CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

RAMADHAN INI, RAMADHAN KITA

[Copy link]
Post time 29-6-2015 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Zakri.... Dpt famili yg gila harta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2015 11:23 PM | Show all posts
SEMBILAN: LAWAN KECUNDANG

Dia mengesat tepi bibir yang sedikit berdarah. Dia bangun dari bertinggung tadi. Dia benar-benar tidak puas hati. Sangkakan mudah sahaja menewaskan anak muda ini. Mana nak sangka yang anak muda asalnya diperlekehkan tadi hebat bertempur.

Tendangan dan pukulan begitu kencang dan padu. Semput juga hendak mengatur nafas saat dia cuba hendak berlawan semula. Malah, rakannya yang jatuh tergolek tadi, sama-sama datang berpadu tenaga menjatuhkan anak muda ini, turut kecundang.

Zul masih bersiap siaga. Tiada riak keletihan akibat bertempur tadi. Mudah-mudah sahaja dia menewaskan penculik berdua itu. Mula-mula pun Zul cuak juga. Kot-kot lawannya bukan calang-calang juga pabila melihat tubuh masing-masing gagah perkasa. Tetapi, demi nyawa Zakri dia sanggup menghadapai musuhnya yang lebih handal daripadanya.

Justeru, setelah bertempur beberapa minit dia mula lega. Lawannya belum cukup mampu menewaskannya. Sempat Zul mengerling lelaki yang lebih besar dan sasa, bersama-sama tawanan di tepi pajero. Lelaki besar sasa itu seperti ralit memandang ke gelanggang pertempuran mereka sejak tadi.

Zul cuba beristighfar dan berdoa agar lelaki itu sudi melepaskan Zakri dan dirinya. Dia tidak mahu meneruskan pertempuran ini. Memandangkan ini adalah bulan puasa. Bulan yang sepatutnya mengeratkan silaturahim, bukan untuk mencari musuh.

Zul mula mengendur langkahnya seperti biasa. Dia mahu berbicara sahaja. Mungkin dengan cara ini mereka bertiga akan berhenti dan melepaskan Zakri dengan selamat.

“Saudara-saudara. Saya tak mau cari musuh dengan saudara-saudara semua. Di hari baik bulan baik ni, saya tak nak kita bersengketa. Mohon lepaskan adik angkat saya ini. Mohon kasihankan anak yatim piatu ni. Dia dah cukup menderita tanpa kasih sayang ibubapa dan dibuang pula saudara-mara sendiri. Saya mohon... mohon sangat-sangat agar lepaskan saja kami pergi. Tapi, jika saudara-saudara diupah untuk culik Zakri. Saya sudi menjadi galang gantinya supaya Zakri dilepaskan.”

Mereka saling berpandangan. Tawaran yang agak pelik daripada seorang abang demi seorang adik yang bukan mempunyai pertalian sebenar. Dua orang lelaki yang teruk dipukul tadi masing-masing tersenyum sinis.

“Kau ingat kami bodoh nak lepaskan budak ni. Kami dibayar mahal untuk tugas ni. Kau mampu? Rasanya, kau hanya berlagak jaguh kampong saja. Kenapa tak teruskan saja pertempuran kita? Bila kau kalah, kami bawa budak ini bersama-sama kami.”

“Saya merayu saudara-saudara semua. Tolong lepaskan Zakri. Kalau saudara-saudara tak puas hati... pukul saja saya. Saya sekali-kali takkan balas walau seinci.”  

Peluang untuk mereka membalas dendam. Mereka berdua yang dibelasah teruk tadi tak mahu melepaskan peluang.

Mereka berdua mara ke arah Zul. Dikepal-kepal buku lima hingga berrderap-derap jemari mereka. Masa untuk balas dendam.

“Berhenti.” Seorang lelaki yang bersama Zakri bersuara nyaring.
“Kenapa Bad? Ini peluang aku nak balas dendam.”

Lelaki yang bertubuh sederhana tegap tidak berpuas hati dengan tegahan lelaki bernama Bad itu. Seorang lagi turut tidak berpuas hati.

“Bodoh! Bacul namanya jika berlawan dengan musuh yang tidak akan melawan. Mana pergi jantan korang. Kena teruk belasah degan budak tu, terus jadi pengecut... penakut!”  

“Habis tu, kita nak buat apa? Takkan nak lepaskan diorang begitu saja. Bayaran kita macam mana?”

Belum sempat lelaki bertubuh besar dan sasa membalas kata tiba-tiba...

Niii....niuniuniu...! Siren polis menerjah telinga mereka semua. Masing-masing kelam-kabut dan mulai panik.

Sepanjang kerjaya mereka sebagai penjenayah culik dan ugut, tidak pernah terlibat dengan polis.

Dalam keadaan sedikit huru-hara tubuh Zakri ditolak kuat. Zakri yang terpinga sedari tadi tidak bersedia keadaannya ditolak mendadak begitu. Namun, pantas sahaja tubuh kurus itu disambut kemas oleh Zul.

“Kamu tak apa-apa Zakri?”
“Tak abang.”
“Alhamdulillah.”

Terus mereka saling berpelukkan, Encik Khamis sudah datang menghampiri diikuti beberapa anggota polis.

Namun, belum sempat polis menahan penculik-penculik itu, sebuah pajero menderu laju melarikan diri daripada diberkas polis. Sempat pihak polis melepaskan beberapa das tembakan. Akan tetapi, pajero itu sudah memecut jauh.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2015 11:24 PM | Show all posts
Mereka keluar dari balai polis setelah disoal siasat polis atas kejadian yang berlaku sejam yang lalu.

Encik Khamis antara yang banyak menerangkan kepada polis sehingga Zakri jadi terkejut menerima kenyataan daripada Encik Khamis sendiri.

Patutlah, ayah beria-ia mahu Abang Zul menjadi pemegang amanah seterusnya. Tidak disangka ayah angkatnya menerima tekanan yang cukup hebat. Dia benar-benar sedih. Semata-mata kerana harta dunia, sanggup mereka bertindak sekejam itu.

“Zakri, kenapa nampak sedih ni?” Zul perasan riak muram Zakri saat mereka tiba ke surau.

“Saya tak sangka yang ayah diugut dan diancam seteruk itu. Ibu pun menerima tempiasnya. Ini semua salah Zakri... sebab... tak nak lepaskan harta kat diorang. Mungkin, memang patut Zakri lepaskan semua harata-harta tu kat diorang. Barulah aman hidup kami.”

“Zakri.” Zul memaut bahu Zakri lalu masing-masing melabuhkan sila di sudut dinding surau.

“Itukan amanah arwah ibubapa Zakri. Mungkin ada sebab arwah meletakkan wasiat atas nama Zakri. Lagipun, itu memang hak Zakri. Kemungkinan mereka tak mahu Zakri hidup merempat.”

“Tapi bang. Apa guna harta menimbun kalau hidup tak tenang. Mungkin hari ini saya terlepas. Tak tahu esok lusa bagaimana pula. Saya yakin bang. Mereka takkan berdiam diri begitu saja.”

Zul termenung. Betul jugak tu.

“Beginilah Zakri. Buat masa ni kita jangan fikirkan sangat. Hari baik bulan baik ni, kita panjatkan doa agar semuanya akan baik-baik saja. Nanti-nanti kita fikirkan bersama jalan penyelesaiannya.”

Barulah memekar roman wajah Zakri mendengar ulah Zul.

“Terima kasih abang. Sejak tadi abang dah banyak bantu saya. Hanya Allah yang Maha Membalas.”

“Haish Zakri ni. Lupalah tu. Kan kita ni dah jadi adik-beradik. Tak payahlah berkira sangat.”

Zul mengusap kepala Zakri mesra. Mereka berdua saling berbalas senyum.
“Oh, kat cini upanya Abam Jul ngan Abam Jaki.”

Dania sudah bercekak sambil diikuti anak-anak yatim yang lain.

“Eh...?”

Zul sudah diserbu anak-anak yatim. Pantang duduk, habis tubuhnya dipeluk ramai-ramai. Hingga tergolek dibuatnya. Masing-masing tertawa riang tanpa ada apa-apa masalah. Jiwa kanak-kanak adalah yang paling suci bagaikan kain putih. Mereka tiada dosa sedikit pun.

Hanya mereka yang sudah dewasa yang perlu bimbing mereka serta lindungi mereka, kerana itulah hak mereka sebagai anak-anak yatim tanpa ibubapa dan keluarga. Masyarakat berperanan menjaga mereka serta hak kebajikan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat zul... Zul pun bukan calang-calang orangnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 08:40 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 30-6-2015 01:20 PM
Hebat zul... Zul pun bukan calang-calang orangnya...

antra pembantu silat tok ayah... huhu.... dah dapt mandat mengajr silat...

ikutkn novel ni kesinambungan... kira kisah Zul part 2 nih...yg part satu sbnrnya lagi tragis... setakat ni akak hold dulu yg asal tuh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 09:08 PM | Show all posts
SEPULUH: KE MANA KAN KU PERGI

“Macam mana Abang Khamis. Mereka masih nakkan rumah tu?”

Encik Khamis mengeluh perlahan dan mengangguk lemah.

“Puas abang merayu. Mereka nak juga rumah tu. Kami tak ada pilihan Zul. Terpaksa keluar dari rumah dalam masa terdekat ini. Melainkan abang ada duit nak bayar sewa rumah tu bulan-bulan.”

“Astaghfirullah Alazim. Mereka tu memang melampau. Takkan tak Nampak keadaan abang, kakak dan anak-anak. Abang dan keluarga pun harapkan bantuan semata-mata. Tergamak mereka buat begini. Tak apa bang. Biar saya sendiri jumpa mereka.”

Panas benar hati Zul mendengarnya.

“Jangan Zul. Tak payah. Abang dah tawar hati nak terus mendiami rumah itu. Abang ingat nak cari rumah lain saja.”

“Tapi bang. Bukan senang nak cari rumah wakaf ni. Tapi tak apa. Saya akan cuba cari dan tanyakan kat sesiapa.”

“Terima kasih Zul. Banyak abang dah susahkan Zul.”

“Ish abang ni. Setakat cari rumah susah apanya. Insya Allah kita doa-doakan harap-harap ada.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2015 09:16 PM | Show all posts
Pagi-pagi lagi Zul bersiap hendak mencari rumah seperti yang dijanjikan. Simpati Zul kepada nasib pasangan suami isteri dan anak-anak yatim Sinar Harapan kian menghimpit kalbunya. Tidak betah hanya melihat nasib malang mereka tanpa perbuat apa-apa.

“Nek, doakan Zul ya. Zul tak sanggup nak melihat mereka menghadapi lepas satu, satu masalah. Tak habis lagi kisah Zakri... ni, dating pula kisah penginapan mereka. Zul tak sanggup nak berpeluk tubuh saja nek.”

“Nenek faham Zul. Kalau nenek di tempat kamu pun... nenek akan bantu.”

“Okeylah nek. Zul minta diri dulu. Assalamualaikum.”

Zul memaut tangan Nek Teh lalu dicium kekura tangan Nek Teh seperti selalu. Keadaan Nek Teh pun kurang sihat sejak kebelakangan ini gara-gara keadaan cuaca di bulan ini amat terik dan bersuhu panas mencecah sehingga 32% celcius.

“Kalau nenek tak larat. Berbuka sajalah nek. Zul dah siapkan air barli dan selasih sekali dengan bubur sayur ikan bilis. Nenek jangan paksa diri. Jaga kesihatan tu.”

“Iye, iyelah cu. Nanti tak larat nenek buka. Pergilah cepat. Tak baik bagi orang tunggu lama-lama.”

Zul menghidupkan motor kapchainya. Kemudian bergerak pergi meninggalkan halaman rumah. Nek Teh sempat melambaikan tangan kepada satu-satu cucunya dan Zul membalas lambaian itu hingga hilang dari pandangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 09:18 PM | Show all posts
Sehari suntuk, Zul dan Encik Khamis merayau-rayau mencari rumah wakaf yang boleh menempatkan anak-anak yatim Sinar Harapan. Hingga remang senja masih tiada rumah-rumah wakaf di pekan mahupun sekitar kampong.

Sukar mahu memperolehi rumah yang boleh menempatkan anak-anak yatim ini. Kalau ada pun, perlu bayar sewa bulan-bulan. Encik Khamis hanya merupakan guru agama, manakala isteri hanya suri rumah menguruskan keperluan anak-anak yatim.

Berapa sangat hasil gaji yang mampu dibayar sewa. Di rumah wakaf dahulu pun tiada kemudahan elektrik. Mereka hanya memasang pelita sebagai langkah penjimatan sumber kewangan dan perlu berjimat untuk bil air semata-mata.
Walaupun keadaan serba daif. Dia, isteri dan anak-anak sentiasa gembira dan bersyukur. Cukup dengan adanya anak-anak yatim seramai 30 orang, mampu memeriahkan rumah penginapan mereka.

Namun, itu takkan terjadi lagi. Encik Khamis semakin berasa bimbang dan dibebani masalah penempatan anak-anaknya ini. Sampai bila mereka harus menetap disurau Sedangkan, itu adalah tempat ibadah orang-orang kampong. Bukannya tempat tinggal tetap mereka. Lambat laun, mereka perlu pergi jua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2015 09:19 PM | Show all posts
“Abang Khamis tak masuk berehat?”

Zul mendekati Encik Khamis di penjuru dinding surau. Usai terawih tadi Encik Khamis mengasingkan diri. Anak-anak yatim lelaki sedang galak mencuci pinggan mangkuk setelah selesai moreh.

Anak-anak yatim perempuan ditemani Puan Fatimah sedang mempersiapkan kamar beradu mereka di bahagian belakang beranda surau. Di sanalah anak-anak yatim di tempatkan sementara waktu. Mereka diasingkan dengan tirai dan tempat tidur masing-masing dipasang kelambu.

“Abang masih susah hati pasal rumah. Besok kita boleh cari lagi.”
“Zul. Abang minta maaf sebab susahkan Zul. Abang sebenarnya... malu dengan Zul, ketua kampong, imam dan orang-orang kampong di sini. Kami banyak memberi masalah sejak ke sini. Abang...”

Encik Khamis tiba-tiba menangis teresak-esak. Puas dia bertahan akan sebak didada sedari tadi, melihatkan betapa gembiranya anak-anak angkatnya. Tanpa menyedari masalah memberat yang dihadapi di pundaknya. Dia tidak sanggup melihat setiap wajah-wajah duka anak-anak angkatnya. Dia... tidak sanggup...

“Apa... yang abang nak bagitau kat mereka nanti... yang mereka... tiada rumah lagi nak tinggal...”
“Apa ayah? Kita dah tak ada rumah nak tinggal?”
Zul dan Encik Khamis sama-sama menoleh ke belakang. Anak-anak angkatnya ramai-ramai ke situ gara-gara mahu mengajak ayah mereka masuk tidur. Kebetulan mereka terdengar perbualan yang menyayat hati ini.

“Anak-anak ayah...” Encik Khamis cepat-cepat mengesat airmatanya. Namun, sudah terlambat berbuat demikian.

“Ayah. Betul ke... kita tak boleh tiggal kat rumah tu lagi?” Naim berusia sepuluh tahun bertanya dengan riak sedih.

Encik Khamis terdiam. Satu-satu pandangan ditala setiap wajah mulus anak-anak angkatnya. Masing-masing kelihatan muram dan sedih. Dalam serba salah, lambat-lambat Encik Khamis mengangguk perlahan.

Anak-anak yatim lelaki terus menyerbu ke arah Encik Khamis. Masing-masing menangis teresak-esak. Manakala tidak jauh dari tempat Encik Khamis, Zul dan anak-anak yatim lelaki, Puan Fatimah berserta anak-anak angkat perempuannya turut berjuraian airmata.

Kemerah-merahan bebola mata Zul menahan genangan airmata melihat situasi penuh hiba itu. Membuatkan dia, semakin tekad membantu mereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 09:19 PM | Show all posts
Suasana yang hiba tadi kian hening dan serba muram. Hanya nyanyian cengkerik dan unggas melatar ruang sunyi saat ini.

“Abang Zul.” Dalam keheningan Zakri tiba-tiba bersuara.

Zul angkat kepala yang menunduk sedari tadi. Sempat dia mengalun zikir dalam hati.

“Ada apa Zakri?”
“Apa kata kalau... guna duit Zakri untuk beli rumah tu?”

Encik Khamis dan Puan Fatimah tersentak. Pantas Encik Khamis membidas.

“Tak boleh Zakri. Duit tu untuk masa depan kamu. Kamu tak boleh gunakan sewenang-wenangnya. Pasal rumah tu. Biar ayah saja yang uruskan. Jangan kamu nak memandai-mandai.”

Marah Encik Khamis. TIdak sekali-kali dia mengambil kesempatan menggunakan harta Zakri demi kepentingan sendiri. Terang-terang wasiat itu bukan untuknya apatah lagi digunakan tujuan lain selain demi masa depan Zakri cuma.

Zakri terus menunduk pabila diherdik begitu. Airmata anak muda itu perlaha-lahan mengalir ke pipi. Tiada niat pun buatkan Encik Khamis marah kepadanya. Hanya mahu membantu sedangkan dia ada duit yang banyak dan tidak mengapa bagi tujuan murni.

Kalau tidak dibantu dengan duitnya. Siapa lagi yang mahu membantu. Adalah mustahil mendapatkan sejumlah wang dalam masa sekelip mata, sedangkan mereka tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana orang kaya ataupun ternama.

“Zakri. Apa yang ayah cakap tu betul. Abang tau niat Zakri baik untuk bantu semua, dapatkan semula rumah tu. Tapi, itu bukan jalan yang baik. Jangan risau pasal rumah tu. Abang dan ayah sedang berusaha dapatkan rumah lain. Kami hanya perlukan doa kalian semua. Itu sudah memadai.”

Zul menepuk perlahan bahu Zakri yang nampak sedang menangis. Dia cuba menenangkan perasaan remaja itu agar jangan bersedih lagi.

“Maafkan ayah Zakri. Ayah tak ada niat nak marahkan kamu. Cuma, ayah tak nak nanti... dipersoalkan pula di akhirat sana. Sedangkan itu amanah ayah dan Abang Zul, untuk jaga harta yang diamanahkan sebaik-baiknya. Faham.”

“Zakri cuma nak tolong ayah. Apa gunanya Zakri ada duit bertimbun jika tak mampu nak tolong...”
“Sebenarnya Zakri, abang rasa itu bukan idea yang baik. Kalau saudara mara Zakri  dapat tau pasal perkara ini. Lagi parah. Mereka makin menjadi-jadi berdendam dengan ayah kamu pula. Mereka mungkin sangka yang ayah kamu ambil kesempatan mengikis harta Zakri pula. Nak ke jadi begitu?”

Pantas Zakri menggeleng.

“Jadi, macam yang abang kata. Doakan yang baik-baik untuk kami supaya korang semua dapat kediaman yang lebih baik. Setuju.”

“Setuju!” Bersemangat anak-anak yatim Sinar Harapan.

“Bagus adik-adik abang. Hmm... dah jam 12. Apa kata kita buat solat hajat seketika. Lepas tu masuk tidur. Boleh?”

“Boleh!”

Mereka semua bergegas ke tempat wudhuk. Encik Khamis sempat mengangguk kepada Zul tanda terima kasih yang tak terhingga.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 11:32 PM | Show all posts
SEBELAS: MUNCULNYA DIA

Sebuah kereta mewah rona hitam metallic berhenti di halaman rumah yang agak usang tetapi sangat bersih persekitarannya dan dihiasi pokok-pokok renik bunga jejarum serta terdapat pokok mempelam masak ranum.

Pintu kereta dibuka dan sepasang kaki yang mengenakan high heel melunjur keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup dan terpacak seorang wanita elegan yang berkaca mata memandang keadaan suasana dalam rumah seakan sunyi tanpa penghuni.

Dia menanggalkan kaca mata dan dimasukkan dalam tas tangan berjenamanya. Wanita itu melangkah teratur dan sedikit menjenguk dari bawah tangga yang pintunya terbuka luas.

“Assalamualaikum, Assalamualaikum.”
“Wa’alaikum salam.”

Salamnya disambut dari dalam rumah dan kelihatan seorang wanita tua keluar. Wanita elegen itu tersenyum manis saat nenek itu menghampirinya dengan riak sedikit hairan. Masing-masing meghulur tangan bersalaman.

“Nenek apa khabar?”
“Alhamdulillah, sihat. Marilah naik ke rumah buruk nenek ni.”
“Eh, tak mengapa nek. Di sini pun jadilah.”

Wanita elegan itu hanya duduk di bawah tangga diikuti wanita lanjut usia itu melabuhkan punggung atas lantai beranda sahaja.

“Cucu ni siapa dan apa hajat ke mari?”

Dari tadi tertanya-tanya dalam hati terus kemukakan pertanyaan. Kemungkinan wanita muda ini tersesat jalan barangkali atau, mencari rumah sesiapa di sekitar kampong ini.

“Saya nak cari Zulkarnain nek. Dia ada tak?”
“Zulkarnain, maksud kamu, Zul?”
“Yea nek Zul. Dia ada tak?

Sekali lagi wanita muda itu menyoal semula, sopan. Dia begitu teringin berjumpa dengan Zul saat ini. Ada sesuatu yang dia ingini daripada pemuda kampong itu.

Suatu kemaafan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 11:41 PM | Show all posts
Zul berada di kebun bersama anak-anak yatim sedang membersihkan kawasan tanah lapang. Sebidang tanah dijual kepadanya dua bulan yang lalu. Kebetulan tanah itu tiada waris dan memandangkan Pak Akob semakin tua, dia berhasrat menjual sahaja tanah kosong tidak jauh dari kawasan kebun sayur Zul.

Zul dengan senang hati membeli tanah hasil dari simpanannya serta sedikit pelaburan yang dibuat jika ada projek pertanian yang ingin diusahakan secara kecil-kecilan.

Zul mula memikirkan idea ini untuk menjadikan kebun yang asalnya kepunyaan Pak Akob, dijadikan projek usahama dengan Encik Khamis dan anak-anak yatim Sinar Harapan. Dia seorang tidak mampu mengusahakan kebun seluas 4 hektar ini.

Jadi, besar harapan Zul sekiranya projek pertanian sebegini dapat menampung keperluan hidup Encik Khamis sekeluarga secara tidak langsung.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 11:44 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 1-7-2015 11:49 PM

Zul dan anak-anak yatim diikuti Encik Khamis melepaskan lelah di perdu pokok yang rendang. Mereka mengipas-ngipas diri masing-masing yang berpeluh-peluh dan melekit-lekit.

“Korang penat tak?”
“Penat...!”
“Nanti abang belanja air masa berbuka nanti yea.”
“Alaaa...”

Zul tersenyum melihat wajah mendung adik-adik angkatnya yang kelihatan penat dan lesu.

“Sabar yea. Dalam sejam lagi kita akan berbuka.”
“Abang Zul. Kenapa abang tak kerja jek kat KL? Kerja KL boleh duduk kat aircond. Pastu naik kereta besar. Naik komuter balik kerja. Kerja macam ni tak penat ke Abang Zul?”

Zul tersengih mendengarnya.

“Penat memang penat tapi... abang suka. Abang puas kerja sendiri dan berbudi pada tanah ni. Abang tak perlu ikut masa bila nak pergi dan balik ofis. Bila tanaman abang tak perlu perhatian lebih, banyak masa abang gunakan buat benda lain. Kiranya tak tumpu pada satu tugas dan setiap hari nak kena hadap benda yang sama. Abang bebas buat apa saja tanpa terikat dengan protokol dan peraturan syarikat. Best apa kerja macam ni. Duit pun time tu jugak dapat. Kalau kerja ofis kena tunggu cukup bulan baru masyuk.”

“Haahlah Abang Zul. Zakri pun ingat nak stay kat kampong. Nak buka syarikat perladangan. Okey tak bang?”

“Eh, bagus tu Zakri. Sekarang sektor perladangan makin kurang. Tetapi, jika ada dana dan idea, tak salah usahakan. Nanti, lepas habis SPM... Zakri boleh sambung belajar tentang sektor perladangan dan pertanian. Abang sokong tu.”

“Zakri ingat nak lantik abang jadi pengurus Zakri. Bolehkan bang?”

“Err... yang itu...”

“Setuju sajalah Zul. Dah adik kamu pelawa tu. Kamu pun boleh tunjuk ajar macam mana nak usahakan sektor pertanian. Jika dah berkembang, boleh ada ladang sendiri pula. Tak gitu Zakri?”

“Betul tu ayah. Abang Zul boleh ajar selok-belok pertanian. Zakri ingat nak hantar Abang Zul ke Jepun. Sebab di sana, mereka menggunakan teknologi mengusahakan ladang dan pertanian. Tak perlu kerahan tenaga dari orang luar.”

“Amboi Zak, abang belum setuju lagi. Jauh benar nak hantar abang belajar.”

“Hehe... Zakri nampak potensi abang. Kita nak kurangkan pengambilan tenaga asing. Tak salah kita gunakan teknologi bagi membantu kerja-kerja perladangan dan pertanian. Lagipun, takkan abang nak gunakan lembu-lembu kesayangan abang membajak tanah pula kan.”

“Hah, hah... mereka bertiga jangan nak sentuh. Abang memang tak setuju nak bagi lembu-lembu abang kerja berat-berat.”

Pecah gelak mereka mendengar ulah Zul. Sayang benar kat lembu-lembu dia tu.

Zul turut tumpang sekaki bergelak ketawa. Memang tahu adik angkatnya itu mahu mengusiknya. Terbit rasa kagum dihati Zul. Zakri remaja yang pintar dan agak matang bila berkata-kata. Tidak sepadan usianya yang masih muda.

Mungkin, peristiwa yang dilalui Zakri mematangkannya dan membuatkan hidup remaja ini lebih bererti.


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 replied at 1-7-2015 08:40 PM
antra pembantu silat tok ayah... huhu.... dah dapt mandat mengajr silat...

ikutkn novel ni kesi ...

Serius sis? Tak sabar nak tau apa kisah zul sebelum tggl dgn neneknya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah wanita itu sis? Apa kaitannya dgn Zul? Persoalan yg tiada jawapan lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 09:17 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-7-2015 06:18 PM
Serius sis? Tak sabar nak tau apa kisah zul sebelum tggl dgn neneknya...

hihi... novel tu agak berat... so akak terpaksa hold dulu... nk susun semula plot...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2015 09:22 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-7-2015 06:25 PM
Siapakah wanita itu sis? Apa kaitannya dgn Zul? Persoalan yg tiada jawapan lg... :lol ...

ikutkn tkde hubgn apa2 pun... tapi wanita itulh antara titik2 itam Zul kat kl... kira bermulanya kisah malang zul di kl...dan baru tau kl ni penuh noda2 yg licik dan menjijikkn...zul serik nak gi kl...huhu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 09:23 AM | Show all posts
Di sebuah hotel,

Marlisa sedang enak membelai tubuhnya dalam tab mandi. Aroma buih mandian menyegarkan tubuh mulusnya. Sedang dia asyik menikmati mandian buih sambil memejam mata, fikirannya terlintas bayangan seseorang.  Agak samar-samar wajah itu.

Mendadak Marlisa membuka kelopak mata. Terbayangkan dosa-dosanya terhadap pemuda itu. Sudah dua tahun peristiwa itu berlalu. Kenapa masih menghantuinya? Dia pun hampir-hampir tidak mengingati wajah pemuda itu. Kerana masanya yang cukup singkat untuk lelaki itu berada dalam hidupnya.

Akibat rasa dengki dan irihati terhadap pemuda itu atas perhatian lebih seorang ayah selain dirinya, membuatkan dia berdendam dan mula mengatur rancangan agar lelaki itu diusir dari rumah keluarganya.

Ternyata rancangan licik dan jahatnya memfitnah pemuda itu, menyebabkan lelaki malang itu dihalau keluar dengan keadaan jelik dan hina. Namun, saat pemuda itu diusir keluar, agak lama pemuda itu menatap sendu sepasang mata galaknya yang bundar. Seolah-olah pemuda itu terlalu kesal akan sikapnya dan tanpa sepatah kata dia berlalu pergi tanpa sedikit pun menoleh lagi.

Sejak pemergiaan pemuda itu, daddynya jatuh sakit secara tiba-tiba. Kerap daddynya menyebut-nyebut nama pemuda itu. Puas sudah dia dan mummynya merawat daddy. Tidak mengira berapa banyak duit dihabiskan membayar setiap kepakaran doctor untuk mengubati penyakit jiwa ayahnya.

Lantaran itu, dia menjejaki semula arah tuju lelaki itu. Puas dia mencari, namun seakan-akan pemuda itu ghaib begitu sahaja. Sehinggalah dia ditemukan dalam suatu majlis makan malam anjuran client syarikat yang kebetulan memenuhi undangan. Tanpa diduga, pemuda yang dicarinya berada di majlis itu sedang berbual dengan clientnya yang berbangsa cina.

Lebih mengejutkan, lelaki itu seakan tidak mengenalinya dan menyatakan namanya Alex dan dia merupakan tunangan seorang gadis genit berbangsa cina. Walaupun lelaki itu memperkenalkan diri dengan nama bukan islam, dia tidak silap... lelaki itulah yang dicari-carinya. Mata itu, matanya seakan penuh tersirat. Ada sesuatu yang lelaki itu sembunyikan.

Mata kecil lelaki itu sarat dengan perasaan yang sukar ditafsir. Mungkin, lelaki itu terpaksa berbohong demi suatu tujuan.

Ah. Benak Marlisa memberat memikirkan perkara yang dah lama itu. Dia ke sini hanya satu tujuan. Ingin sekali dia memohon keampunan. Jika tidak diampunkan sekali pun, dia sanggup berlutut. Dia sanggup berbuat apa saja agar hatinya tenang.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alkisahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:29 AM | Show all posts
cik sellie.... kita berdebar2 ni... sempat ke habis citer ni sebelum syawal?





motif: nak suruh upadate hari2



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.088903 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list