CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1347|Reply: 0

JOHNATHAN SASAR PINGAT DI GWANGJU

[Copy link]
Post time 23-6-2015 01:33 AM | Show all posts |Read mode


Penembak negara, Johnathan Wong memasang tekad untuk menghadiahkan pingat kepada negara di Sukan Universiti Dunia sekaligus menebus kehampaan di Shenzhen 4 tahun lalu.
Shenzhen merupakan penampilan pertama Jonathan dalam Sukan Universiti Dunia dan pada ketika itu tiada satu pun pingat berjaya di sumbang skuad menembak negara.

Bagaimanapun kali ini, sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa cukup releven dicapai kerana trio yang dibarisi Jonathan, Eddy Chew dan Jasmi Mohammad Zain pernah melakukannya pada kejohanan Kejohanan Universiti Dunia tahun lalu dalam acara 50 meter Air Pistol.

Tambah Jonathan lagi, gandingan mereka pada Universiade ini memberikan keyakinan tinggi untuk meralisasikan impian untuk menghadiahkan pingat kepada negara.

"Kalau boleh kita menang untuk acara berpasukan dan kalau gangsa pun dah cukup baik, ini kali pertamae kami digandingkan sebelum ini di Abu Dhabi kami dapat gangsa bagi acara 50m," katanya.

Dalam acara individu pula, Jonathan mensasarkan untuk memperbaiki rekod peribadinya dalam acara kegemarannya 50 meter Air Pistol.

Tambahnya lagi, secara keseluruhan persiapan mental dan fizikilnya ditahap terbaik selepas pulang dari Sukan Sea di Singapura tempoh hari dan ia memberikan suntikan untuk dia beraksi cemerlang.

"Dalam acara ini ada banyak pesaing hebat, saya tidak jamin saya berada di ranking terartas tapi apa yang pasti saya nk atasi pencapaian saya sebelum ini,"katanya lagi.
stadiumastro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.086848 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list