CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7078|Reply: 2

Remaja Temui Planet Baru

[Copy link]
Post time 22-6-2015 11:03 AM | Show all posts |Read mode


London: Seorang remaja yang bekerjasama dengan profesor astrofizik berpengalaman tidak menyangka beliau menemui satu planet baharu ketika menjalankan kajian di universiti tempatnya menjalani latihan.

Tom Wagg dari Newcastle-under-Lyme, menjadi pelatih di Universiti Keele, United kingdom dua tahun lalu apabila diminta melihat data projek angkasa antarabangsa. Wagg ketika itu berusia 15 tahun, melihat satu titik kecil umpama kerlipan bintang di hadapan sebuah planet yang melintasinya.

Penemuan disahkan Pakar

Kini, penemuan remaja berusia 17 tahun itu disahkan pakar astronomi di Eropah yang melakukan kajian lanjutan, menjadikan Wagg individu paling muda menemui planet baru.

Bercakap kepada akhbar Stoke Sentinel, Wagg berkata beliau sangat teruja dengan hasil penemuan tersebut.

“Ia adalah planet gas yang dikenali sebagai ‘Musytari Panas’ oleh keran ia terletak berhampiran bintang, mungkin ada planet lain di sekitarnya,” kata beliau.

Planet ditemui Wagg direkodkan sebagai WASP-142b dan ia sebahagian projek Pencarian Planet Meluas, kerjasama antara Universiti Keele, UK dan universiti negara-negara lain.

Planet tersebut terletak pada jarak 1,000 tahun cahaya jauhnya dari buruj selatan Hydra dan mengorbit bintang.

Malangnya, planet yang ditemui tidak dinamakan sempena namanya, sebaliknya diberikan nama lain dalam satu pertandingan.

Sumber – TheGuardian

majalahsains


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 09:33 AM | Show all posts
mesti mamat tu kecewa planet tu bukan nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.063298 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list