CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

RAMADHAN INI, RAMADHAN KITA

[Copy link]
Post time 5-7-2015 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyFinger12 replied at 5-7-2015 10:29 AM
cik sellie.... kita berdebar2 ni... sempat ke habis citer ni sebelum syawal?



Saya sokong cik @ladyFinger12... Sambung cepat2 ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2015 10:52 PM | Show all posts

huhu... kisahnya ler kan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 10:55 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 5-7-2015 10:29 AM
cik sellie.... kita berdebar2 ni... sempat ke habis citer ni sebelum syawal?

enthlh cik lady oii... nengoklah acaner...

hari2 sush sikit cik lady... tempt koje baru x sama dah yg lama... yg baru lg busy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 10:56 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 5-7-2015 01:42 PM
Saya sokong cik @ladyFinger12... Sambung cepat2 ya

Ai, ai miss....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 11:11 PM | Show all posts
DUA BELAS: KEJUTAN TANPA DIUNDANG.

Zul sedang mengacau gulai ayam yang dibeli daripada Pak Hamid dalam enam ekor. Malam ini, surau akan mengadakan majlis Nuzul Al-Quran. Usai Solat Isyak, akan ada penceramah jemputan memberi kupasan mengenai Malam Nuzul Al-Quran yang disambut hanya di bulan Ramadhan.

Ralit Zul melakukan kerja-kerja memasak. Sehingga tanpa disedari, dirinya sedang dicari seseorang. Sepasang mata bundar itu ragu-ragu, memerhati susuk tubuh Zul dari belakang. Cuba diamati agar tidak silap orang yang dicari-carinya.

Tatkala wajah Zul menoleh ke sisi, mahu mencedok sukatan garam untuk dibubuh dalam gulai, mata bundar itu semakin bercahaya.

“Abang Alex!”

Zul terkejut lalu sudip yang dipegang terjatuh ke lantai. Bunyi sudip jatuh, menarik perhatian adik-adik angkatnya yang turut berada di situ sedang lap pinggan.

Sekian lama nama itu tidak disebut dan... cukup kenal akan suara itu.

Alamak! Cuak Zul menerima kunjungan yang tidak dijangka. Gadis itu terus meluru ke arahnya. Terbelalak reaksi Zul dan kian berundur ke belakang.

Gadis itu tanpa isyarat terus memeluk pinggangnya erat seolah-olah melepaskan rindu dendamnya. Terkulat-kulat Zul menerima pelukan gadis itu. Cuba dileraikan rangkulan si dia. Namun makin ketat rangkulan itu dirasakan.

Adik-adik angkat Zul sudah tersengih-sengih melihat situasi depan mata. Zul sempat mengerling malu ke arah mereka. Dia, benar-benar teramat malu dan... seram sejuk seluruh tubuhnya saat ini.

Pelukan gadis manis itu terlerai. Ingin sekali menatap wajah yang kian dirindui sejak sekian lama. Wajah tenang lelaki itu kerap bertandang dalam mimpi-mimpi indahnya sejak mereka berpisah 2 tahun yang lalu. Sehinggakan gadis itu patah hati membawa diri ke Australia apabila cintanya ditolak mentah-mentah oleh pemuda dingin ini.

“Ma... macam mana Audrey ada kat sini? Bukan ke Audrey kat luar Negara?”

Wajah Audrey tiba-tiba cemberut. Nampak sangat lelaki ini tidak senang akan kehadirannya di sini. Tak nampak gembira pun.

“I miss you so much. Audrey balik Malaysia dah seminggu. So, dalam seminggu tu Audrey cari abang sampai dapat. And now, I found you. Do you miss me hmmm...?”

Audrey kembali merapatkan tubuhnya dalam dakapan Zul. Entah kenapa terasa damai jiwanya berada dalam pelukan lelaki itu. Namun, Zul sekali lagi tidak menyangka tindakan kurang malu Audrey. Tak sedarkah yang mereka berada di khalayak ramai.

Dalam pada itu, dia menarik nafas lega kerana pakaian gadis ini tidak keterlaluan. Berskirt labuh hingga ke buku lali dan berbaju blouse lengan panjang. Kelazimannya, gadis ini agak seksi dan daring dari segi pemakaian. Puas juga Zul mengelak zina mata dan zina sentuhan. Yang peliknya, lagi dia mengelak... makin melekat gadis ini kepadanya. Dia juga yang tak tentu arah mengawal segala segi.

Ah, gadis ini mana pernah tau malu jika berada dengannya. Takkan nak tolak begitu saja. Tak sampai hati nak berkasar dengan gadis yang masih tidak tahu adab dan sopan orang Islam. Lagipun, gadis itu bukannya beragama Islam. Cakaplah apa pun, memang dia takkan faham. Aduh...!

“Wey, you still shy with me? Merahnya telinga abang. So cute.”

Audrey sempat memicit-micit cuping telinga Zul. Terkapai-kapai Zul mengelak sentuhan mendadak Audrey. Makin merah menyala telinga itu. Audrey suka menyakatnya begitu. Dia maklum akan sikap Zul yang paling ketara. Apabila lelaki itu malu, telinganya akan berona merah seperti udang dibakar. Memang lain dari yang lain. Pertama kali Audrey melihat kepelikan dalam diri lelaki ini.

Selalunya, wajah yang akan merah jika malu. Lain pula halnya lelaki ini. Telinga pula yang menerima kesan perasaan malu Zul.

“Audrey, please behave. Kat sini ramai orang. Jom abang bawa Audrey ke rumah abang.”
“Okay.”
“Err... sekejap.”

Zul mengatur langkah mendapatkan adik-adik angkatnya yang sedang lap pinggan tadi.

“Abang balik rumah dulu ya korang. Ada pulak tetamu yang datang.”
“Abang, siapa tu? Awek ek? Cun gila...”

Naim yang agak nakal sempat mengusik.

“Mana awek. Adik sepupu abang tu.”
“Adik sepupu? Kenapa macam orang putih?”

Izat pula bertanya hairan.

“Dia kacukanlah. Okey, abang pergi dulu. Malam nanti abang datang semula.”

Zul menghampiri Audrey sepantas mungkin. Segan jika ada orang kampong terperasan gadis moden tanpa tudung berada di kawasan surau. Jenuh pula nak soal jawab. Mujur adik-adik angkatnya berlima di situ jenis tak banyak soal. Yang lain-lain sibuk membuat persiapan dalam surau.

Audrey menuruti Zul tanpa membantah. Sebelum beredar, Audrey yang ceria sempat melambai-lambai kepada adik-adik angkat Zul. Mereka membalas lambaian gadis genit itu bersama senyuman meleret.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 11:15 PM | Show all posts
Di luar pagar surau Zul dan Audrey berjalan kaki seiringan.

“Macam mana Audrey tau abang kat sini? Datang dengan apa?”
“Actually, I don’t know you are here. Audrey ingat nak tanya mereka mana rumah abang. And then, I found you just like that. Kebetulan sangat. Tu, kereta Audrey park kat sana.”

Audrey berlari anak mendapatkan kereta yang diparkir tidak jauh dari surau. Namun, seperti ada seseorang yang sedang berpeluk tubuh, menanti di tepi mini cooper warna merah milik Audrey.

“Abang Alex, hai.”

Seorang remaja sebaya Zakri melambai riang ke arahnya. Terkasima Zul melihat anak muda itu.

“Eric.” Zul terus mendakap pemuda itu. Tidak disangka anak muda yang sudah dianggap seperti adik sendiri sanggup bertandang ke kampong.

“Eric apa khabar? Sihat?”
“Alhamdulillah, sihat.”

Sekali lagi Zul terpana. Faham akan riak Zul yang jelas terkejut, Eric mahu membuat pengakuan.

“Abang, saya dah masuk Islam 1 Ramadhan lepas. I’m fasting now. Quite difficult but, saya cuba... and it’s amazing. Banyak yang saya belajar sebelum saya masuk Islam. Thanks abang because... bring me to recognize Islam. Abang, dah banyak membuat saya tertarik pada Islam semenjak kenal dengan abang.”

Sekali lagi tubuh Eric didakap Zul. Berbinar-binar matanya menahan syahdu. Allahuakhbar! Terima kasih Allah memberikan adikku Hidayah-Mu ini.

Terharu Zul mendengar pengakuan Eric. Dia bukanlah sempurna mana. Cuma, dia pernah mendoakan agar anak muda ini seagama dengannya. Eric, pemuda yang baik... baik seperti Zakri.

Cepat-cepat Zul mengesat airmatanya agar tidak disedari mereka.

“Jomlah ke rumah abang. Kat sini panas terik.”
“Abang Alex. You drive, okay.”

Audrey menayang kunci keretanya di depan mata Zul. Naik juling Zul dibuatnya.

“Ermm... okay.” Tanpa banyak soal, Zul mencapai kunci ditangan Audrey. Namun, sempat tangan mulus gadis itu menggenggam tangan kasar Zul.

Bagai renjatan elektrik, pantas Zul menarik tangannya dari terus berada dalam genggaman Audrey. Si gadis membuat aksi nakalnya lagi. Kenyitan manja, senyuman menggoda dilayangkan buat Zul.

Kering tekaknya menerima aksi-aksi nakal Audrey sejak di surau lagi. Dan seperti selalu, sepasang telinganya mendadak merah menyala.

“Cepatlah masuk Abang Alex.”

Eric menjenguk keluar melihatkan Zul masih statik di tepi mini cooper. Zul yang tergamam seketika tadi, pantas masuk dalam kereta. Buat sekian kalinya, dia menerima satu lagi kejutan.

“Mama?”

Dari cermin pandang belakang, seorang wanita berusia bertudung litup di sebelah Audrey. Lantas, Zul berpaling dari tempat duduk pemandu.

“Apa khabar Alex?”
“Ba... baik mama, Alhamdulillah. Mama... mama juga dah...”
“Yes sweetheart. Mama sama dengan Eric dah peluk Islam.”
“Ya Allah, syukur Alhamdulillah.”

Zul mengangkat syukur.

Audrey tersenyum senang melihatkan suasana hari ini. Terasa dia dah cukup berjasa menyatukan keluarga kecil ini. Audrey merangkul lengan Mama Sophie dan melentok manja dibahu itu.

“Abang Alex. Will you marry me? Audrey pun nak masuk Islam. Nak abang yang bimbing Audrey. Boleh?”
“Audrey. Kenapa cakap macam tu? Tengok, apa Audrey dah buat. Malulah dia. Dah Alex, jangan layan nakal Audrey ni. Suka sangat mengusik. “

Terangguk-angguk Zul selepas dirinya tidak sudah-sudah menerima tamparan dan kejutan. Belum habis kejutan yang dibuat Eric dan Mama Sophie, kini... tanpa segan silu Audrey melamarnya di tepi jalan. Ada ke patut.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2015 11:19 PM | Show all posts
TIGA BELAS: PENYATUAN KELUARGA

Selepas dua tahun merantau ke Australia, Audrey membuat keputusan pulang ke Malaysia. Hatinya langsung tidak tenang dan terlalu merindui wajah itu. Walaupun dia berusaha melupakan wajah itu, namun, dia tewas dengan perasaannya sendiri.

Sejak cintanya di tolak Alex, dia cuba memulakan hidup baru dirantau kanggaru. Dia juga bergaul mana-mana lelaki semasa di sana. Akan tetapi, langsung hatinya jadi benci kepada kaum lelaki yang tiada sekelumit pun menyerupai Alex.

Setiap lelaki yang dikenali, kerap mengambil kesempatan ke atasnya. Asal ajak ber couple... fikiran mereka hanya one-night stand. Dunia lelaki zaman ini tiada komitmen dan tidak menghormati kaum wanita. Mereka menganggap gadis atau teman wanita sebagai pemuas nafsu mereka semata-mata.

Lain pula dengan Alex, merangkap abang sepupunya itu. Walaupun sebelum ini lelaki itu seorang yang suka berfoya-foya dan kerap berlibur di kelab-kelab dan pemabuk, tidak pernah sekalipun menyentuhnya dengan cara memberahikan. Abang sepupunya itu tetap menghormati dan tidak langsung mengambil kesempatan terhadapnya. Dia sekadar menemani abang sepupunya kerana cinta dan sayang.

Adakalanya dia sedih apabila dirinya tidak dilayan seperti perempuan-perempuan yang diapit Alex. Dia dilayan seperti seorang adik, tidak lebih dari itu.

Sehinggalah, segala-galanya berubah drastik. Alex yang ada sekarang begitu kontra dan jauh berbeza dari segi tingkah laku, fizikal dan pegangan hidup. Alex terkini bukan Alex yang didampinginya selalu, hakikatnya orang lain yang dipaksa menyamar hanya kerana irasnya wajah mereka.

Namun, tetap dapat dibezakan kerana kulit Alex sebenar lebih cerah, mulus dan berbadan tegap, sasa. Manakala Alex terkini walaupun agak sasa juga tetapi, sedikit kurus dan berkulit sawo matang. Seolah-olah lelaki yang kuat bekerja di tengah panas.

Akan tetapi, perubahan drastik sebegitu tidak memudarkan rasa cinta Audrey kepada lelaki itu, malah kian mendalam... lebih-lebih lagi melihatkan sisi baik lelaki itu dan yang paling menarik... sepasang telinga lelaki itu akan memerah seperti saga apabila setiap kali dia datang menggoda.

Semenjak itu dia mula menganyam kuntuman bunga-bunga cinta di taman hatinya. Walaupun dia sedih hakikat lelaki itu bukan abang sepupunya yang sebenar, dia tak peduli. Dia sudah menerima hakikat yang mungkin lelaki ini adalah jodohnya. Dia makin suka.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Alkisahnya... Thanks sis... Tak sabar nak tahu kisah zul aka alex ni... Moment of truth...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 08:09 AM | Show all posts
Selamat pagi semua...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 08:38 AM | Show all posts

Haipp..wish morning jew?pftt--
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 12:43 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 8-7-2015 06:59 AM
Alkisahnya... Thanks sis... Tak sabar nak tahu kisah zul aka alex ni... Moment of truth...

biorlah jadi sejarah...huhu...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 12:44 PM | Show all posts

Selamat tengahari semua ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 12:47 PM | Show all posts
Sampai di hadapan rumah Nek Teh. Zul berpaling ke tempat duduk belakang.

“Mama, Audrey dan...” Zul memandang Eric di tempat duduk penumpang hadapan. “Eric. Please jangan panggil Zul dengan nama Alex. Nenek saya langsung tak tau apa-apa pasal kisah saya masa kat KL. Saya boleh kata, mama, Audrey dan Eric keluarga angkat saya. Setuju?”

Mereka berempat membalas pandangan antara satu sama lain.

“Setuju.” Mama Sophie, Eric dan Audrey menjawab serentak.
“Thanks a lot.”

Zul tersenyum lebar. Masing-masing keluar dari perut kereta sehinggalah Nek Teh muncul di bawah anjung tatkala mendengar bunyi enjin kereta.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 12:49 PM | Show all posts
“Maaflah kalau rumah kami sempit sikit.”

Nek Teh agak terkejut menerima kunjungan tetamu-tetamu ke teratak tak seberapanya. Segan pula kerana yang datang pun bukan calang-calang. Namun, kelihatan tetamu-tetamunya tiada masalah untuk naik ke rumah usangnya.

“Tak apalah makcik. Dah nama pun rumah kampong. Dulu, saya pun asal dari kampong juga. Cuma, sudah lama saya tak pulang. Maklumlah, orang tua saya lama dah tak ada.”

Mama Sophie menyatakan kesudiannya bertandang. Dia tidak kisah akan keadaan rumah Nek Teh. Walaupun sudah usang, kelihatan rumah ini kemas dan sangat bersih. Susun atur perabot pun tidak banyak. Mereka duduk atas kusyen kerusi rotan. Masih kukuh dan kusyen tetap empuk. Benda lama memang tahan lama.

“Maaf sebab rumah kami tak ada aircond. Panas sikit. Nanti Zul ambilkan kipas.”

Zul lantas beransur ke dalam bilik mengambil kipas berdiri. Dia terperasan Audrey yang rimas akan suhu panas di rumahnya. Zul memasang suis kipas.

Uh, lega. Audrey menerima hembusan angin kipas. Taklah dia rimas berpeluh-peluh begitu. Abang Alex sangat prihatin.

Mama Sophie dan Eric tidak ambil pusing akan kekurangan di rumah Zul. Mereka lebih kepingin hendak berjumpa Zul dan neneknya. Jika dilihat keadaan Nek Teh yang kurang sihat, namun masih mampu bersikap ceria dan teruja menerima tetamu.

“Sebenarnya makcik, kami rindu sangat nak jumpa err... Zul.”

Agak kekok membahasakan Alex dengan nama Zul. Hanya kerana wajah anaknya seiras Zul, dia lebih senang dengan sebaris nama itu. Dia sebenarnya, terlalu merindui anak lelakinya yang menghilang entah di mana.

“Ye ke mama, Eric? Maaflah kalau lama tak jenguk mama dan Eric. Zul sibuk sikit bila ada saja projek baru nak buat.”
“Projek apa tu?”

Mama Sophie bertanya penuh minat.

“Baru-baru ni saya beli sebidang tanah nak luaskan projek kebun saya tu mama. Lepas tu, saya ada buat usahama dengan pengusaha rumah anak-anak yatim Sinar Harapan untuk buat projek tu bersama mereka. Saya kasihankan mereka mama. Tiada pendapatan tetap dan baru ni saja mereka dihalau dari rumah penginapan oleh waris, anak kepada seorang Datuk. Dulu, arwah Datuk ni juga yang wakafkan rumah tu untuk anak-anak yatim.”

Zul bercerita serba sedikit akan perancangannya.

“Habis tu bang. Anak-anak yatim tu tinggal kat mana sekarang?”
“Mereka tinggal kat surau hujung kampong ni. Nasib baiklah surau tu luas. adalah tempat mereka berteduh sementara ni. Ingat abang nak tolong mereka carikan sebuah rumah wakaf. Mereka pun segan, sampai bila nak menumpang kat situ.”

Eric mengangguk-angguk mendengar cerita Zul. Baiknya Abang Alex. Suka tolong orang. Nak harapkan abang kandung dulu, jangan harap. Aku sendiri pun dia buat macam tak wujud. Lebih suka buat hal sendiri. Sampaikan mama sendiri terabai.
Getus hati kecil Eric.

Audrey lebih ralit bermain telefon bimbitnya. Walhal, dialah yang beria-ia nak mengikut mereka berjumpa Alex. Siap menawarkan diri memandu hingga ke kampong Zul. Dia dapat tahu keberadaan Zul pun daripada informer yang diupah seminggu yang lalu. Tak susah pun mencari pemuda kampong ini.

Rupanya Zul agak terkenal di kampong ini kerana mendapat Anugerah Petani Muda yang berjaya. Dengarnya, duit kemenangan itu disalurkan ke tabung amanah di kampong. Boleh pula Zul menolak rezeki berbentuk mata wang begitu sahaja.

“You bukan tak tau Eric. Abang Alex ni malaikat. Wang yang dia menang masa Anugerah Petani Muda pun boleh bagi kat orang.”

Selamba Audrey berkata. Sedikit pun tidak beralih menatap skrin iphone tanpa menyedari mulut mungilnya menyebut nama ‘timangan’ itu. Berkerut Nek Teh sekejap.

Erk? Zul terngeliat. Adehai minah sorang ni... aku baru bagi warning kat dia, jangan disebut-sebut nama tu depan nenek. Ni satu hal... mana dia tau entah aku pernah...

Zul mula terfikir-fikir.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 12:52 PM | Show all posts
“Audrey ada upah orang cari abang ke? Patutlah sejak dua menjak abang perasan diri diekori. Cuma abang tak bertindak sebab nak tau sampai bila dan atas urusan apa.”

“Betul ke apa yang Alex... err... Zul ni katakan Audrey?”

Mama Sophie sedikit terbabas menyebut nama anak lelaki sulungnya. Namun, cepat-cepat ditapis. Dengan harapan, Nek Teh tak perasan tadi.

Terhenti jemari Audrey menekan touch screen iphone. Dia mengangkat muka dan pandangannya bermula dengan Zul yang serius, mama Sophie juga... serius, diikuti Eric... tersenyum-senyum ke arahnya dan wajah wanita lanjut usia yang masih tidak mengerti apa-apa itu turut dijamah oleh mata Audrey.

“Ma... mana ada... Aunty Sophie? Audrey upah pun sebab nak cari Abang A...”

Zul sudah menjenggilkan mata. Audrey telan airliur. Garangnya.

“Ma... maksud Audrey. Audrey upah diorang cari Abang err... Zul, kat mana dia tinggal and so on. That’s all.”
“Maaf, tumpang tanya. Siapa Alek (Alex) tu?”

Pelat Nek Teh menyebut nama Inggeris Zul. Nek Teh kurang mahir menyebut perkataan Inggeris. Kalau nama Arab tak susah pun nak sebut.

Masing-masing terdiam mendengar pertanyaan Nek Teh.

“Err... makcik. Sebenarnya begini, Alex tu nama anak lelaki sulung saya. Kebetulan masa Zul datang K.L saya terserempak dengan Zul. Tak sangka wajahnya seriras dengan anak sulung saya. Tu sebablah...”

“Ohh... baru saya faham. Jadi, mana anak sulung Sophie sekarang?”

Mama Sophie menunduk sayu. Dia, menggeleng perlahan. Nafas berat dihela.

“Tak taulah makcik. Dia menghilang 3 tahun yang lalu. Gerakan mencari pun dah dibuat. Masih tak jumpa ke mana dia menghilangkan diri. Dia hilang pun kat Negara orang. Lagi susah nak cari anak saya tu.”

“Oh. Kita doa-doakanlah. Mana tau di bulan mulia ni dimakbulkan Allah.”

“Mudah-mudahan makcik.”

“Nak jemput makan, minum masih awal nak masuk berbukanya. Apa kata rehat-rehatlah dulu sementara nak tunggu sehingga Maghrib. Zul, bawa tetamu-tetamu kat rumah rehat cu.”

“Rumah rehat kat mana tu makcik? Tak payah susah-susahlah. Kami okey saja nak tinggal sementara di sini. Tak begitu Audrey.”

Mama Sophie tiada keberatan tinggal di rumah usang Zul. Nak kata usang taklah sangat. Masih cantik dan kekal dengan reka bentuk tradisional rumah Melayu lama.

Audrey yang baru berkira-kira mahukan tempat lebih selesa untuk berehat, setelah seharian memandu... teragak-agak hendak bersetuju untuk menetap sementara di rumah lama ini.

Boleh ke aku tinggal kejap kat rumah... errkk... buruk ni. Dahlah panas membahang. Macam dalam oven.

“Tak apa kalau Audrey tak suka. Abang boleh bawa Audrey dan Eric ke rumah rehat tu. Tak jauh pun dari sini.”

“Eh, eh Abang Alex. Tak payah susah-susahkan diri. Eric nak stay sini. Ajak aje Kak Audrey. Nampak muka tu macam tak suka rumah abang ni. Maklumlah, mana nak sama macam rumah banglo mewah dia yang ada penyaman udara lagi.”

“Hey, hey Eric... mana ada akak cakap apa-apa. Jangan fitnah-fitnah akak. Tak apa Abang Alex. Audrey sudi tinggal kat sini. Where is your room?”

Heh. Terkujat Zul kenyataan berani mati Audrey. Nak buat apa tanya bilik aku.

“Err... jom Audrey, abang bawa ke rumah rehat tu.”

Tak betah Zul melayan kerenah Audrey.

“No. I want to stay here.”

Audrey buat perangai. Lengan Zul dirangkul erat.

“Audrey...” Zul cuba meleraikan rangkulan dilengannya.
“Audrey, where are you?!”

Mama Sophie memanggil nyaring. Dia dah nampak peel Audrey yang galak melekat pada Zul. Kesian melihatkan wajah kalut Zul. Anak saudaranya memang nakal dan manja.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Audrey... Audrey...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2015 02:16 PM | Show all posts
Kriuukk... perut Audrey berbunyi-bunyi sedari tadi. Lambat-lambat dia bangkit dari tidur. Sejak pagi membawa ke petang, tidak dijamah sebarang makanan. Akibat terlalu teruja mahu berjumpa Zul, dia lupa hendak makan.

Audrey menekan perut sebelah kanan. Terasa seperti masuk angin pula. Audrey melangkah keluar dari bilik tidur. Keadaan sunyi dan sepi rumah ini.
Mana semua orang pergi?

Audrey melangkah perlahan menuju ke ruang dapur. Satu-satu dia menuruni tangga. Perutnya ditekan-tekan, kelaparan. Audrey mengeluh perlahan. Satu hidangan pun tiada di atas meja makan.

Angin dalam perut makin mencucuk-cucuk perutnya yang kosong. Airmata kian laju membasahi pipi gebu Audrey. Tak tahan bahana kesakitan akibat terlalu lapar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 02:19 PM | Show all posts
Zul memasuki rumah ikut jalan dapur. Dalam dia mahu melangkah masuk, terdengar sayup-sayup suara yang mendayu-dayu. Bekas makanan ditangan diletak atas meja. Zul mula tercari-cari arah suara mendayu penuh syahdu itu.

Zul mengelilingi mengikut arah suara misteri itu. Dan, semakin hampir suara itu dibalik peti ais.

Audrey melulu-lulu menangis di tepi peti ais seperti anak kecil. Cemas Zul melihat keadaan Audrey menangis sampai begitu sekali. Zul bertinggung di hadapan Audrey.

“Kenapa ni Audrey? Bagitau abang sebab apa menangis ni?”

Mendengar suara garau memujuknya lembut, lantas Audrey mengesat lelehan airmata dipipi. Dia mendongak menatap wajah tenang lelaki itu.

“Abang Alex.”

Audrey mendakap tubuh Zul dan tangisannya kian reda.

“Err... Audrey. Kenapa ni?”

Pelukan dileraikan. Lelaki itu bila dipeluk langsung tiada balasan. Keras kejung aje.

“Perut sakit. Lapar.” Audrey mengadu manja. Wajahnya beriak sayu. Sekali-sekala berkerut-kerut menahan cucukan angin dalam perut.

“Lah, lapar ke? Perut masuk anginlah tu. Kejap yea, abang ambil minyak angin.”

Saat Zul nak melangkah, Audrey cuba menahan dan nak bangun, berdiri.

“Auchh...” Hampir Audrey mahu terduduk semula. Seraya itu, sempat Zul mencempung tubuh Audrey.

Tanpa disangka lelaki itu sudi memaut tubuhnya begini. Audrey malu sendiri.

“Duduk kat kerusi ni. Abang nak ke bilik cari minyak angin.”

Zul sedikit pun tidak memandang wajah Audrey. Malunya dah berlapis-lapis. Bahang ditelinga semakin menjadi-jadi. Dia juga terkejut, boleh pula berani-berani mencempung anak dara orang. Bergegas Zul menyusup ke dalam bilik.

“Ingatkan dah hilang malu dia.” Audrey ketawa kecil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 02:20 PM | Show all posts
Audrey kekenyangan usai makan bekalan yang dibawa Zul. Audrey tersenyum-senyum sendiri mengenangkan keprihatinan lelaki itu.

“Nah minyak angin.” Zul hulurkan kepada Audrey.

“Untuk apa?” Audrey berkerut.

“Sapu kat perut yang sakit tu.”

Minyak angin disambut Audrey. Perlahan-lahan dinaikkan baju untuk disapu.

“Audrey!” Meleking Zul ke arah Audrey. Hampir terlepas minyak angin ditangan.
“Apa abang ni? Tengking-tengking tak tentu pasal.”

Audrey menarik muka masam. Orang tengah sakit nak marah-marah orang. Apa kes?

“Audrey, kalau yea pun nak sapu minyak kat perut... tengok-tengoklah sekeliling.”
“Hah?”

Audrey baru perasan. Zul sudah pun memusingkan badan ke arah lain.

“Dahlah, abang nak keluar ni. Nak ke surau. Abang bawakan bekal makanan yang abang masak kat surau tadi. Enjoy your meal. Not spicy, don’t worry.”

Belum sempat Audrey mengucapan terima kasih, laju sahaja kelibat Zul menghilang bersama motor kapchainya.

Audrey menggigit hujung kuku ibu jari mengenangkan momen ‘sweet’ sepuluh minit yang lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:29 PM | Show all posts
Ooo... cina ke?

Pilih yg mana satu zulalex?
yg ini kah...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.218050 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list