CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5703|Reply: 3

[Edisi Sains Am] Hati-hati Membalut Makanan dengan Aluminium Foil

[Copy link]
Post time 22-6-2015 11:09 AM | Show all posts |Read mode


Salah satu kegunaan aluminium foil ialah untuk membalut makanan sebelum digrill. Tidak kurang juga yang menggunakannya untuk membalut lain-lain bahan mentah atau makanan lain.

Namun begitu, perlu berhati-hati menggunakan aluminum foil sekiranya membalut atau membungkus makanan seperti berikut:

  • asam jawa
  • sos marinade
  • bahan mentah yang mengandungi kepekatan asid yang tinggi (selalunya makanan yang masam)

Pernahkah anda perhatikan, sebahagian makanan yang dibalut dengan aluminium dalam tempoh agak lama kelihatan berlubang-lubang kecil ataupun mempunyai tanda berbintik. Ia berpunca dari tindakbalas asid di dalam makanan tersebut dengan aluminium.

Sekiranya kita tidak menyedari, ketahuilah bahawa aluminum merupakan logam aktif yang bertindak balas dengan asid dari makanan yang dibalut tersebut telah meresap ke dalamnya. Kemudian ia dimasak dan dimakan oleh kita.

Mungkin ada yang bertanya?, adakah bahaya termakan aluminium?

Aluminium bukanlah mineral yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya logam aluminum banyak memasuki tubuh, ia dibimbangi akan menjejaskan sistem ketahanan tubuh. Sentiasalah berwaspada!

Sumber- whfoods.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 10:17 PM | Show all posts
Saya tak suka beli kat kedai yang membalut makanan guna suratkhabar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:34 AM | Show all posts
di kenduri2 gigih letak ayam goreng dalam suratkhabar sblm masak merah
baik pakai daun pisang ja
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:09 AM | Show all posts
mmg la asid dan logam. klu tuang cuka dalam sinki pon berlubang. aluminium foil bukan utk bungkus makanan. salah guna, mmg la padah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055848 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list