sebab kurma itu barokah, namun jika tidak ada maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”, dan juga riwayat Anas, ia mengatakan : “Nabi shallallahu ‘alayhi wa Sallam biasa berbuka puasa sebelum shalat dengan ruthab (kurma muda), jika tidak ada kurma muda (ruthab), maka beliau berbuka dengan kurma (tamar), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air”.

Meskipun berbuka puasa dengan kurma diperintahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, namun hukumnya hanya sunnah (mustahab), bukan wajib. Seperti diriwayatkan Imam Al-‘Imraniy (wafat 558 H) didalam Al-Bayan.

Selain itu, sebahagian ulama menjelaskan agar berbuka dengan sesuatu yang manis kerana semakna dengan kurma, itu bila tidak ada kurma.  Imam Al-Rafi’i (w 623 H) menjelaskan didalam kitabnya Fathul ‘Aziz bisyarhi Al-Wajiz, yang juga dikenal dengan kitab Al-Syarhu Al-Kabir, sebuah kitab syarah atas kitab fiqh Imam Al-Ghazali yakni Al-Wajiz fil Fiqhi Al-Syafi’i. Kata beliau,

“Sesungguhnya disunnahkan ta’jil setelah benar-benar yaqin matahari terbenam, dan sunnah berbuka puasa dengan kurma (tamr), namun apabila tidak ada maka hendaknya berbuka puasa dengan air, berdasarkan riwayat bahwa Nabi Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam pernah bersabda : “Barangsiapa yang mendapati kurma maka berbuka puasalah dengannya, dan barangsiapa yang tidak memiliki kurma maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”, Dan Al-Qadli Ar-Ruyani menuturkan bahwa hendaknya berbuka puasa dengan kurma, namun bila tidak ada maka dengan manisan yang lain, jika tidak ada maka dengan air”


Zul menyertai jemaah lain berbuka kemudiannya selepas mengalunkan azan Maghrib sebentar tadi. Masing-masing menjamu selera sekadarnya kerana seketika nanti mereka akan berjemaah Maghrib.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 08:40 PM | Show all posts
Zul dikelilingi anak-anak yatim dari pelbagai peringkat umur dan jantina. Tetapi ruang antara lelaki dan perempuan dijarakkan. Zul sedang mengalunkan ayat suci secara hafazan di hadapan anak-anak tersebut.

Setelah itu, anak-anak ini akan menyambung bacaan Al-Quran. Masing-masing sedang bertadarus beramai-ramai bersama Abang Zul. Ahaks.

Selesai bertadarus, mereka semua dibawa menjamu pencuci mulut iaitu buah-buahan yang disedekahkan oleh hamba Allah di kalangan jemaah setempat juga. Dan menyambung solat tarawih baki 6 rakaat sahaja lagi bagi mencukupkan 20 rakaat. Sesudah itu, diakhiri dengan sunat witir.

Usai berdoa, sekali lagi mereka semua berkumpul seperti tadi. Melepak buat seketika. Suasana ketika itu hening sekali. Zul ralit memikirkan sesuatu sementara anak-anak yatim dikelilingnya saling berbual-bual antara satu sama lain.

“Korang semua.”

Semua anak-anak yatim yang sedang berbual tadi terhenti tingkahnya. Masing-masing mula menumpukan perhatian kepada Zul seperti ingin menyatakan sesuatu.

“Sesiapa ada gitar tak?”
“Gitar?”

Sokseksoksek mereka bersuara menyebut alatan muzik tersebut sambil saling bertanya sesama mereka.

“Abang Zakri ada Abang Zul.” Kanak-kanak berusia 12 tahun bernama Khairil bersuara.

“Zakri ada yea. Boleh pinjam kejap?” Zul tersenyum mesra kepada remaja berusia 17 tahun itu. Nak pinjam barang orang kenalah bermanis muka.

“Nanti saya ambil.” Tanpa berlengah Zakri berlari anak mendapatkan gitar miliknya. Satu-satunya khazanah kenangan tinggalan kedua ibubapanya sebelum mereka meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Zakri sepertinya anak orang kaya. Namun malang buat anak muda itu. Dirinya seakan dibuang oleh saudara mara yang lain.

Masing-masing tidak mahu memelihara remaja yang telah yatim piatu itu. Walaupun begitu, harta peninggalan kedua orang tuanya sudah diwasiatkan kepada Zakri sepenuhnya dan tiada sesiapa pun dibenarkan memiliki mahupun menjaga harta itu kecuali, orang yang  betul-betul amanah dan jujur. Ibubapanya awal-awal berwasiat begitu seakan mengetahui ajal mereka bakal menjemput.

Mungkin kerana itu, Zakri disisihkan saudara mara yang tidak berpuas hati akan wasiat harta peninggalan orang tua Zakri yang jatuh ketangan Zakri. Dan akan menjadi milik sepenuhnya termasuk sebuah syarikat yang agak gah di Kuala Lumpur apabila Zakri mencapai usia 21 tahun.

“Nah Abang Zul.” Zakri menghulurkan gitar miliknya dan disambut Zul seadanya.

Huh, nampak mahal gitar ni.

“Gitar tu arwah papa beli masa di Paris dulu.” Macam tau-tau sahaja bisikan hati Zul. Bijak-bijak.
“Macam tau-tau saja abang kagum dengan bentuk gitar ni. Baru nak tanya beli kat mana tadi.”

Mereka yang mendengar tertawa kecil.

“Abang nak buat apa gitar saya tu?”
“Lah, buat goreng leh... goreng pun sodap. Ceh, lagi mau tanya gitar ni untuk apa.”

Sekali lagi tertawa riang mereka bergema di ruang surau.

“Abang, nyanyilah satu lagu.” Ulah salah seorang kanak-kanak lelaki dikalangan mereka.
“Hmmm...” Zul memetik sejenak tali gitar untuk mendapatkan mood serta intro.
“Kita nyanyikan bersama-sama yea. Disebabkan ini kawasan ibadah, kita nyanyi lagu nasyid yang memuji Junjungan kita Rasulullah S.A.W.  Mawlaya dendangan Maher Zain versi arab.”
“Yeaa...” Mereka serentak bertepuk tangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 08:59 PM | Show all posts
Suasana sedikit hening. Zul menunduk menatap tali gitar mencari not. Jemarinya memainkan intro Mawlaya. Kedengaran seakan petikan irama ghazal dari tanah arab. Irama makin sedikit rancak...



By: Maher Zain
مولاى




مولاى صلي و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم
يارب صلي عليه يارب صلي عليه


يارب صلي عليه صلواتالله عليه


البدر كطلعته وجه جميل
والشمس كبسمته ظل ظليل
هو عبد الله سيد الخلق و مصطفاه
وحبيب الله خير مبعوث لوحى الله



مولاىصلي و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم
يارب صلي عليه يارب صلي عليه

يارب صلي عليه صلواتالله عليه

هو خير عباد الله خير البرايا
حى فينا بهداه حلو الوصايا
نسألك الله تجمعنا يوما برسول الله
من كوثره يروينا فتقبل يا رباه


مولاى صلي و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم
يارب صلي عليه يارب صلي عليه

يارب صلي عليه صلوات الله عليه

طاهر القلب نقى ذاكر لله
المصطفى الصفى صلى عليه الله
أخلاقه و صفاته سبحان من سواه
هو قدوتي و حبيبي و دعوة النجاة
يا رسول الله يا حبيب الله
فأكتب لنا نلقاه ندعوك يا رباه


مولاى صلي و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم
يارب صلي عليه يارب صلي عليه

يارب صلي عليه صلوات الله عليه

Mereka beramai-ramai mengikut rentak nyanyian Zul dalam ritma arab sambil bertepuk tangan dengan penuh senyuman gembira, menghayati qasidah yang kerap memuji Rasulullah. Dania anak kecil itu, sempat merangkul leher Zul dari belakang. Dengan suara pelatnya turut berdendang sama. Zul tersenyum senang seraya mengalunkan suara merdunya. Memetik gitar dan menggoyangkan badan kiri dan kanan diikuti Dania yang mendakap erat lehernya, manja.

Alunan Qasidah ini, agak porpular berasal dari penulisan seorang ulama besar yang menyukai kesenian dalam penulisan beratus tahun dahulu. Ia menyatakan pujian nabi Allah Junjungan kesayangan kita Rasulullah S.A.W. Amat indah bait-bait yang dijadikan qasidah sebagai tanda kasihnya umat hari ini kepada Rasulullah S.A.W. Terdapat beberapa karangan Qasidah yang menyatakan kecintaan kepada Nabi dalam pelbagai versi.

Namun, adalah lebih afdhal jika qasidah dialunkan tentang semangat serta perjuangan baginda serta sahabat-sahabat baginda menegakkan agama Allah. Puja dan puji selayaknya hanyalah kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi



Mereka bersama-sama menyanyikan pula lagu Ramadan dendangan Maher Zain dalam versi Bahasa Melayu sebaik sahaja habis mengalunkan qasidah. Sehinggakan jemaah-jemaah lain yang masih belum pulang, terjenguk-jenguk memandang ke arah mereka.

Ada yang menggeleng sambil tersenyum dan ada dikalangan jemaah mampu mendengar sahaja dan rasa terhibur mendengarkan dendangan anak-anak di ruang sudut tepi dinding.

Surau ini semakin berseri-seri dan ceria sentiasa semenjak anak-anak yatim Sinar Harapan menghuni seketika di surau mereka ini. Terasa suasana lebih hidup tidak seperti tahun-tahun lepas. Kali ini, agak berbeza suasananya. Seakan kehadiran anak-anak istimewa ini membawa cahaya pada rumah Allah ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 09:24 PM | Show all posts
TUJUH: HARAPAN PUDAR

Lewat malam jam 12,

“Abang, apa kita nak bagitau budak-budak ni semua?” Puan Fatimah mengesat tubir yang digenangi airmata pilu.

“Entahlah sayang. Abang pun buntu sekarang ni.” Encik Khamis sedikit mengeluh penuh kekesalan. Berat mata memandang, berat lagi pundak yang memikul bebanan masalah.

“Abang, apa kata kalau kita minta tolong orang kampong kat sini. Mungkin ada jalannya.” Puan Fatimah meluah saranan meringkan masalah yang sedia timbul.

“Mereka boleh tolong apa Fatimah? Kita ni dah banyak menyusahkan orang kampong ini. Ni nasib baik ada penempatan sementara. Kalau tidak, lagi parah kita. Mana lagi nak pergi.”

Puan Fatimah terdiam sejenak.

“Tapi bang, tak salah kalau minta tolong mereka. Kot-kot mereka ada jalan selesaikan masalah dengan penempatan anak-anak ni. Abang tak kesian ke dengan budak-budak ni.”

Encik Khamis menghela nafas.

“Tengoklah macam mana dulu.”

Mereka berdua suami isteri kian tersepit. Tempoh yang diberi penghuni penginapan kurang dari seminggu. Mereka diberi kata dua agar keluar dari rumah penginapan tersebut dan mencari penempatan di tempat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 09:25 PM | Show all posts
Zul terlihat kelibat Encik Khamis yang tergesa-gesa keluar dari perkarangan surau. Belum sempat Zul hendak menyapa, lelaki itu sudah dibawa pergi oleh sebuah teksi. Zul angkat bahu sambil meneruskan kerja menyapu halaman surau sambil dibantu anak-anak yatim yang lain. Sudah menjadi rutin petang Zul akan ke surau jika selesai sahaja tugasnya di kebun.

*************************************
Zul yang dibasahi wudhuk melangkah ke dalam surau. Tujuannya mahu membaca Al-Quran sebelum masuk waktu berbuka. Saat dia hendak mendekati rak menyimpan kita-kitab agama, Zul perasan sesusuk tubuh yang duduk bersendirian di tepi sudut.

Abang Khamis rupanya. Jauh benar menungnya tu. Macam orang ditimpa masalah saja.

Zul yang sememangnya bersikap ingin tahu atau lebih sinonim dipanggil mat kapochi datang menghampiri empunya diri.

“Assalamualaikum Abang Khamis.”

Encik Khamis terus menoleh apabila ditegur ramah Zul. Senyuman tawar terukir dan perlahan menjawab salam sejahtera daripada Zul.

“Boleh saya duduk?”
“Boleh, silakan.”

Zul membetulkan duduk silanya sambil diperhati oleh Encik Khamis. Pemuda ini begitu menyayangi anak-anak angkatnya. Encik Khamis terdiam dan mula berkira-kira. Jika sekiranya pemuda ini sudi membantunya menyelesaikan kekusutan yang semakin membelit dirinya.

Petang tadi, sekali lagi waris rumah penginapan menghubungi mahu berjumpa dan sekaligus sudah mengeluarkan arahan agar memindahkan barang-barang anak-anak angkatnya yang masih tinggal dibawa keluar dari rumah tersebut.
Betapa manusia zaman ini semakin hilang sifat-sifat perikemanusiaan. Tergamak melakukan perkara yang di luar batas kemanusiaan. Walaupun Negara ini tidak ditimpa kezaliman peperangan dan mangsa penindasan, namun, apabila manusia hilang sifat-sifat fitrah kejadian sebagai makhluk yang berakal dan mempunyai perasaan. Tiada beza pun dengan Negara di luar sana.

“Abang, abang ada masalah ke?”

Encik Khamis sedikit tersentak disoal Zul.

“Errr... tak ada apa.”
Zul tersenyum, “biasanya bila seseorang ditimpa masalah... takkan berterus terang menyatakan dirinya ada masalah. Percayalah bang, kalau abang bagitau masalah kat saya, Insya Allah... mungkin saya boleh tolong.”
“Betul ke Zul?”
“Sudah tentu.”
“Begini Zul...”

Zul tekun mendengar tiap-tiap patah kata dimulut Encik Khamis. Zul adakalanya terangguk-angguk tanda faham. Ada ketikanya dia menyampuk bertanyakan soalan dan dibalas segala persoalan supaya lebih jelas masalah yang dihadapi.

“Maksud abang, owner asal rumah tu dah wakafkan kepada abang sekeluarga untuk dijadikan rumah anak-anak yatim?”
“Betul Zul. Arwah Datuk Baharom sendiri yang nak wakafkan rumah tu untuk penginapan anak-anak abang.”
“Ada surat hitam putih pasal perkara ni?”
“Tulah silap kami Zul. Arwah Datuk Baharom memang ikhlas nak beri rumah tu, tanpa kami fikir baik buruknya jika tiada perjanjian hitam putih begini. Tapi tak sangka pula anak arwah nakkan rumah tu pula. Ke mana lagi kami nak tinggal lepas ni.”
“Dah kata wakaf tu, dah kira perjanjian hitam putih dengan Allah. Tapi maklumlah dunia sekarang. Selagi tiada perjanjian bertulis, itu dah dikira penginapan sementara saja.”

Encik Khamis berdiam dan menunduk.
“Tak mengapa bang. Nanti saya cuba tanya-tanyakan tentang wakaf rumah ni pada yang lebih arif. Mana tau kan.”
“Terima kasih Zul sebab sudi dengar masalah abang.”
“Abang, itu dah jadi tanggungjawab kita sesama Islam. Mana tau, hari ini hari abang. Esok-esok hari saya pula.”

Zul menepuk mesra bahu Encik Khamis.

“Err... sebenarnya Zul, abang ada satu lagi masalah.”
“Masalah apa tu bang?”

Sedikit berkerut dahi Zul. Patutlah riak Abang Khamis macam ada lagi sesuatu. Seakan ada benda yang lebih berat.

Sempat Zul menafsir roman wajah Encik Khamis seakan masih dalam dilema.

“Zul tunggu sekejap. Abang nak ambil dokumen.” Sekejapan Encik Khamis beredar dari tempat bersilanya tadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 09:26 PM | Show all posts
Sampul putih saiz besar berada dipangkuan Zul. Encik Khamis menggesa Zul untuk melihat dokumen dalam sampul tersebut.

Zul menarik keluar dokumen yang siap dibinding. Dia mula membaca isi kandungannya.

“Ini tentang wasiat Zakri. Kenapa... abang bagi saya tengok? Rahsia besar ni.”
“Sebenarnya Zul. Abang nak lepaskan hak penjagaan sementara harta peninggalan untuk Zakri sehingga dia mencapai berumur 21 tahun.”
“Lepaskan? Habis tu... abang nak saya carikan orang untuk menyambung amanah ini ke?”
“Ya Zul. Dan abang dah jumpa orangnya.”
“Oh ya, siapa?” Entah kenapa Zul terus bertanya. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Zul. Zul orang yang paling layak memikul amanah wasiat ibubapa Zakri sebagai pemegang amanah seterusnya.”
“Hah... saya. Tapi... kenapa?”
“Amanah ini terlalu berat buat abang Zul. Abang sebenarnya kerap diancam saudara mara Zakri berkenaan wasiat tu. Bila diorang dapat tau yang abang pemegang amanah...”

Encik Khamis sedikit mengeluh dan menunduk.

“Mereka... datang serang abang. Malah, isteri abang pun diorang ganggu. Abang dah tak sanggup nak hadap semua ni lagi. Demi, keselamatan keluarga abang lebih-lebih lagi anak-anak kami... abang kerap memanjatkan doa agar ada seseorang yang sudi memikul amanah Zakri ini.”

Zul tak terkata mendengarkan penjelasan Encik Khamis.

“Tolong Zul. Abang dah tak nampak orang lain. Hanya Zul yang layak menjadi pemegang amanah ini. Mungkin, doa abang telah dimakbulkan Allah.”

Encik Khamis menggenggam erat tangan Zul. Mengharapkan Zul sudi menerima saranannya.

“Kenapa saya bang?” Agak perlahan Zul luahkan.
“Sebab... Zul seorang yang jujur dan amanah. Abang pernah bertanyakan kepada imam, ketua kampong dan penduduk setempat akan sikap Zul. Ternyata, Zul pilihan yang sangat tepat.”
“Saya...” Tak terluah dek kata-kata. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
“Abang yakin, Zul takkan sekali-kali menghampakan abang. Lagipun, Zakri anak yang sangat kasihan. Sudahlah kehilangan ibubapa... saudara maranya sanggup memperlakukan anak saudaranya sendiri sebegitu rupa. Itu sebab saya masih bertahan memegang amanah ini kerana kasihankan Zakri yang hanya mempercayai saya untuk menguruskan hartanya.”
“Itu, kena bincang dengan Zakri bang. Takut dia tak rela saya uruskan hartanya tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.”
“Tak perlu risau Zul. Abang dah pun berbincang dengan Zakri sebelum ni. Dia macam gembira sangat bila saya cadangkan nama Zul sebagai pemegang amanah dia yang seterusnya.”
“Tapi, kitakan baru kenal. Abang tak rasa ke kot-kot saya mungkin gelap mata melihat harta menimbun si Zakri tu nanti.”

Sengaja Zul menegaskan pendirian jika berlaku apa-apa. Bukan senang nak memikul wasiat anak orang. Silap-silap, kita pula yang kena.

Encik Khamis ketawa senang.

“Zul lupa ya. Saya kan dah siasat latar belakang Zul dengan penduduk setempat. Menurut mereka, Zul dulu pernah dilamar jadi anak angkat seorang Datuk dan kemudian... bekerja di sebuah syarikat besar sebelum ni. Tetapi, kenapa Zul memilih untuk menetap di kampong?”

Encik Khamis memaut bahu Zul lembut. Zul menunduk tanpa berkutik. Namun, dihati tetap berkata-kata.

Adakah Abang Khamis dah tau siapa aku sebenarnya?

“Maaf kalau kisah itu pernah meninggalkan titik hitam dihati Zul. Mereka pun tak banyak ceritakan kisah sebenar Zul di Kuala Lumpur. Nampaknya, penduduk kampong sangat menyayangi Zul dan seakan sepakat pula tak nak membuka kisah selanjutnya. Abang takkan cakap lebih-lebih. Cuma, abang dah tak nampak orang lain yang lebih layak.”

“Abang...” Zul sudah kematian kata.

“Saya yakin dan pasti. Zul akan menjaga amanah ini dengan sebaiknya. Mungkin lebih baik daripada saya sendiri. Zul buatlah solat sunat Istikharah untuk dapatkan petunjuk Allah. Yea Zul.”

“Baiklah bang. Abang janganlah risau. Saya akan pertimbangkan perkara ini sebaiknya.”

“Terima kasih Zul. Terima kasih.
“Sama-sama.”

Masing-masing membalas senyum dan kemudian beralih duduk ke tempat lain apabila waktu Maghrib semakin hampir.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 10:26 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 26-6-2015 01:32 PM

LAPAN: WASIAT ZAKRI

Setelah melakukan solat istikharah dan meminta pandangan Nek Teh, Zul akhirnya membuat keputusan untuk menjadi pemegang amanah harta peninggalan buat Zakri.

Di suatu pertemuan di bilik peguam, berlangsung menandatangani dokumen perjanjian antara Zul, Zakri dan Encik Khamis ditemani isteri, Puan Fatimah. Selaku pemegang amanah sebelum ini mahu melepaskan amanah yang sekian lama dia pegang.

Dalam pada itu, Zul mengambil Zakri sebagai adik angkat. Proses ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Atas nasihat peguam dan hasrat Zul sendiri untuk mengambil Zakri sebagai adik angkat.

Perjanjian ini hanya mereka berempat termasuk peguam sahaja yang tahu. Ini bagi menjaga perasaan anak-anak yatim yang lain. Itu atas nasihat Encik Khamis supaya anak-anak angkatnya tidak terasa hati. Namun, Zul menyatakan, tanpa perjanjian pun dia sudi menjadi abang angkat mereka.  

Selesai urusan, mereka mengucapkan terima kasih kepada peguam iaitu Tuan Ghaffar. Lalu mereka bertiga saling bersalaman dan beransur pergi.

“Lega abang Zul. Terima kasih atas segalanya.”
“Dahlah Abang Khamis. Saya buat semua ini kerana Allah dan Zakri ni.”

Zul memaut mesra bahu Zakri yang hanya tersenyum sahaja.

“Seperti yang abang sarankan supaya buat solat istikharah. Jadi, inilah hasilnya. Hati saya digerakkan Allah... menerimanya sebagai amanah kepada yang berhak. Betul kan Zakri.”

Zakri menatap wajah Zul sambil tersenyum lalu mengangguk.

Namun, tingkah mereka bertiga ada yang memerhati dari dalam kereta. Tunggu masa dan ketika untuk dilunaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 12:25 PM | Show all posts
Cerita anak2 yatim, wasiat, perebutan harta... Nice one! Kipidap!

pst... nanti ada tak adegan berparang? Kemudian jaguh kejar tanduk montot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2015 01:28 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 26-6-2015 12:25 PM
Cerita anak2 yatim, wasiat, perebutan harta... Nice one! Kipidap!

pst... nanti ada tak adegan  ...

thanks lady...ikutkn dapt ilham secara x sengaja... x igt mana dtg ilham tuh... heheh... Allah jua pemberi ilhamku...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2015 01:30 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 26-6-2015 01:34 PM

Aiseh... ada yg tertiggl... camna leh x pewasan... dahlah karya tuh kat lappy... arinih sy balik kg...



ok, dah edit kat tret ajelah...tggu sambung mggu depan... bye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2015 08:22 PM | Show all posts
Zul memandu kereta yang dipinjam dari seorang rakan. Dalam perjalanan pulang, mereka bertiga berbual santai.

Sreett... Zul brek mendadak apabila sebuah kereta pajero menghalang laluan. Sedang masing-masing kekalutan dan dalam keadaan cemas, tiba-tiba tiga orang lelaki menyerbu keluar dari perut pajero.

Salah seorang menderu ke tempat duduk penumpang hadapan lalu pintu dibuka kasar dan terus menarik keluar tubuh Zakri secara paksa.

“Abang Zul, Abang Zul... tolong...!”

Zakri ketakutan teramat. Namun dia kuat meronta-ronta apabila tubuh sederhana kurusnya didakap erat dan diseret. Zul terkejut dengan situasi yang cukup pantas di hadapan mata. Manakala Encik Khamis tergamam. Tidak disangka insiden yang dia pernah diserang ugutan, kali ini mereka bertindak lebih melampau.

“Zul, apa kita nak buat ni?” Encik Khamis tidak mampu berfikir untuk menolong Zakri. Memandangkan ketiga-tiga lelaki itu berbadan besar dan tegap. Mereka berdua bukan lawan mereka.

“Abang Khamis. Call polis cepat.”

Zul meluru keluar dari kereta.

“Zul, jangan... bahaya!” Zul sudah pun bergerak pantas ke arah mereka bertiga. Tak sempat menegah kemaraan Zul.

Tanpa berlengah, Encik Khamis mendail menghubungi pihak polis. Sambil itu, dari tempat duduk penumpang belakang, Encik Khamis tidak lepas memandang situasi di depan mata. Tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2015 08:52 PM | Show all posts
Sementara itu,

Zul berlari pantas dan kemudian melompat tinggi, menujah belakang badan salah seorang penculik dengan kepala lutut. Tergolek-golek lelaki itu menerima tujahan kencang Zul.

Terkejut dua penculik yang salah seorang memegang erat kedua lengan Zakri, hanya mampu melihatkan teman mereka diserang mendadak begitu.

Mereka berdua lantas menoleh memandang gerangan yang bagi mereka bukan calang-calang menumbangkan rakan sekutu mereka itu. Mereka bertiga agak digeruni dan merupakan seorang penguggut dan penculik upahan yang licik dan profesional. Malah mereka juga hebat berlawan.

Huh, budak mentah. Berani betul budak ni. Ingat kami ni siapa.

“Kau jaga budak ni. Biar aku ajar budak mentah keparat ni siapa kita sebenarnya.”

Lelaki yang memakai spek hitam dengan ketinggian sederhana tetapi tegap, ingin mencabar Zul yang sudah bersiaga menentang mereka sebelum bantuan polis tiba.

Lelaki tubuh sederhana tegap itu, menolak kasar tubuh kurus melidi Zakri dalam dakapan lelaki yang seorang lagi yang boleh dikatakan paling sasa dan tinggi. Hanya menyambut tubuh remaja itu tanpa berkutik, serius. Dalam hati terdetik untuk melihat sendiri ketangkasan anak muda yang ingin menjadi hero tika ini.

Zakri yang sedikit meronta dan sudah dibasahi airmata pada wajah tak mampu bersuara. Hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah agar membantu Abang Zul menghadapi mereka bertiga. Zakri tak dapat bayangkan akibat yang bakal Abang Zul hadapi nanti. Demi menyelamatkan dirinya. Abang Zul sanggup menentang mereka. Zakri teresak-esak perlahan.

Zul dan lelaki kedua itu mula membuka bunga-bunga seni mempertahankan diri. Lelaki yang bertubuh besar yang menawan Zakri, terangkat keningnya. Dia nampak cara Zul membuka langkah. Kekuda anak muda itu nampak tegap dan seakan mula hendak menyerang garang. Dia merupakan ahli seni pertahankan diri. Tidak mustahil dia boleh baca gerak langkah orang yang hanya nak tunjuk hero membuta tuli atau seorang yang benar-benar penuh ilmu didada.

Huh, bukan calang-calang juga abang budak ni. Hmmm... kita tunggu dan lihat. Siapa yang akan tumbang.

“Jangan menangis budak. Belum tentu abang kau akan kalah.”

Lelaki besar dan sasa menegur Zakri perlahan tetapi tegas di tepi telinga Zakri. Zakri sedikit terpana.

Hah? Apa maksud penculik ni? Abang Zul... mungkin takkan tewas? Itukah maksudnya?

Zakri menelan air liur. Dia mula berzikir dan membuka matanya luas-luas. Ingin sekali melihat pertempuran yang mungkin sengit. Terbit keyakinannya yang Abang Zul mungkin seorang yang hebat berlawan. Dia... takkan sekali melepaskan peluang untuk melihat sendiri ketangkasan abang angkatnya ini menewaskan musuh.

Abang Zul. Takbir.

Allahuakhbar! Zul bertakbir dalam hati seperti mendengar suara hati Zakri.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.330794 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list