CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4310|Reply: 6

Perlu ramai sukarelawan Sukan Sea 2017

[Copy link]
Post time 23-6-2015 01:27 AM | Show all posts |Read mode

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, permohonan untuk menjadi sukarelawan Sukan Sea 2017 akan dibuka dalam masa terdekat.
Beliau berkata, ribuan sukarelawan diperlukan apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada temasya dwitahunan itu.
“Dalam masa terdekat kita akan buka permohonan untuk sukarelawan Sukan Sea 2017. Kalau minat, saya harap anda akan tampil untuk menjadi sebahagian daripada Team Malaysia.
“Mari kita jadikan Sukan Sea 2017 terbaik,” katanya dalam entri terbaru di Facebooknya, semalam.
Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran Sukan Sea 2017 berkata, segala persiapan menjuarai keseluruhan Sukan Sea dan berjaya dari segi penganjuran telah pun bermula.
Pada November 2011, Khairy mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan Sea 2017 selepas jemaah menteri meluluskan pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri walaupun jika mengikut sistem penggiliran sepatutnya Malaysia menjadi tuan rumah pada 2019.
Temasya 2017 sepatutnya giliran Brunei, tetapi negara jiran itu meminta penangguhan daripada Persekutuan Sukan Sea.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah enam kali sejak 1965 dan 1971 yang mana pada ketika itu ia dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Seap).
Selepas Persekutuan Seap menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi tahunan itu dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah pada 1977 diikuti 1989 dan 2001.
Malaysia muncul juara keseluruhan pada 2001 apabila meraih 111 pingat emas, 98 perak dan 86 gangsa. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 11:44 AM | Show all posts
yang bujang trang tang tang syok le kot jadi sukarelawan ni..ahaha..kompem la dapat ngejas...ahaks..tapi letih le buat keje..yang bestnya dapat la baju free bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 12:23 PM | Show all posts
reezluv replied at 23-6-2015 11:44 AM
yang bujang trang tang tang syok le kot jadi sukarelawan ni..ahaha..kompem la dapat ngejas...ahaks.. ...

hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 08:20 AM | Show all posts
bagus bagus.. dlu aku prnh jd volunteer masa sukan commonwealth taon 1998.
seronok wehhh.. dan msa tu gak stadium bkt jalil pun baru bukak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 04:41 PM | Show all posts
nak join camne
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 11:11 AM | Show all posts
seronok ni jadi sukarelawan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2015 03:24 PM | Show all posts
spe2 tau cane nk jadi sukarelawan tu, pm sy 0176962535
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.067292 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list