CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

RAMADHAN INI, RAMADHAN KITA

[Copy link]
Post time 8-7-2015 02:31 PM | Show all posts
atau yg ini....


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2015 04:09 PM | Show all posts
@ladyFinger12  dua2 dah tua ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 06:51 PM | Show all posts
EMPAT BELAS: RAIKAN NUZUL AL-QURAN

Majlis sambutan Malam Nuzul al-Quran di sambut meriah. Usai berbuka dan solat Maghrib tadi, mereka rama-ramai bertadarus membaca ayat suci Al-Quran. Dimajlis itu juga, Zul mengajak Eric dan Mama Sophie sama-sama mengikuti majlis penuh barakah ini.

Dikesempatan itu juga, Zul memperkenalkan Eric kepada Encik Khamis, anak-anak yatim lelaki dan penduduk-penduduk setempat. Mama Sophie pula diperkenalkan Nek Teh kepada Puan Fatimah, anak-anak yatim perempuan dan penduduk-penduduk setempat dikalangan wanita.

Eric dan Mama Sophie senang dan berasa gembira berada dimajlis ilmu. Pertama kali seumur hidupnya, menyertai majlis keagamaan seumpamanya di kampong yang permai ini. Yang paling mengharukan, walaupun mereka seorang mualaf hanya beberapa minggu sebagai penganut Islam, mereka diterima baik oleh penduduk setempat.

Ada diantaranya yang sudi mengajar Mama Sophie membetulkan bacaan Al-Quran apabila tiba giliran Mama Sophie membacakan ayat-ayat suci.

“Program ini tidak lengkap tanpa penceramah untuk mengupas berkaitan Nuzul Al-Quran. Untuk itu, sama-sama kita ikuti tazkirah pendek ini bagi sama-sama kita menghayati apa makna disebalik kehidupan kita dengan Al-Quran. Dipersilakan Encik Khamis, Pengasas dari Rumah Anak-Anak Yatim Sinar Harapan.”

Zul sebagai jurucakap, menyerahkan mikrofon kepada Encik Khamis.

“Terima kasih saudara Zul. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dan selawat ke atas Junjungan kita Rasulullah S.A.W. Muslimin, Muslimat yang dihormati Allah. Sebelum kita memula tazkirah, mari sama-sama memulakan majlis ini dengan bacaan Al-Fatihah.”

Semua jemaah mula mengalunkan bacaan Al-Fatihah.

“Assalamualaikum W.B. Hadirin-hadirat yang dimuliakan Allah. Seperti kita sedia maklum, Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah S.W.T. Diturunkan ke atas umat Muhammad sekelian alam.

Al-Quran mengisahkan setiap peristiwa-peristiwa terdahulu sebagai panduan hidup untuk umah masakini. Al-Quran merupakan ayat-ayat daripada Allah, diperturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi kita Muhammad S.A.W... melalui malaikat yang ditugaskan oleh Allah... menyampaikan wahyu-wahyunya sebagai peringatan kepada umat-umat Muhammad.

Apa yang dikatakan Al-Quran sebagai panduan, diceritakan oleh Allah dari segala aspek. Kitab suci ini,  merangkumi aspek menyembah Tuhan yang satu, aspek dari segi hukum-hakam agama, politik, sosial dan ekonomi. Lengkap naskah suci ini menceritakan segala-galanya.

Kitab Al-Quran dikatakan mukjizat apabila isinya digunapakai oleh kita umat Muhammad. Ke mana saja kita pergi, kita serahkan bulat-bulat kepada Allah dengan membaca kalam-kalamnya. Al-Quran juga boleh dijadikan penawar segala penyakit jiwa, kerohanian zahir dan batin.

Al-Quran juga sumber kita meraih kehidupan dengan lebih tenang. Terus terang, saya sebelum ini mengalami masalah yang berat. Kami, terpaksa keluar dari rumah wakaf itu kerana warisnya mahukan rumah yang sudah kami duduki sejak 5 tahun yang lalu.

Jadi, tidak mahu memanjangkan pertelingkahan, kami keluar dari rumah itu. Saya dan isteri amat sedih dan tidak tahu ke mana kami hendak pergi bersama 30 anak-anak kami ini. Dalam pada itu, saya membaca Al-Quran mahu meraih ketenangan jiwa dan memohon petunjuk Allah melalui Al-Quran.

Maha Suci Allah, Allah masih mahu menunjukkan kepada saya... masih ada manusia bersifat insan di muka bumi ini, setelah apa yang dilalui oleh kami akan kezaliman ini.

Saya mengucapkan syukur atas nikmat yang Allah berikan. Tidak hairanlah, jika Allah memelihara anak-anak yatim ini dengan bantuan seumpama ini. Di kesempatan ini, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara-saudara semua atas ihsan ini. Hanya Allah yang mampu membalas sikap mulia saudara-saudara semua.

Jadi, berbalik kepada Al-Quran panduan hidup, itulah yang saya lalui. Allah memberi jalan keluar apabila ditimpa masalah. Tanpa mengira kecil dan besarnya permasalahan itu.

Asalkan niat kita kembali kepadanya, Insya Allah... di hadapan hidup kita ini... Allah dah aturkan yang terbaik buat kita.

Jemaah sekalian, jadikan Al-Quran sebagai sumber pegangan disegenap segi. Kita patut berasa bangga dianugerahkan Allah mukjizat buat sekalian manusia umat Muhammad. Di zaman nabi-nabi terdahulu, Allah khususkan hanya nabi-nabi memiliki mukjizat daripada Allah.

Jadi, kenapa kita tak menafaatkan mukjizat kalam suci ini sebagai pegangan dan panduan hidup?

Oleh itu, saya menyeru sekalian yang ada untuk meneruskan tadarus Al-Quran di surau ini sebagai acara utama setiap malam. Tidak perlu tertumpu di surau dan di bulan Ramadhan saja, lakukan secara berterusan. Kita juga boleh lakukan di rumah bersama keluarga, supaya rumah kita diterangi ‘nur’. Konsep Rumahku Syurgaku dapat direalisasikan.

Akhir kata saya. Mari kita imarahkan rumah Allah dan kediaman kita dengan tadarus Al-Quran. Adalah lebih afdhal jika kita ada Al-Quran terjemahan. Di sebalik melancarkan bacaan, kita boleh ambil iktibar melalui terjemahan Al-Quran. Insya Allah.
Wabillahtaufikwalhidayah, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.”

Tazkirah diakhiri selesai menunaikan Solat Isyak berjemaah. Justeru, Solat Tarawih diteruskan selepas itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 09:32 PM | Show all posts
LIMA BELAS: KERANA DIA...

Audrey sendirian di rumah. Jendela dibuka, ingin melihat kerlipan bintang dilangit. Jauh bezanya sewaktu di Kuala Lumpur. Sebutir bintang pun tiada. Angin malam membuai perasaan Audrey tika ini. Nyaman sekali.

Sedang asyik melayan perasaan dan kedamaian malam, alangkah terkejutnya Audrey mendengar kuat hempasan pintu dari arah dapur. Audrey ketakutan dan mulai panik.

Sudahlah dia keseorangan. Bunyi apakah itu yang menakutkanya tika ini? Audrey semakin diulit cemas apabila mendengar derap kaki naik ke beranda, tempatnya menyelami perasaan tadi.

Tangisan kecil Audrey mula kedengaran. Dia menutup mulut agar suara tangisannya  tidak kedengaran gerangan penceroboh itu. Audrey perlahan-lahan mengengsot bersembunyi di belakang kerusi.

Makin berdebar-debar tangkai jantung Audrey mendengarkan derapan kaki sudah berlegar-legar di ruang beranda rumah. Semakin hampir pula di tempat persembunyiannya.

Audrey memejamkan matanya yang kian basah. Namun, dia dapat merasakan sesuatu memerhati dari atas kerusi, tempat dia bersembunyi di belakang kerusi tersebut. Perlahan-lahan Audrey membuka mata dan mendongak... bergema jeritan Audrey di rumah pusaka itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 09:36 PM | Show all posts
Sementara itu,

Zul, Nek Teh, Eric dan Mama Sophie berjalan kaki pulang ke rumah. Jeritan Audrey kedengaran lagi sejengkal perjalanan mereka ke rumah, mengejutkan Zul dan yang lain-lain.

“Audrey!” Sepantas kilat Zul berlari mendapatkan Audrey yang sendirian di rumah. Eric turut mengekori larian Zul. Nek Teh dan Mama Sophie berlari anak mengikut mereka.

Pintu utama dibuka kasar. Zul menerjah meluru ke dalam rumah.

“Abang Alex.”
“Diam. Kau diam!”

Terkejut Zul melihatkan situasi sekarang. Audrey dijadikan tebusan oleh seorang lelaki yang berusia lingkungan 50-an. Lelaki itu merangkul leher Audrey dari belakang sambil sebelah tangan kanannya memegang pisau tajam.

“Bertenang pakcik, bawa mengucap. Tolong... lepaskan adik saya.”

Zul mengambil pendekatan memujuk. Keadaan lelaki itu ketara kusut dan jiwa berserabut. Entah dari mana lelaki ini datang. Tidak pernah dilihat di kampong ini.

“Kau diam budak. Jangan nak ajar aku. Aku nak keluar dari sini. Bawa aku keluar dari sini...!”
“Baik pakcik, baik. Tapi... lepaskan adik saya dulu. Dia tak salah.”
“Tak, aku nak bawa dia sekali. Aku nak balas dendam. Aku nak balas dendam. Kerana ayah budak perempuan ini buatkan aku disumbat dalam penjara. Aku nak dia rasa... bagaimana kehilangan anak kesayangan dia...!”

Makin agresif tingkah lelaki itu. Audrey semakin diancam bahaya.

“Ya Allah, Jusoh!”

Mama Sophie berteriak dari belakang melihatkan siapa lelaki itu.

“Puan Sophie.”

Lelaki tadi mulai bertenang.

“Jusoh, kenapa sampai jadi begini? Bila kamu keluar penjara?”

Mama Sophie yang masih bertelekung bertanya cemas. Segala persoalan mengenai lelaki ini semakin terjawab.

“Mama kenal pakcik ni?” Zul menyoal mohon kepastian.
“Kenal sangat Zul. Jusoh ni pemandu peribadi daddy Audrey. Dia pernah dipenjara sebab kes dadah.”
“Bukan kerja saya Puan Sophie. Saya diperangkap waktu tu. Tanpa usul periksa, saya dituduh memiliki dadah itu. Sedangkan dadah tu bukan milik saya. Itu milik Alex.”

“Milik Alex? Kamu cakap apa ni Jusoh?”

“Saya diminta Alex bawa sebuah beg hitam yang terletak di bonet belakang kereta Tuan Alvis. Saya mengikut arahan. Entah bagaimana polis sudah berada di rumah Tuan Alvis. Tanpa sempat saya membela diri, saya ditangkap mereka. Saya menyangkakan Alex yang buat laporan kepada polis, rupanya Tuan Alvis. Dia yang perangkap saya. Dan sejak hari itu hidup saya berubah. Disebabkan dia keluarga saya hancur. Anak isteri saya langsung tak menjenguk saya dipenjara puan. Dimana keadilan untuk saya?”

Mama Sophie beristighfar panjang. Dia tidak percaya anak sulung kesayangannya berbuat perkara haram dan terkutuk itu. Mungkin ada kisah di sebaliknya. Begitu juga Audrey. Sukar hendak percaya yang daddynya, punca Pakcik Jusoh dipenjarakan.

“Pakcik. Saya faham penderitaan pakcik. Tapi, kenapa pakcik jadikan kebebasan pakcik dari penjara untuk melunaskan sebuah dendam? Kenapa pakcik tak nampak hikmah disebalik kejadian ini pakcik? Takkan pakcik nak dipenjarakan semula sedangkan Allah bagi kita peluang untuk bebas bernafas kat dunia yang sementara ini.”

Pakcik Jusoh terpana mendengar nasihat Zul. Dia mula menatap lama wajah jernih Zul. Walaupun seiras Alex, perbezaan itu sangat ketara. Wajah anak muda depannya ini jauh lebih tenang dan jernih. Siapa anak muda ni?

“Pakcik. Kalau tak keberatan mari kita sama-sama mendirikan solat sunat taubat. Mungkin itu, jiwa pakcik lebih tenang.”

Zul memancing lagi kata-kata berbaur keagamaan. Baginya, itu yang terbaik. Jiwa yang kacau harus kembali kepada Maha Pencipta yang memegang jiwa-jiwa hambanya yang tidak tenteram.

Perlahan-lahan rangkulan dileher Audrey menjadi longgar dan pisau yang berada ditangan terlepas. Tanpa berlengah, Audrey berlari ke dalam pelukan Mama Sophie. Manakala pisau itu pantas dicapai Zul dan diserahkan kepada Nek Teh.

“Mari pakcik, kita dirikan solat. Sebelum tu... kita ambil wudhuk sama-sama kat bawah rumah. Eric, jom jemaah sekali.”
“Baik Abang Zul.”

Mereka bertiga turun ke bawah rumah berhadas kecil dengan tertib dan teratur. Mama Sophie telah membawa Audrey ke dalam bilik tidur dan menenangkan jiwa raga Audrey akibat terkejut akan peristiwa cemas tadi. Nek Teh pula, berhasrat membaca Al-Quran sebelum tidur.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 cerita pasal alex ni... Siapakah alex ni? Kenapa dia iras dgn zul?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2015 11:04 AM | Show all posts
Eh, alex bukan zul ke?

Tapi mama sophie pun terpanggil alex, kan?


pst cik sellie....
ada ke anak muda remaja yg berminat bela lembu?
adam corrie ok, what? tak tua sgt, tak muda sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 01:40 PM | Show all posts
best !!  sila sambung panjang -panjang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis... Jangan lupa sambung ya... Tak sabar nak tau kisah selanjutnya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis jangan lupa sambung tau.....bestla cerita sia
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 01:14 PM | Show all posts
Salam petang Jumaat semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 09:09 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 8-7-2015 11:19 PM
Mcm2 cerita pasal alex ni... Siapakah alex ni? Kenapa dia iras dgn zul?

ada cerita di sebaliknya...rasanya tuk novel ni akak tak cerita detail...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 09:18 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 9-7-2015 11:04 AM
Eh, alex bukan zul ke?

Tapi mama sophie pun terpanggil alex, kan?

bukan...umor pom jauh beza sebenrnya...huhu....

sbb rindu sgt kat anak dia yg hilang tuh....

ikutkn citer nih ilham bila nengok muka ada pelakon HK tuh... tuh yg terus keluar citer nih.... (Tp ini mukan citer asal...kira nk panggil sequal ke prequel ke..ntah ler...)


tua ler... sbb kita fikir zul nih muda belia...tuh sbb dia ada sikit pangai budk2 gak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 09:20 AM | Show all posts
Ezzie replied at 10-7-2015 09:40 AM
Sis jangan lupa sambung tau.....bestla cerita sia

thanks sudi baca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 09:24 AM | Show all posts
wardah75 replied at 9-7-2015 01:40 PM
best !!  sila sambung panjang -panjang

thanks sudi baca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 09:30 AM | Show all posts
cegitu replied at 10-7-2015 01:14 PM
Salam petang Jumaat semua...

Selamat berhari minggu.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2015 09:32 AM | Show all posts
Usai menunaikan Solat Sunat Taubat diikuti Solat Sunat Tahajjud, Zul dan Pak Jusoh bersembang di bawah kolong. Mereka berdua bersila santai atas pangkin. Eric sudah pun masuk tidur, berkongsi bilik dengan Zul.

“Macam mana Pak Jusoh boleh datang ke mari?”
“Aku datang dengan kereta kawan. Lepas beberapa hari keluar penjara, aku nak bersemuka dengan Tuan Alvin berkenaan kes tu. Aku tak fikir panjang masa tu. Aku dah berniat nak jumpa Tuan Alvin, nak tanya sendiri kenapa dia perangkap aku. Apa kaitan Alex, dia dan dadah tu. Mujurlah kandungan dadah dalam briefcase tak banyak. Kalau tak, aku pun tak wujud sekarang ni.”

Zul mengangguk perlahan. Adakah kehilangan Alex secara misteri hingga kini ada kaitan dengan dadah? Bagaimana pula dengan daddy Audrey... takkan mereka  terlibat sama? Yang paling musykil... apa sebab Pak Jusoh menjadi kambing hitam?

“Oh ya, Pak Jusoh kata tadi nak bersemuka dengan Tuan Alvin, kenapa Pak Jusoh ke kampong saya dan mengancam Audrey?”

“Aku ada tanyakan pengawal yang jaga banglo Tuan Alvin. Mereka kata Tuan Alvin tiada di Malaysia. Yang ada cuma anak gadisnya. Jadi, aku pun ubah plan. Masa nak balik tu... aku nampak kereta anak gadis Tuan Alvin. Aku pun ekori dia ke mana saja dia pergi. Sehinggalah membawa aku ke sini. Malam ni peluang aku untuk bawa Audrey bersama aku bila dia keseorangan. Aku nak ugut bapa dia dengan nyawa anaknya. Dan itulah, sekarang ni, aku jumpa kau... buat aku sedar. Selama dalam penjara... hati aku penuh dengan dendam. Aku terlupa apa yang patut aku lalui selepas keluar penjara. Malah... hari ni masuk Ramadhan pun... aku boleh lupa.”

Pak Jusoh mulai sebak. Dia menenyeh kelopak matanya yang digenangi airmata.

“Belum terlambat Pak Jusoh... kembali ke pangkal jalan.”
“Terima kasih Zul sebab sedarkan pakcik. Oh ya, aku ingat besok aku nak balik ke KL, nak pulangkan semula kereta kawan aku tu. Lepas tu, aku nak balik kampong di Perak. Dengarnya, anak dan isteri aku tinggal di sana. Kampong arwah orang tua isteri aku. Aku nak mulakan hidup baru di sana.”

“Alhamdulillah Pak Jusoh. Baguslah begitu. Saya doakan semoga pakcik dirahmati Allah hendaknya.”
“Terima kasih Zul.”
“Dah lewat malam  ni pakcik, kita masuk tidur. Tempat tidur pakcik dah saya siapkan. Mari saya tunjukkan bilik.”

Zul mempelawa Pak Jusoh beransur ke dalam rumah. Hari semakin lewat dan mudah-mudahan hari esok lebih baik berbanding semalam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 09:47 AM | Show all posts
“Abang, Abang Alex...” Audrey berlari anak mendapatkan pemuda itu. Zul menoleh apabila nama ‘samarannya dipanggil.

“Ada apa?”
“Abang nak pergi mana?”

Zul tersenyum, kemudian menala pandangan ke suatu arah.

“Nak ke jeram, tangkap ikan.”
Jeram? Apa tu?
“Nak ikut.”

Audrey kelihatan teruja. Seperti menarik aje tangkap kat... err... jeram ???...

“Nak ikut?”
“Haahlah. Boringlah duduk rumah tak buat apa. Please abang please.”

Audrey memaut tangan Zul lalu digeggam erat sambil diayunkan tangan sasa itu kiri, kanan.

“Errmmm...” Aiseh, aktiviti ni untuk orang lelaki je. Zul menggosok-gosok belakang tengkuknya. Serba salah nak bagi Audrey join sekali.

“Abang Alex. Jomlah.” Eric sudah bersiap seperti hendak berkelah lagaknya. Bertambah teruja Audrey ingin mengikut mereka berdua.

Agaknya, jeram tu macam tepi pantai atau sungai kot.

“Nak ikut, nak ikut...” Audrey sudah melonjak girang seperti gadis kecil.
“Eh, Kak Audrey mana boleh ikut kami. Ini untuk kaum lelaki saja. Just for real men... only.”

Eric menekankan ‘only’ kepada Audrey supaya gadis itu faham. Akan tetapi, gadis ketegaq seperti Audrey mahukah menurut atau...

“Ah tak peduli... real men ke apa ke... akak nak ikut jugak.”
“Akak patut join mama dan nenek kat dapur. Bukan ikut kami. Ishhh...”
“Eeehh... Abang Alex. Please nak ikut. Audrey nak sangat tau... apa nama tempat dipanggil jeram tu... macam pantai ke... sungai ke...”
“Bukanlah. Tempat tu banyak pacat... tau tak pacat...”
“Apa pacat, pacat... macamlah akak pernah ada kampong. Abang Alex...”

Tanpa menghiraukan tegahan Eric, Audrey tak putus asa memujuk rayu Zul nak ikut juga. Dia tidak tahu cabaran yang menantinya di sana.

“Okey, okey. Dengan syarat... tukar baju. Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang. Jangan lupa... pakai topi kalau ada. Kalau tak ada... pinjam tudung mama. Oh ya, minta kebenaran mama sekali.”

“Okey Abang Alex. Tunggu kejap tau.” Sepantas kilat Audrey masuk ke rumah bersiap.

Mereka berdua memerhati langkah lipas kudung Audrey. Dah gian sangat nak ikutlah tu.

“Abang Alex, tak apa ke Kak Audrey nak ikut? Tak menyusahkan ke?”
“Biarlah dia. Biar dia rasa pengalaman kat kampong ni.”

Zul menyengih. Eric terus menampar bahu abang ‘kandung’nya.

“Abang sengaja nak bagi Kak Audrey serik ye?”
“Dia kenal ke erti serik? Hahah...”

Mereka berdua ketawa terbahak-bahak. Nakal juga Abang Alex aka Abang Zul ni. Selama kenal dengan abangnya ini, jarang Eric melihat sisi nakal Abang Alex. Selalu jadi pelindung dan wajah pun tenang sahaja. Jarang melihat abangnya ini ketawa begini dan... bersikap seperti tadi.

“I can’t believe it. Abang ni rascal jugak ya?”
“Hahah, baru tau ke? Sikit-sikit tu adalah. Ikutkan abang bukan jenis suka nak serius sangat pun, kadang-kadang nenek abang pun pening. Lagipun...”

Zul mula berbisik dan merapat ke telinga Eric. Seperti ada rahsia yang hendak diperkatakan.

“Abang pernah buat gempar kat kampong ni tau. Sampai satu kampong kecoh cari abang. Nak tau sesuatu tak?”
“Apa dia bang?”

Zul mengangkat sedikit bajunya dan diselak bahagian bawah perut. Ada kesan parut sepanjang 5 inci.

“Kenapa tu bang?” Eric menyentuh parut itu.
“Ini kesan kelar masa tangkap pencuri. Nasib tak teruk sangat. Lagi satu...”

Zul menundukkan kepala. Diselak sedikit rerambut bahagian pusar kepala.

“Ini kesan kena ketuk dengan pencuri motor. Ada dekat 10 jahitan abang kena. Nasib tak biol je.”
“Uih... abang ni lasak jugak.”
“Semua kesan ni nenek abang tak tau. Kalau tau, pengsan nenek.”

Membulat mata Eric sambil dok belek-belek kesan parut yang kian mengecil dikepala Zul...

“Okey. Audrey dah siap.”

Mereka berdua cepat-cepat berdiri seperti tadi dan menala pandangan kepada Audrey. Zul dan Eric menilai kesesuaian pemakaian Audrey apabila meredah hutan nak ke jeram nanti.

“What? Okey apa macam ni? Mana seksi pun.”

Audrey memakai t-shirt lengan panjang kolar V dan seluar ke gim. Walaupun agak ketat mengikut alur tubuh, namun masih boleh terima dengan baju t-shirt sedikit labuh menutup punggung montok Audrey. Dikenakan cap dikepala dengan rambut diikat kuda. Sebuah kamera LCD tergantung di leher.

Zul dan Eric memandang sesama sendiri. Masing-masing angkat-angkat kening sebagai isyarat bisu. Audrey berpeluk tubuh sambil menjuling mata ke atas.

“Okey, lulus. Pastikan Audrey ikut aje abang. Jangan leka ambik gambar sampai tertinggal kat belakang. Mulut tu jaga bila berada kat hutan. Jangan huha sana, huha sini. Faham...”

“Hmmm... ai, ai sir. Faham dah.”
“Oh ya, aktiviti ni bukan kita bertiga saja. Nanti ada dalam tujuh orang adik-adik angkat abang akan turut serta. Mereka dalam lingkungan 12 hingga 17 tahun. Mereka tunggu kita kat surau. Memandangkan jeram tu berada di belakang surau, ekspedisi ni kita jalan kaki saja dalam 30 minit gitu.”

“30 minit Abang Alex?” Audrey sedikit mengeluh. Macam jauh jek.
“Kalau dah mengalah tu, mengalah sekarang. Abang tak nak planning kami tergendala.”
“Eh, bila masa Audrey mengalah. Nak ikut juga.”
“Apa tunggu lagi. Jom kita gerak sekarang.”

Mereka bertiga mula berjalan kaki menuju ke surau yang tidaklah jauh mana dari rumah Zul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 09:49 AM | Show all posts
Edited by sellie003 at 11-7-2015 09:56 AM

ENAM BELAS: RAKAMAN TERINDAH

Wah, cantiknya...

Audrey merakam pemandangan indah melalui lensa kameranya. Kemudian dilihat semula pada skrin. Puas hati. Audrey melihat-lihat sekeliling pemandangan sekitar hutan dan terdapat aliran kecil seperti aliran sungai.

Terdapat jeram yang kurang dalam di situ. Menurut abang sepupunya itu, jeram ini merupakan air mata air dari gunung-gunung dan bukit-bukit. Airnya sangat jernih dan kelihatan liuk-lintuk ikan-ikan berenang-renang. Sekali lagi Audrey zoom lensa pada permukaan dasar air itu.

Audrey teruja melihatkan aksi jinak ikan-ikan itu berenang-renang seolah-olah merelakan Audrey merakam.

“Kabush...” Kaum lelaki apalagi, tanpa menunggu terus terjun  menyelam ke dasar jeram.

Audrey mengetap bibir geram apabila dia gagal merakam aksi ikan itu gara-gara lari bertempiaran akibat terjun tiruk mereka semua. Paling dia geram kepalanya, si Zul. Tak menyempat langsung.

Oh. Pandangan Audrey bersinar-sinar. Tak dapat rakam ikan, dapat rakam yang ni pun jadilah.

Audrey memfokus lensa pada figura Zul. Zul yang kebasahan seluruh tubuh sambil ditanganya selamba memegang seekor ikan talapia sederhana besar. Pada pandangan indah Audrey, kelihatan Zul sangat seksi dalam posisi begitu.

Klik. Audrey memetik punat. One more. Audrey klik posisi lain pula. Huh, tanpa sedar, banyak pula gambar Zul yang diambil dalam pelbagai aksi. Disebabkan Audrey mengambil jurusan fotografi, memang tak kalah dia mengambil gambar yang baginya ada seni tersendiri.
Sekala-kala, dia merakam juga aksi-aksi Eric bersama adik-adik angkat Zul yang lain. Setiap yang dia rakam melambangkan kesenian pada diri seorang fotografi.

Audrey duduk di atas batu permukaan rata. Zul berpesan duduk saja atas batu itu supaya dirinya tidak dipanjat pacat atau lintah. Walaupun Audrey belum pernah melihat ‘menatang’ pacat atau lintah, bila dikatakan penghisap darah paling mujarab bak kata Eric, geli-geleman juga Audrey.

Sambil duduk-duduk atas batu hutan yang dingin, Audrey melihat-lihat pada skrin LCD hasil seninya sambil tersenyum-senyum sendiri.

“Hei!” Audrey mengelak apabila dirinya menerima percikan-percikan kecil.

Audrey melihat gerangan yang menjirusnya tadi. Aish, Abang Alex rupanya. Audrey tiba-tiba tersenyum malu-malu.

“Marilah join mandi sekali.” Zul mengajak. Tetapi ajak-ajak ayam sahaja. Dia tak nampak pun Audrey membawa apa-apa beg untuk spare pakaian lebih, kamera tu saja yang dibawa Audrey.

“Really, abang ajak Audrey mandi? Why not. Audrey pakai bikini.”

Audrey meletakkan kameranya atas batu dan Audrey bangun dari duduknya. Dia menanggalkan cap atas kepala dan Audrey bersedia menarik pakaiannya dari tubuh. Terbeliak biji mata Zul.

Ingat nak mengusik Audrey, dia pula yang diusik lebih.

“Op, op... Audrey. Jangan, tak payah, abang gurau aje.”
“Tapi, Audrey teringin nak mandi. Macam best jek.”
“Abang kata tak payah, tak payahlah. Tak best mana pun. Audrey pergilah ambil gambar kat mana-mana. Okey.”

Audrey tersenyum-senyum melihat kekalutan Zul. Malulah tu. Telinga tu dah naik merah dah pun. Hihikk...

“Okey!” Audrey melaung dari tempat Zul dan adik-adiknya mandi. Audrey melompat turun dari atas batu. Cap dan kamera disarung kembali.

Dia mencari-cari sekitar pemandangan hutan kot-kot ada benda-benda menarik yang boleh dirakam sebagai kenangan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
So sweet... Sambung lagi sis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.165606 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list