CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6551|Reply: 21

(U) CERPEN : ISTIKHARAH

[Copy link]
Post time 23-6-2015 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by akudansesuatu at 23-6-2015 12:46 PM

Assalamualaikum... ni cerpen lama aku..saja nak mintak feedback dari korang suma...

Rabu, Mei 2013.
Shah Alam.
                “Apayang kau termenungkan tu Fahmi?”

                Muhammad Fahmi memandang Nor Ikhsan disebelahnya. Dia yang sedang baring melepak di atas sofa tidak menjawab. Matanya beralih kembali ke siling rumahnya. Fahmi termenung jauh. Sudah masuk hari ke empat dia begitu. Fikirannya jauh menembusi siling rumahnya hingga ke langit yang gelap gelita.

                “Kau tu dah nak kahwin lusa. Yang monyok je dua tiga hari ni kenapa? Sepatutnya kau ada kat kampung dah sekarang ni. Siapkan apa yang patut nak jadi raja sehari.Ni boleh pula kau datang melepak kat sini.” Ikhsan mula berceramah. Dia yang sedang melipat baju agak terganggu melihat Fahmi seperti ada masalah.Sepatutnya semakin dekat hari nak berkahwin, bakal pengantik semakin sibuk. Ini tidak. Boleh pula dia bermalas-malas. Ikhsan sendiri pula yang rasa gelisah.

                Fahmimengeluh. Dia bingkas bangun memandang Ikhsan. Pandangannya mencurigakan. Lalu dia baring semula.

                “La,aku ingatkan dia nak bangun. Boleh pula kau baring balik.” Ikhsan sudah berhenti melipat kain. “Kau ada masalah ke Fahmi? Cuba bagitahu aku.” rasanya ini sudahberatus kali Ikhsan bertanya begitu.

                Fahmi terus mengelamun. Dia sedar yang Ikhsan risau akannya. Tapi entah mengapa diarasa gelisah dan tak tenteram. Lusa adalah hari pentingnya. Hari di mana diaakan di ijab kabulkan dengan Nurul Asyikin. Seorang gadis yang sudah menjadi tunangannya setahun yang lalu. Sepatutnya dia gembira tapi hatinya tidak.Fikirannya amat-amat teringatkan seseorang. Seseorang yang bernama Nur Iman Bt Baharuddin.

                Fikirannya terus melayang mengimbau kenangan silam yang sampai kala ini dia tak mampuuntuk melupakannya. Segalanya bermula pada waktu itu.

++++++++++++++++++++++++++

Febuari2003.
SekolahMenengah Bukit Baru, Melaka.

                “Fahmi!Awak cakap betul-betul dengan saya! Berani awak hantar surat cinta dalam sekolah??” guru mata pelajaran Kimia merangkap guru displin menyeringa. Mukanyamerah menahan marah. Badannya yang sasa membuatkan Fahmi seperti budak kecil.

                “Cikgu,surat cinta semua orang pernah hantar. Pengawas kesayangan cikgu tu pun pernah hantar. Kenapa kali ni saya pula yang kena.” Fahmi cuba berdebat. Diabetul-betul tidak puas hati apabila surat cintanya kepada Nur Iman terlepas ketangan Cikgu Baharuddin.

                “Awak masih tak mengaku? Dah la awak hantar surat cinta bunga-bunga dalam sekolah.Lepas tu hantar pada anak saya pula. Lagi nak berdalih?” Cikgu Baharuddin semakin panas. Kalau di ikutkan hatinya, mahu di lempangnya budak nakal dihadapannya ini.

                Fahmisemakin meluat. Dia meletakkan kedua tangannya di atas meja sambil menadah punggungnya untuk dirotan Cikgu Baharuddin. Dia sudah bosan berada lama dalam bilik guru tersebut. “Nak rotan, rotanlah cikgu. Saya nak cepat.” kata Fahmi selamba.

                Cikgu Baharuddin sudah tak dapat menahan marahnya lagi. Pelajar di depannya seolah-olah mencabarnya. Zass!!! Zass!!! Zass!!!  Tiga kali rotan sepanjang 1 meter singgah dipunggung Fahmi. Cikgu Baharuddin menghayun sekuat hatinya. Fahmi menahan sakit tapi dia tetap buat tak tahu. Buat-buat kuat!

                Cikgu Baharuddin terduduk di kerusinya. Dia hanya melihat Fahmi yang seolah-olah tak terasa apa-apa bila dia merotannya. Nafasnya tercungap sedikit. Tangannya menggenggam kemas surat cinta yang ditulis Fahmi. Dia geram sebenarnya. Fahmia dalah pelajar yang paling banyak memberinya masalah. Sehingga ada ketikanya dia mahu sahaja mengarahkannya supaya pindah sekolah. Itu belum lagi di campur tahap pembelajarannya dalam mata pelajaran Kimia. Sejak dari tingkatan empat,subjek itu Fahmi tidak pernah lulus!

                Cikgu Baharuddin menenangkan nafasnya. Dia memandang muridnya itu. Dia terasa yangdia perlu lakukan sesuatu.

                “Fahmi.Esok pukul 3 petang datang rumah saya! Kalau awak tak sampai tepat pukul 3,saya akan tampal surat awak ni di seluruh sekolah!”

                Fahmi terkejut. Dia rela di sebat tapi dia tak rela dimalukan sebegitu. Mukanya sedikit risau. Masakan tidak. Jika seluruh sekolah tahu yang dia tulis surat cinta, jatuhlah egonya sebagai lelaki sejati di sekolah itu. Sebab itu dia menghantar surat cinta bertulisan lutsinar pada Nur Iman. Dia menggunakan bahan yang dibuatnya sendiri sebagai pen untuk menulis surat tersebut. Hanya Nur Iman sahaja boleh membacanya menggunakan lapisan cahaya lampu kuning. Tapi tak sangka pula yang Cikgu Baharuddin juga tahu taktik itu.

                “Er...kenapa cikgu? Nak saya datang buat apa?” sudah ada getar dalam suaranya.

                “Datang saja. Jangan banyak tanya!”

+++++++++++++++++++++++++++++


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 12:18 PM | Show all posts
ok..sangat menarik permulaannya..

sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 12:18 PM | Show all posts
Rabu, Mei 2013
Shah Alam.


                “Ikhsan,jom kita ke Melaka.”

                Ikhsanterkejut. Tiba-tiba sahaja Fahmi berkata begitu. Dia yang sedangmengemas-ngemas baju yang baru dilipatnya terhenti.

                “Nakbuat apa?” dia bertanya kembali.

Fahmimemandang sahabat baiknya itu. “Adalah. Boleh tak?”


Ikhsanmerenung tepat pada Fahmi. Dia ingin lihat jika Fahmi serius atau bergurau.“Bila?” sepatah dia bertanya.


“Malam ni.”


Fahmi bingkasbangun menuju biliknya. Langkahnya cepat dan tegas. Ikhsan hanya memerhatikanlangkahnya. Hatinya tertanya-tanya. Namun, dia akur. Pasti ada ceritanya nanti.


+++++++++++++++++++++++++++++++++


Jun 2003
SekolahMenengah Bukit Baru, Melaka.

                Sudah3 bulan Fahmi berulang alik dari asrama ke rumah cikgu Baharuddin. Setiap jam 3petang sehingga pukul 5 petang dia akan ke rumah cikgu Baharuddin untukmengulang kaji pelajaran. Semuanya atas paksaan dari cikgunya sendiri. Padamulanya dia enggan. Tapi apabila teringatkan yang Nur Iman akan membuatkannya segelaskopi pekat, membuatkannya jadi pengunjung tetap rumah Cikgu Baharuddin. Selama2 jam itu dia akan menelaah dihadapan cikgunya. Selama 2 jam itu jugalahhidupnya seperti neraka. Sudah berbirat lengannya dirotan akibat terlupa sifir,terlupa formula ataupun terlelap!

                Semuasubjek di ulangkajinya. Walaupun Cikgu Baharuddin mengajar mata pelajaranKimia, tetapi dia berkebolehan untuk mengajar subjek-subjek yang lain. Upahnya?Segelas kopi pekat yang dibancuh Nur Iman. Hakikatnya, Fahmi bukan tidakpandai. Tetapi lebih kepada malas. Simtom yang selalu ada pada budak laki-laki.Jika dipaksa baru nak buat. Cikgu Baharuddin tahu akan masalah pelajarnya.Sebab itu dia perlu memaksa mereka untuk melalukan sesuatu.

                “Fahmi,awak ni bukan tak boleh belajar. Cuma malas. Kan bagus kalau awak belajar macamni. Dah nampak dah perubahan pada peperiksaan yang lepas.” Cikgu Baharuddincuba memujuk.

                “Sayamemang boleh belajar cikgu. Lebih-lebih lagi kat rumah cikgu. Tenang aje rasa.”Fahmi bergurau tanpa memandang cikgunya. Dia memang suka bergurau dengan orangyang lebih tua darinya. Cuma kadang-kadang tak kena tempat.

                “Ha...pandai la awak.” Cikgu Baharuddin sudah mula memegang rotan apabila melihatFahmi tersilap memasukkan fomula persamaan kimia dalam latihannya. Zass!! Rotandihayun pada tangan Fahmi tapi tidak kena. Fahmi sempat mengelak!

                Fahmimemandang Cikgu Baharuddin sambil tersenyum. “Ha... saya dah tahu dah cikguakan rotan kat situ.” Dia tersenyum bangga kerana dapat mengelak dari di rotan.

                Tiba-tibaNur Iman muncul dari dapur membawa 2 gelas air. Bibirnya tersenyum manis. Diamasih berbaju sekolah walaupun tudungnya sudah bertukar warna. Fahmi tersenyumlebar apabila Nur Iman muncul. Matanya tak lepas dari memandang gadis kecilmolek dihadapannya itu.

                Zass!!!


                “Aduh!”Fahmi menjerit sakit. Suaranya agak kuat. Rotan cikgu Baharuddin singgah dilengannya.

                “Awaktengok siapa? Salah fomula tu.” Cikgu Baharuddin ketawa di dalam hati.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 12:18 PM | Show all posts
errr..tanya sikit..
istiqarah ke istikharah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 12:41 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-6-2015 12:18 PM
errr..tanya sikit..
istiqarah ke istikharah?

Aku pun tak beberapa pasti...aku memang ade masalah sikit kalau nk translate dari arab ke rumi..

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 12:44 PM | Show all posts
kalau tulisan jawi...macam ni

استخارۃ


Istikharah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2015 12:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-6-2015 12:44 PM
kalau tulisan jawi...macam ni

استخارۃ

tq...jap aku edit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 02:44 PM | Show all posts
Khamis, Mei 2013
Lebuhraya Utara Selatan.

    Sebuah kereta Mitsubishi Lancer warna putih membelah kepekatan malam melalui lebuhraya utara selatan. Ikhsan memandu keretanya melepasi susur keluar Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka. Jam di dashboard sudah menunjukkan pukul 3 45 pagi. Mengikut perkiraannya, dia akan sampai di Kampung Bukit Baru Melaka dalam 45 minit lagi. Fahmi di sebelahnya sudah berdengkur. Suara Fahmi terngiang-ngiang di telinganya semasa mereka baru keluar dari rumah tadi.

    “Aku nak jumpa Nur Iman. Ada perkara yang aku nak cakap pada dia. Dan aku nak jumpa dia sebelum aku bernikah.”

    “Kenapa Fahmi? Kau dah nak kahwin dah. Buat apa kau nak cari perempuan tu lagi?” Ikhsan terus fokus dalam pemanduannya.

    “Aku sebenarnya tak pernah maafkan dia atas apa yang dia buat pada aku 5 tahun dulu walaupun hubungan aku dan dia dah lama berakhir. Jadi aku nak jumpa dia. Nak berbual dengan dia. Aku nak mintak maaf dan aku pun nak memaafkan.” Fahmin tersenyum sambil memandang Ikhsan.

    “Kenapa perlu sampai cari dan jumpa dia? Telefon kan senang.”

    “Entahlah Ikhsan. Hati ni kuat sangat nak jumpa dia.”

    Ikhsan mengelamun. Dia tahu kisah cinta Fahmi dan Nur Iman. Mereka bercinta tak seperti orang lain. Habis SPM, Fahmi di UTM Skudai dan Nur Iman di USM Penang. Mereka tak pernah berdating atau keluar berdua. Sekadar berbual di telefon. Itupun seminggu sekali.

    Nur Iman adalah cinta pertama Fahmi dan Fahmi adalah cinta pertama Nur Iman. Dia sendiri yang menemankan Fahmi mencari telefon-telefon awam untuk bergayut dengan Nur Iman. Maklumlah, pada ketika itu cas menggunakan telefon awam lebih murah dari telefon bimbit. Sebab itu dia tahu kisah cinta mereka. Tapi semua itu tidak lama apabila Nur Iman meminta putus daripada Fahmi. Berkenalan sejak tingkatan 1, bercinta 3 tahun dan putus dalam masa 3 minit!

    Ikhsan menggelengkan kepalanya. Dia menguap sedikit. Dia melajukan keretanya membelah lebuhraya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Januari 2008
UTM Skudai Johor

    “Iman, kenapa Iman macam ni? Apa salah saya pada Iman?” Fahmi merayu. Telefon bimbit kepunyaan Ikhsan terasa panas di telinganya.

    “Fahmi tak buat salah apa-apa. Cuma Iman yang berubah hati. Iman dah ada orang lain.” Nur Iman berkata tersekat-sekat. Walaupun dia tak mahu melukakan hati Fahmi, tapi dia tetap mahu mengatakannya. Dia tak mahu menipu Fahmi lagi.

    Fahmi terasa hendak menangis tapi ditahannya. “Kenapa Iman boleh berubah hati? Apa janji Iman pada saya dulu?” dia cuba mengungkit.

    “Fahmi... hati manusia berubah. Iman anggap cinta kita tak lebih macam cinta monyet. Tolonglah faham hati Iman.” gadis itu masih berkeras.

    “Iman minta saya faham hati Iman tapi hati saya...”

    Talian dimatikan dari hujung telefon. Fahmi terdiam. Hari ini sudah seminggu dia cuba memujuk Nur Iman mengenai keputusannya itu. Dan mungkin kerana Nur Iman sudah bosan, dia mematikan talian. Meninggalkan Fahmi terkial-kial. Fahmi menahan dirinya dari rasa sebak. Dia betul-betul serius untuk menjadikan Nur Iman suri dalam hidupnya walaupun umurnya baru setahun jagung. Dia berusaha untuk menghabiskan pelajarannya secepat mungkin supaya dapat bekerja untuk mengumpul duit. Dia juga sudah mula bekerja sambilan sejak mula menjejakkan kaki di bumi Johor ini. Tapi semua itu sudah tiada gunanya lagi. Fahmi termenung sendirian. Malam itu dia seperti mati dalam hidup. Pandangannya hitam seperti angkasa yang gelap gelita.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Khamis, Mei 2013
Melaka

    “Kita kat mana ni?”

    Ikhsan separa terkejut. Dia baru sahaja menarik handbreak sejurus sampai di Masjid Al-Azim iaitu masjid utama negeri Melaka. Kampung Bukit Baru hanya 5 minit perjalanan dari situ.

    “Kau dah bangun dah? Kita kat Masjid Al-Azim. Aku nak lelap kejap.” seraya dia merebahkan penyandar pada kerusinya. Fahmi menggosok-gosok matanya. Dia melihat jam baru pukul 4.45 pagi. Dia segera bangun hendak keluar dari kereta.

    “Eh, kau nak pergi mana?” Ikhsan bertanya.

    “Aku nak masuk dalam. Buat solat sunat istikharah.” Fahmi menjawab selamba. Dia membetul-betulkan kasutnya.

    “Hai, sejak bila kau buat solat istikharah ni? Takkan ragu-ragu lagi?”

    Fahmi ketawa kecil. “Lama dah aku mula buat. Sejak mula bertunang dengan Syikin setahun lepas. Mak aku suruh buat.”

    Ikhsan kehairanan. “Kenapa pula?”

    “Kita ni manusia. Jodoh kita baik atau tidak, Allah saja yang tahu. Sebab tu mak aku suruh buat setiap hari. Kalau jodoh tu baik untuk kita dan Allah dah tetapkan macam tu, mudah urusan kita nak bina masjid ni. Kalau tak baik untuk kita, Allah akan tunjuk cara lain pula. Sebab tu kena buat solat istikharah ni.” dia menerangkan panjang lebar. Gayanya seperti ustaz.

    Fahmi mula keluar dari kereta. Ikhsan hanya memerhatikannya. Sejak bertunang dia buat solat istikharah? Bagus betul kawan aku ni. Ikhsan bertaka sendiri.
Eh? Sejak bertunang?? Lamanya!

++++++++++++++++++++++++++++++++

Khamis, Mei 2013
Kampung Bukit Baru Melaka

    Nur Iman melangkahkan kakinya menuju ke dapur. Rambut panjangnya berserabut mengerbang. Tekaknya terasa kering. Malam tadi dia tak dapat tidur. Entah pukul berapa dia tidur pun dia tak pasti. Waktu subuh sudah lama berlalu. Dia sengaja bangun lewat kerana hari ini dia cuti dan ‘cuti orang perempuan’.
Nur Iman melewati ruang tamu menuju ke dapur. Dia tidak perasan yang rumahnya ada tetamu. Dengan selamba dia mengambil gelas dan mengisi air masak lalu meminumnya sambil berdiri. Fahmi dan Ikhsan tercengang melihat Nur Iman begitu. Macam tu agaknya orang perempuan bila bangun tidur.

    “Iman! Masuk dalam bilik! Ish, tak malu anak dara ni depan tetamu dia buat tak tahu!” Puan Halimah, ibu kepada Nur Iman menjerkah.

    Nur Iman terkejut. Serta merta matanya menangkap susuk tubuh 2 orang lelaki di ruang tamu rumahnya. Dia terkejut. Dengan rambut kusut masai dan muka yang tak dibasuh, ditambah pula dengan kain batiknya yang hampir terlondeh membuatkannya seperti mahu pengsan. Secepat kilat dia melompat ke dalam bilik air. Kakinya terlanggar baldi yang berisi pakaian kotor. Ibu jari kakinya terasa sakit.

    “Aduh!” dia menjerit kecil. Serta merta dia menghempas pintu bilik air. Nur Iman tergamam. Dia kenal salah seorang lelaki yang duduk di ruang tamunya tadi. Macam mana Fahmi boleh ada di sini? Aku rasa baru je aku jumpa dia dalam mimpi aku malam tadi. Dia bergumam sendiri.

    Cikgu Baharuddin yang sedari tadi melihat gelagat anak gadisnya mengeluh. Buat malu aku saja. Dia tertawa sendiri.

    “Fahmi, Ikhsan. Mari kita bersembang di berandar. Pagi-pagi ni sejuk kalau duduk di luar.” Cikgu Baharuddin mengajak. Fahmi dan Ikhsan segera mengikut. Mereka faham sendiri.

    Fahmi agak tersentak dengan kehadiran Nur Iman sebentar tadi. Lebih 5 tahun dia tidak melihat wajah gadis itu. Dia sendiri mungkin sudah lupa pada wajah yang pernah menjadi pujaan hatinya satu ketika dulu. Jiwanya tersentuh namun berjaya dikawalnya. Hatinya sedikit lapang melihat Nur Iman sihat seadanya. Dia mengekori Cikgu Baharuddin ke berandar rumahnya. Hatinya berdebar.

++++++++++++++++++++++++++++++++



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 02:46 PM | Show all posts
next...
macam drama rantaian plak. kna tunggu next ep.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 02:49 PM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 23-6-2015 02:53 PM

last part...

“Pukul berapa Fahmi dari Shah Alam tadi?” Nur Iman memulakan bicara sambil meletakkan dulang berisi air kopi di atas meja. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Fahmi. Dia membetulkan sedikit tudungnya.  Terasa sedikit kekok. Ayahnya dan Ikhsan berada di laman membelek-belek pokok bonsai di sekeling rumah kampungnya.

    “Pukul 2 pagi rasanya.” Fahmi menjawab sepatah. Dia sendiri juga kekok. Kekok kerana berbual dengan gadis yang pernah melukakan hatinya.

    “Tahniah! Semoga jadi suami yang soleh.” tiba-tiba sahaja Nur Iman berkata begitu. Ada getar dalam suaranya. Dia tahu yang Fahmi akan melangsungkan perkahwinannya esok.

    “Terima kasih.” gemuruh di hati Fahmi kian reda. “Iman bila pula?” kali ini Fahmi sudah tersenyum.

    “Em... belum ada jodoh lagilah. Lagipun Iman belum tua lagi tau.”

    “27 dah kita cik adik oi...” Fahmi berseloroh. Hatinya lapang tiba-tiba. Dia dapat merasakan yang antara dia dan Nur Iman mungkin boleh kembali berkawan seperti dahulu.

    “Iman nak tunggu 30 dulu baru kahwin. Nak bagi ayah risau sikit.” Nur Iman ketawa mengekeh.

    “Nanti cikgu kahwinkan Iman dengan pengetua baru tahu.” Fahmi menyakat. Rindunya pada gelak ketawa Nur Iman terubat.

    Nur Iman menarik muka. Sengaja dia hendak menakutkan Fahmi. Perbualan mereka terhenti. Nur Iman memandang lantai. Menguis-nguis tikar getah di lantai dengan hujung kakinya.

    “Er... kawan lelaki Iman dulu...”

    “Takde dah. Putus lepas setahun.” Nur Iman segera memintas kata-kata Fahmi. Dia sudah tak mahu mengingati lelaki itu lagi.

    Fahmi terdiam. “Itulah, dulu siapa suruh reject saya.” Fahmi cuba bergurau. Dia takut soalannya tadi mengeruhkan suasana.

    Nur Iman menjeling kearah Fahmi. “Encik Fahmi, manalah Iman tahu nak jadi macam tu. Kalau Iman tahu, takdenya Iman nak reject Fahmi. Entah-entah, Fahmi yang reject Iman kot. Maklumlah, dia dulukan bakal jurutera.”

    Fahmi tertawa. Sungguh. Sejarah antara dia dan Nur Iman sudah boleh menjadi kenangan yang melucukan.

    “Lega rasanya dapat berbual semula dengan Iman.” Fahmi terdiam sebentar.

    “Kenapa cakap macam tu?”

    “Em... pengalaman putus cinta tu pahit. Tapi bila kita boleh berbual begini, jadi kelakar pula. Alhamdulillah, perjalanan saya ke sini tak sia-sia.”

    Nur Iman kehairanan. Dia mengamati wajah Fahmi. “Iman tak fahamlah Fahmi...” Nur Iman merengek.

    “Dalam 5 tahun ni, antara perkara yang merisaukan saya adalah macam mana saya nak terima hakikat yang Iman pernah melukakan hati saya. Tapi hari ni saya rasa lega sebab selepas 5 tahun, saya dah boleh memaafkan Iman.” Fahmi tersenyum. Kata-katanya nampak yakin.

    “Jadi selama ni Fahmi tak pernah maafkan Iman. Masih marah dengan Iman?” kali ini giliran Nur Iman jadi serba salah.

    “Mungkin... sebab pengalaman itu menyakitkan. Tapi saya rasa lapang bila dapat berjumpa dengan Iman, berbual dan memaafkan.”

    “Iman minta maaf kalau perbuatan Iman amat kasar untuk Fahmi.” Nur Iman menundukkan wajahnya. Terasa ingin menangis. Kerana perbuatannya pada lelaki di hadapannya. Hatinya berkecamuk.

    “Iman, perkara tu dah lama berlalu. Saya pun dah boleh terima. Dan Iman pun dah minta maaf sejak dahulu lagi. Kesalahannya pada saya sekarang kerana tidak memaafkan. Jadi hari ni saya nak minta maaf pada Iman kerana ambil masa yang sangat lama untuk memaafkan Iman.” Fahmi memandang tepat pada anak mata Nur Iman.

    Nur Iman mengangkat wajahnya. Mata mereka bertemu. Segera di alihkannya kerana pandangan itu membahayakan.

    “Jadi kenapa perlu datang sejauh ni hanya untuk minta maaf?” sengaja Nur Iman hendak menduga hati lelaki ini.

    “Em... tak tahu. Mungkin sebab esok saya nak bernikah dan Iman bukan sekadar kawan biasa saya satu ketika dulu dan sebab saya rasa bersalah. Jadi boleh terima tak permohonan maaf saya ni?” Fahmi sedikit formal. Bibirnya sentiasa tersenyum.

    Hai... datang sejauh ni untuk minta maaf? Memang dia tak pernah berubah dari dulu. Nur Iman berkata-kata di dalam hatinya. Baginya perbuatan Fahmi seperti tak berbaloi.

    “Okeylah. Iman maafkan Fahmi dan Iman harap Fahmi juga boleh maafkan Iman. Janji esok kenduri Fahmi, Iman nak makan kambing bakar. Okey?” dia mengangkat keningnya.

    Ketawa Fahmi pecah di situ. Dia sekadar mengangguk sedangkan menu kambing bakar langsung tiada dalam majlisnya esok. Nur Iman dan Fahmi berbual panjang seperti 2 orang sahabat yang sudah lama tidak bertemu. Bermula dari cerita surat cintanya dirampas cikgu sehinggalah masing-masing membawa haluan kerjaya sendiri. Mungkin solat Istiqarah Fahmi membawanya untuk berjumpa dengan Nur Iman. Memaafkan seseorang yang pernah melukakan hatinya bukan sesuatu yang mudah. Fahmi berteka teki sendiri. Hatinya tenang. Setenang langit pagi.

++++++++++++++++++++++++++++

    Nur Iman menghempas badannya ke tilam. Dia menangis semahunya. Sejak dari tadi dia menahan diri untuk melepaskan tangisannya. Bahunya terhenjut-henjut menahan sedu. Bantalnya sudah basah dengan air matanya. Sabar Iman! Sabar! Kau kena kuat! Suara hatinya memujuk. Dia sedar yang segalanya sudah berakhir antara dia dan Fahmi. Tapi penyesalannya tinggi menggunung. Dan dia tak sangka yang Fahmi akan berada di depannya hari ini.

    Nur Iman serta merta teringatkan kisah lampau dimana dia meminta agar Fahmi melupakan dirinya. Baginya, itu adalah keputusan paling bodoh yang pernah dibuat! Semata-mata mengejar cinta rakan sekampusnya, cinta Fahmi dilupakan. Dia mula tidak yakin dengan perhubungan jarah jauh antara dia dan Fahmi. Dia mencari alasan untuk putus. Dan akibatnya, dia sendiri dikecewakan oleh cinta yang dia gilakan.

    Perbuatannya melukai hati insan yang mencintainya. Rasa menyesal menghantui dirinya. Dan seperti orang gila bayang, Nur Iman hanya mampu bertahan. Bertahun lamanya dia cuba untuk melupakan Fahmi. Tapi semakin hari ingatannya kepada lelaki itu semakin kuat. Mahu sahaja dia menebalkan muka meminta perhubungan mereka bersatu kembali tapi dia tak sanggup. Malunya pada Fahmi sangat tinggi.

    Sehinggalah suatu hari apabila dia mendapat berita yang Fahmi sudah bertunang. Ketika itu fikirannya terasa gelap. Kerana dalam dirinya masih menyimpan sedikit harapan untuk kembali kepada Fahmi. Berminggu dia berendam air mata sehingga ibunya mula perasan lebam di bawah matanya. Sekali lagi dia menangis semasa mengadu tentang kisah cintanya pada ibunya. Ibunya Puan Halimah hanya mampu memeluk anak gadis kesayangannya sambil menenangkannya.

    “Nur Iman sayang. Allah ada bersama Iman. Jangan menangis lagi. Kalau Iman betul-betul sayangkan Fahmi, doalah kepada Allah. Mintalah Allah jadikan Fahmi milik Iman. Jika dia jodoh Iman, tiada satu tangan pun dalam duni ini boleh menghalangnya. Sabar Iman sayang. Beristikharahlah.”

    Masih terngiang-ngiang suara ibunya memberikan nasihat. Sejak hari itu, setiap malam Nur Iman akan beristikharah kepada Allah. Dia meminta agar jodohnya bersama Fahmi. Jika bukan jodohnya, berikannya jodoh yang lebih baik. Setiap solatnya tak pernah lekang dari meminta pada yang Esa. Sebenarnya Nur Iman sudah redha. Dia sudah redha untuk menerima hakikat yang Fahmi untuk orang lain. Hatinya lapang kerana dia tahu Allah lebih baik pengaturannya untuk hambanya. Dia yakin Allah akan berikannya yang lebih baik.

    Cuma hari ini dia terasa sedih yang amat sangat. Mungkin kerana simtom ‘datang bulan’ menyebabkannya begitu.  Dan kedatangan Fahmi sedikit sebanyak menguji keimanannya. Nur Iman pasrah. Tangisannya semakin perlahan. Dia bangun dan mengesat matanya. Dia perlu kuat untuk menghadapi hari mendatang!

+++++++++++++++++++++++++++

    “Itu je yang korang berdua bersembang??” Ikhsan menekan suaranya. Pemanduannya pulang ke Shah Alam tengahari itu bersama Fahmi berkisar tentang cerita Nur Iman.

    “Itu jelah. Nak sembang apa lagi. Lagipun aku dah buat apa yang hati aku suruh. Cukuplah.” Fahmi membalas. Dia tersenyum sendiri.

    “Kau ni Fahmi. Mati-matilah aku ingat ada perkara penting sampai nak ke Melaka tu. Telefon saja kan boleh. Aku ingatkan kau nak buat bukan-bukan. Orang nak kahwin ni bukan betul sangat pun.”

    “Taklah Ikhsan. Aku lega sekarang. Macam hilang beban atas bahu aku ni. Sejak aku ambik keputusan nak kahwin, perkara ni saja yang bermain dalam benak aku ni. Sekarang, aku dah bebas dari masalah.”

    “Yelah kau bebas dari masalah. Kau tu nak nikah esok. Sampai Shah Alam nanti kau kemas barang-barang kau dan balik ke Teluk Intan. Mak ayah kau bising baru tahu. Esok nak nikah boleh pula berjalan sampai ke Melaka.” Ikhsan merungut. Dia betul-betul tak faham dengan karenah Fahmi.

Tiba-tiba telefon bimbit Fahmi berdering kuat. Dia segera melihat pada paparan skirn telefonnya. Nama ‘Abah’ tertera dan dengan pantas dia menjawab panggilan dari orang tuanya.

“Assalamualaikum abah.” Fahmi memberi salam. Dia berbual dengan ayahnya. Tiba-tiba raut wajahnya berubah. Dia mengetap bibir. Tangannya terasa sejuk apabila mendengar satu persatu ayat dari ayahnya itu. Ikhsan menyedari perubahan Fahmi. Dia sendiri mula terasa sesuatu. Tak pernah Fahmi berkelakuan begitu. Talian dimatikan. Fahmi merenung jalan dihadapannya. Ikhsan tak berani menegur Fahmi.
“Ikhsan, kita terus ke Teluk Intan. Balik rumah mak ayah aku.” suara Fahmi kedengaran tersekat-sekat.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Jumaat, Mei 2013
Teluk Batik Lumut

    Fahmi merenung buih-buih yang terbentuk dari air laut yang menghempas pantai. Pantai Teluk Batik Lumut tak pernah sunyi dengan pengunjung. Dia menarik nafas panjang. Sepatutnya hari ini dia bernikah tapi dia tak boleh bernikah. Semalam keluarga pengantin perempuan minta supaya pernikahannya dibatalkan. Itu pun kerana kehendak Nurul Asyikin sendiri. Dia masih ingat raut wajah kedua orang tua Nurul Asyikin menahan malu apabila meminta membatalkan pernikahannya. Menitis air mata ibu Nurul Asyikin kerana terpaksa. Tapi apakan daya, bukan kehendak mereka.

    Ayah dan ibu Fahmi hanya menggeleng sambil memandang Fahmi. Fahmi sendiri terkejut kerana dia tak tahu apa-apa. Nurul Asyikin sendiri tak memberitahunya apa-apa. Tiba-tiba sahaja dia meminta perkahwinan mereka dibatalkan. Alasan? Tak serasi dan tak sekufu. Fahmi mengeluh. Perempuan... perempuan... mudahnya kau buat keputusan.

    Selepas sahaja ‘majlis’ pembatalan perkahwinannya, Fahmi mengajak Ikhsan ke daerah Lumut. Disini dia cuba menenangkan hatinya dengan melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Dia baring merenung langit. Cuba memahami kata-kata ibunya semasa dia hendak keluar tadi.

    “Kamu ada buat solat istikharah yang ibu suruh?”

    “Ada ibu.” dia menjawab sepatah.

    “Apa yang kamu rasa?” ibunya bertanya kembali.

    “Rasa macam ni ajelah. Tak sangka pula Syikin boleh buat macam ni.” Fahmi berkata sayu.

    “Sudah. Kalau kamu buat apa yang ibu suruh, dah memang Syikin tu bukan jodoh kamu. Mesti ada sebab Allah aturkan perjalanan jodoh kamu macam ni. Petunjuk Allah tu datang dalam banyak bentuk. Kamu saja yang dapat merasainya. Jangan fikir bukan-bukan.”

    Fahmi mengatup matanya. Hatinya remuk dikerjakan Nurul Asyikin. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia cari perempuan itu dan seret ke rumahnya. Bukan hati dia sahaja yang hancur tapi hati kedua orang tuanya juga berkecai. Malah mak ayah Nurul Syikin paling terasa kerana terpaksa memutuskan ikatan yang bakal terbina.

    Argh!!! Dia menjerit sendiri. Fahmi terasa benci kepada makhluk yang bernama perempuan. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama Nur Iman tertera pada skrin telefonnya. Sengaja dibiarkannya berhenti sendiri. Serta merta dia teringatkan Nur Iman. Dia tersenyum. Malu pula rasanya untuk berdepan dengan gadis itu.

    Sekali lagi telefonnya berdering. Kali ini dia teragak-agak untuk menjawab pangilan itu. Hatinya berbelah bahagi. Adakah Nur Iman jodoh aku yang sebenarnya? Fahmi mengelamun. Jarinya teragak agak untuk menjawab deringan itu. Dia berkira-kira sendiri. Kenapa wujud perasaan rindu ini? Dia sendiri gagal untuk mentafsir perasaannya kala ini.

    Fahmi hanya diam membisu.


kredit kepada novemthewriters

Terima kasih pada yang sudi baca...tujuan post kat sini sebab perlukan komen dari pembaca sekalian...
feedback untuk perbaiki tulisan aku...sebab rasa mcam gaya bahasa yang sama...takut pembaca boring pula...
komen panas pun ok jer...hahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 02:50 PM | Show all posts
ainie_1008 replied at 23-6-2015 02:46 PM
next...
macam drama rantaian plak. kna tunggu next ep.

kena edit sikit-sikt...bila copy paste dlam ni formatnya tak berapa cantik

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 02:51 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 23-6-2015 02:50 PM
kena edit sikit-sikt...bila copy paste dlam ni formatnya tak berapa cantik

okey.. mlm nnti bru baca bg hbes. looking fwd. gud luck.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 07:28 AM | Show all posts
cite dah ada tp lom kemas lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
yipun_78 replied at 24-6-2015 07:28 AM
cite dah ada tp lom kemas lagi...

Nak kemas kn belah mane ye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:06 PM | Show all posts
Cerpen yang best

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:52 PM | Show all posts
dah abeh ke belom neh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2015 01:57 PM | Show all posts

Harharhar...soalan yang selalu orang tanya bila aku abis menulis..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 01:58 PM | Show all posts

tq...walaupun masih banyak kelemahan

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 12:33 PM | Show all posts
Best! Seronok baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 02:29 PM | Show all posts
dah abis ye??
kesudahannya dua-dua melepas?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069899 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list