CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1322|Reply: 0

FAIZAL MAHU SKUAD HOKI NEGARA BERAKSI DI OLIMPIK

[Copy link]
Post time 23-6-2015 01:34 AM | Show all posts |Read mode


Pemain penyerang Faizal Saari menetapkan impiannya untuk bermain pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Faizal, melalui Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), berkata pasukan hoki Malaysia perlu membuktikan bahawa mereka boleh bermain dengan lebih baik dan memenangi separuh akhir Liga Hoki Dunia (HWL) di Antwerp, Belgium.

"Saya gembira dapat menyumbangkan gol pertama kepada pasukan Malaysia... ia untuk negara saya, pasukan dan diri sendiri. Penting untuk memperoleh kemenangan pertama kerana ia memberi keyakinan untuk perlawanan seterusnya," katanya kepada FIH.

Skuad hoki negara memulakan kempen separuh akhir HWL dengan mencatat kemenangan 3-2 ke atas China dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Malaysia mendahulu melalui gol cantik Faizal dari sudut sukar pada minit ke-18 sebelum Muhammad Haziq Shamsul menambah gol kedua pada minit akhir separuh masa pertama.

Malaysia menambahkan kelebihan dengan 3-1 pada suku terakhir permainan melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan Kapten Muhammad Razie Abd Rahim.

Kemenangan yang dicapai pada perlawanan Ahad memberi tiga mata kepada pasukan negara yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama dengan China, Ireland, Belgium dan England.

Malaysia dijadual bertemu Ireland pada 25 Jun, Belgium pada 26 Jun dan England pada 28 Jun.

Malaysia yang berada pada ranking ke-12 dunia perlu menamatkan saingan pada kedudukan tiga teratas pertandingan bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik tahun depan.


stadiumastro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061206 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list