CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9282|Reply: 3

Memahami Proses Kejadian Gempa Bumi

[Copy link]
Post time 22-6-2015 11:06 AM | Show all posts |Read mode


Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi atau gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam ini untuk memahami bumi dan alam sekitar kita.

Apa itu gempa bumi.

Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar and menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi “punca” di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai ‘epicenter‘.

Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik. “Pacific Ring of Fire”. Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tektonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi.

Punca gempa bumi.

Gempa bumi terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempabumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai “isostatic”.

Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai “faulting”. “Faulting” boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. “Faulting” pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

Lantunan “Iisostatic” merupakan satu lagi punca gempa bumi.  Lantunan “Iisostatic” merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan “Iisostatic” akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Gempabumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan “Iisostatic” yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Bagaimana gempa bumi diukur?

Gegaran seismic yang dihasilkan oleh gempa bumi direkodkan oleh satu peralatan khas yang dipanggil “seismograf”. Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan titik tumpu gempa bumi. Bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi.

Saiz gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter.  Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.

Kekuatan gempa bumi boleh di ukur mengikut definasi atau pengalaman manusia dengan menggunakan skala Mercalli yang diubahsuai.  Skala Mercalli yang diubahsuai mengukur gempa berdasarkan jumlah kerosakan pada bangunan dan kemusnahan harta benda.

Gempa bumi yang berlaku di dasar laut juga mampu menghasilkan gelombang air laut yang besar yang dikenali sebagai “tidal wave” atau “tsunami”. Gelombang ombak besar tsunami ini akan menghentam kampung atau bandar berhampiran dengan laut dan mengakibatkan kerosakan dan kehilangan jiwa yang besar.

Langkah berjaga-jaga.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan gempa bumi,  mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi gempa bumi. Bangunan, jambatan, dan  empangan yang baru dibina hendaklan mengambil kira untuk menghadapi gempa bumi. Sesetengah bangunan tahan gempa yang dibina mempunyai lapik getah yang besar untuk menyerap gegaran. Sementara sebuah jambatan di Greek direka mempunyai tiang yang teramat besar dan berat bagi menyerap kesan gegaran tanpa runtuh.

Penduduk di kawasan gempa juga perlu mempunyai perancangan awal dan menyimpan peralatan kecermasan seperti lampu picit, bekalan makanan, air, dan bekalan perubatan. Mereka juga dilatih agar tahu apa yang di buat apabila menghadapi gempa bumi. Murid-murid perlu dilatih untuk mencari tempat perlindungan seperti berlindung di bawah meja sekiranya tidak sempat mengosongkan bangunan. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi mesti dilatih untuk mengosongkan bangunan dengan pantas sekiranya terdapat amaran mengenai gempa bumi.

Dengan segala latihan dan peralatan yang disediakan, tiada sesiapa pun dapat mengatakan bahawa mereka telah bersedia untuk berhadapan dengan gempa bumi. Gempa bumi merupakan bencana yang berlaku secara tiba-tiba dan manusia hanya dapat bersedia sebaik mungkin dan berharap yang terbaik akan berlaku apabila sesuatu gempa bumi melanda.

Rujukan – oocities.org

majalahsains


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 12:42 PM | Show all posts
Thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 09:31 AM | Show all posts
first time tau tsunami = tidal wave.sbb dalam kepala sebut tsunami je dah faham imej macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.067047 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list